Amsal · Proverbs

19:5
Seorang saksi palsu tidak akan bebas daripada hukuman, dan dia yang cakap bohong tidak akan terlepas.

Bercakap benar itu sangat penting. Sungguh-sungguh penting! Seorang saksi dusta berbohong terhadap seseorang atau bagi orang lain terutamanya apabila orang itu dalam perbicaraan bagi suatu jenayah. Tetapi amsal ini juga mengutuk segala dusta. Pendusta tidak akan bebas hukuman, sebab semua orang baik, dan magistret dan majikan, dan Allah syurgawi akan mengejar dan menghukum orang yang sebegitu.

Para pembaca, biar ayat yang pendek ini yang mengajar betapa Allah benci bohong menyebabkan hatimu gementar dengan ketakutan bagi hal menyalahgambarkan sesuatu perkara atau berdusta. Hanya mereka yang suka maut akan cincai membaca amsal ini dan memulakan harinya tanpa menyemak dengan teliti kesalahan tidak jujur melalui cermin sempurna firman Allah (Ams 12:19; 21:6; Yak 1:21-26).

Allah benci bohong dan pembohong (Ams 6:17,19; 12:22; Maz 5:5-6), dan semua pembohong akan menerima bahagiannya dalam lautan api (Wah 21:8; 22:15). Setiap kali seseorang berbohong, dia menunjukkan bahawa iblis itu kemungkinan ayahnya (Kej 3:1-5; Yoh 8:44). Allah Yang Mahakuasa menjadikannya Hukum yang Ke Sembilan (Kel 20:16), dan para rasulNya dalam Wasiat Baru juga mencelakannnya (Efe 4:25; Kol 3:9; 1Tim 1:10).

Membohong pasti akan membawa penghakiman dan hukuman. Manusia bergantung kepada kebenaran untuk hidup dan kejayaan, jadi pembohong haruslah dielakkan dan dihukum (Maz 101:7). Penguasa kerajaan dan para majikan bergantung kepada kebenaran, jadi mereka akan menghukum pembohong apabila mereka menangkap mereka (16:13; 17:7; 29:12; Ula 19:16-21). Dan Allah akan menghakimi para pendusta dengan keras-keras (2Raj 5:25-27; KPR 5:1-11).

Amsal ini ialah amaran yang serius – dan ia diulangi hanya empat ayat kemudian (Ams 19:9). Fahamkah kamu pesannnya? Allah dan manusia yang baik benci hal berbohong. Kamu harus membencinya. Alkitab dipenuhi dengan amaran terhadap dusta (Ima 19:11; Maz 101:7; Yer 9:3-5; KPR 5:3-4). Ketahuilah dosamu itu pasti akan memperlihatkan kamu – terutamanya berbohong (Ams 12:19; Bil 32:23). Satu bohong bersambung kepada bohong yang lain sehingga suatu pembohong ditangkap di dalam jaring perdayaan yang membinasakan jiwanya dan nama baiknya.

Adakah kamu menghiasi fakta-fakta, membesar-besarkan peristiwa sebenar, memperbaiki cerita, atau mengubahkan nombor bagi kepentingan dirimu sendiri? Adakah kamu biarkan fakta-fakta yang tidak benar kekal sebegitu apabila ia memihak kepadamu? Para pembaca, berbicaralah kebenaran dengan terbuka dan dengan terang-terang pada setiap masa. Bencilah dusta dan apapun bentuknya yang halus dan tidak ketara. Sayangilah kejujuran dan kebenaran. Doakan supaya dilepaskan daripada kekutukan ini yang berasal daripada iblis (Maz 119:29).

Ibubapa! Tuntutilah kebenaran daripada anak-anakmu ketika mereka masih kecil, sebab bayi sudah pandai berdusta sebelum mereka dapat bercakap (Maz 58:3-5). Tekankanlah kejujuran penuh di dalam semua urusan keluarga pada setiap masa, dan hukumlah hal berbohong lebih keras daripada pelanggaran yang lain. Ini terutamanya bagi perbuatan berbohong untuk mengelak hukuman, kerana bercakap benar meskipun itu adalah pembelajaran akan takut akan Allah. Jika kamu tidak menghukum mereka dari awal-awal dan mengajar mereka untuk membenci perbuatan berbohong, mereka akan dihukum dengan lebih teruk kemudian.

Ada waktu untuk berbohong tak? Ya, apabila nyawa orang yang tidak bersalah sedang dipertaruhkan. Rahab dibenarkan di hadapan Allah dengan berbohong untuk melindungi dua orang pengintip itu (Yak 2:25). Allah memberkati dua orang bidan yang berbohong kepada Firaun untuk melindungi bayi-bayi Israel (Kel 1:15-21). Daud, lelaki yang mengejar hati Allah, berbohong beberapa kali (1Sam 19:11-17; 21:10-15; 2Sam 15:31-37). Dan Allah mengutus suatu roh dusta kepada Raja Ahab, yang langsung tidak mengingini kebenaran dan tidak layak untuk kebenaran (1Raj 22:19-22). Inilah hanya beberapa contoh dalam Alkitab yang tidak terkutuk.

Kamu mungkin pada hari ini tergoda untuk mengkompromikan kebenaran atau menjadi tidak jujur. Banyak yang akan jatuh di dalam godaan ini. Kamu harus mempersiapkan diri melalui amsal ini untuk memuliakan Allah dan menyanjungi kebenaran dengan menjadi jujur dan sebenar semungkin seperti yang diperlukan situasi. Setiap kali kamu memilih kebenaran dan kejujuran daripada berbohong dan menyalahgambarkan hal, kamu memajukan kedudukanmu terhadap Allah dan manusia. Kedua-duanya akan memberi ganjaran kepadamu pada hari-hari yang menjelang.

Yesus Kristus ialah Yang Setia dan Saksi Yang Benar (Wah 3:14). Alasan kebanyakan orang tidak percaya kepadaNya adalah kerana Dia bercakap benar (Yoh 8:45). Orang biasa suka kepada bohong, dan tidak sedikitpun telah berubah pada hari ini. Evolusi? Betapa karut dan betapa gila dusta ini! Gereja-gereja yang mengkhutbahkan dusta selalu akan ada bilangan orang yang lebih ramai daripada mereka yang mengajar kebenaran (1Tim 4:1-3; 2Tim 4:3-4). Orang berhikmah tidak akan menyukat kesalihan oleh pertumbuhan atau kejayaan, tetapi melalui kebenaran (1Tim 6:3-6).