2:22
Tetapi orang durjana akan dipotong keluar daripada bumi, dan para pelanggar akan dicabut keluar daripadanya.
Jenayah tidak berbaloi. Para pendosa tidak akan terlepas daripada kesan dosa. Adakah kamu terkejut bahawa adanya orang durjana yang masih hidup dan lagi makmur? Mungkin seorang ahli politik? Seorang pelakon? Seorang pemimpin agama? Seorang penjenayah yang berleluasa? Mereka akan dipotong dan dicabut keluar. Allah dan Solomo telah menjaminkan itu.
Orang yang memilih suatu gaya hidup yang durjana akan diburu Allah dan manusia dan akan dibinasakan. Amsal ini kasar, tetapi ia benar. Pilihan ada padamu – jika kamu mengikut orang jahat atau perempuan asing dalam jalan-jalan mereka yang berdosa (Ams 2:12-18), kamu telah memilih kebinasaan dirimu.
Solomo telah membentangkan pencarian yang bersungguh-sungguh untuk hikmah dan untuk setiap jalan yang baik (Ams 2:1-9). Kemudian dia memberi suatu manfaat hikmah iaitu pelepasan daripada orang jahat (Ams 2:10-15) dan perempuan asing (Ams 2:16-19). Akhirnya, dia menjelaskan suatu berkat positif akan hikmah untuk menjalani hidup dalam jalan orang baik dan mengekalkan jalan-jalan orang benar (Ams 2:20).
Apakah ganjaran untuk memperoleh hikmah, mengelak orang jahat dan perempuan asing, dan mengikuti gaya hidup orang baik dan benar (Ams 2:10-20)? Ia berkat-berkat Allah dan manusia dalam kehidupanmu yang memimpin kepada keselamatan dan kejayaan. Kamu akan selamat dan memiliki hayat yang panjang dan yang makmur (Ams 2:21). Kedua-dua Allah dan manusia menghakimi para penjahat, jadi, jenayah tidak berbaloi.
Ketenteraman ialah sesuatu yang ajaib. Adakah kamu memahami itu? Adakah kamu memiliki itu? Maksudnya ialah pembebasan daripada gangguan atau kekacauan; supaya dapat menikmati keamanan dan kesentosaan. Ketenteraman ialah ganjaran Allah yang murah hati bagi kehidupan yang benar (Ams 1:33; 3:21-26; 4:7-8; Maz 25:12-13; 112:6-8; Yes 26:3-4; 1Tim 6:6; 1Pet 3:10-12).
Raja Nebukadnezar, orang Babel, merupakan raja yang paling besar dalam sejarah dunia. Dia memiliki lebih kemuliaan dan kehormatan, dan kejayaan melebihi sesiapa pun. Tetapi dia angkuh dan tidak memberi Allah apa pun pujian atau kesyukuran. Dia seorang pendoa, dan dia menindas orang miskin. Daniel memberi amaran kepadanya untuk menamatkan dosa-dosanya supaya dapat memanjangkan waktu ketenteramannya. Oleh sebab dia tidak merendahkan dirinya dan tidak memilih jalan orang baik, dia memakai tujuh tahun kemudian direndahkan seperti binatang (Dan 4:27-33).
Lot memilih untuk bergaul dengan orang duniawi, tetapi dia merosakkan seluruh keluarganya seperti yang diceritakan dalam kisah yang paling rosak dalam Alkitab (Kej 13:12-13; 19:1-38). Saul fikir dia dapat membenarkan takut akan manusia, ketidaksabaran, dan dengki dalam kehidupannya; tetapi dia dan anak-anak lelakinya telah dibunuh pada hari yang sama dan telah dipaku ke dinding oleh orang Filistin (1Sam 31:8-13). Kedua-dua lelaki itu serta keluarga mereka dipotong keluar daripada bumi dan dicabut daripadanya. Amsal ini kasar tetapi benar.
Iskandar Agung menjalani suatu kehidupan keganasan, dan setengah jangka hayat kehidupan yang biasa pun tidak tercapai baginya, seperti yang telah dijanjikan Allah bagi orang durjana sedemikian (Maz 55:23). Masa tidak membenarkan kita untuk lagi bercerita tentang Absalom, James Dean, anak-anak Eli, JFK, Amnon, Jimmy Hoffa, Gereja Korintus, Marilyn Monroe, orang kaya yang bebal, Puteri Diana, anak-anak Haman, Elvis Presley, Er, MLK, Jr., Onan, Jim Morrison, Janis Joplin, Jimi Hendrix, dan orang durjana lain yang seperti mereka.
Amaran tentang dipotong keluar dan dicabut keluar bukan hanya dipakai kepada pelanggan pelacur dan para pemberontak yang serupa. Tuhan Yesus Kristus memakai bahasa sedemikian ketika memberi keterangan tentang para pemimpin agama zamannya yang telah memilih tradisi rekaan manusia dan ragam mesra politik daripada memilih doktrin kewajaran dan kebenaran. Dia memberitahu para muridnya bahawa mereka akan dicabut keluar dan bahawa mereka hanya sekadar pemimpin buta bagi yang buta (Mat 15:12-14).
Ia tidak penting jika kehidupanmu sekarang baik. Jika kamu kekal berkompromi dengan keduniawian atau kedurjanaan, Allah akan memotongmu dan keluargamu keluar dan mencabut mereka keluar daripada bumi. Jika kehidupanmu baik sekarang, ia tidak akan tahan lama. Jika kehidupanmu teruk sekarang, ia boleh dan akan menjadi lebih teruk. Panjangkan ketenteramanmu dengan memilih kehidupan yang jujur dan yang berhikmah (Ams 2:20-21).