2:4
Jikalau kamu mencarinya seperti mencari perak, dan mengejarnya seperti mengejar harta terpendam;
Adakah hikmah, pengetahuan, dan pemahaman cukup bernilai kepada kamu seperti perak dan harta terpendam? Manusia akan mencari-cari perak dan harta terpendam dengan hati yang teruja dan dengan perbelanjaan dan usaha yang sangat besar, dan Solomo telah memberi amaran bahawa hanya dengan kerinduan dan ketekunan yang serupa kamu akan menemui hikmah Allah. Kecuali kamu ada kesungguhan dan ketekunan sedemikian, kamu akan hilang pengetahuan dan pemahaman yang benar.
Hanya dengan membaca secara singkat tentang Misteri Lubang Wang di Pulau Oak, Nova Scotia, akan membuktikan perangai manusia berkenaan harta terpendam. Lebih kurang enam nyawa, berjuta-juta dollar, dan usaha yang raksasa telah dilaburkan, dengan hasil yang mengecewakan untuk 210 tahun, untuk mencari harta terpendam yang dianggap berada di bawah suatu lubang ciptaan pintar manusia di sana.
Hikmah wujud, dan kamu harus mencarinya dan mendapatinya, sebab ia lebih berharga daripada segala kekayaan (Ams 4:7; 16:16; Maz 19:10; 119:14,72,127). Kamu membeli hikmah dengan melepaskan apa yang lain di dalam kehidupan untuk menebuskan masa dan memakai usaha untuk meneliti firman Allah; kamu elak menjual hikmah dengan menolak apapun tawaran dunia ini untuk mengalihkan tumpuanmu dalam usaha mencarinya (Ams 23:23; 18:1).
Yesus Kristus telah mengajar bahawa kerajaan Allah ialah keutamaan hidup yang paling besar (Mat 6:33), dan Dia telah menggambarkannya dengan orang yang menjual segala harta miliknya untuk membeli suatu ladang atau suatu mutiara yang bernilai (Mat 13:44-46). Apakah yang telah kamu jual atau lepaskan untuk mendapatkan harta terpendam ini? Atau adakah harta terpendam kamu di bumi ini? Jika kamu belum menghitung dan membayar harganya, maka, kamu bukanlah seorang murid sejati Yesus Kristus.
Hikmah tidak akan jatuh pada pahamu, kerana jikalau sedemikian, ia mungkin jatuh kepada orang yang tidak layak menerimanya. Pengetahuan dan kebenaran bukanlah suatu hak, sebab semua manusia telah memilih dusta di Taman Eden melalui Adam. Hikmah itu suatu ganjaran kepada mereka yang mohon dan bekerja untuknya. Allah yang adil dan cemburu tidak akan memberikannya kepada mereka yang ada usaha yang hanya sekali-sekala, malas, atau kecil, tetapi Dia akan mengganjari pencari yang sungguh-sungguh (Yer 29:13).
Pertimbangkan hamba-hamba Allah. Mereka harus belajar seperti seorang tukang (2Tim 2:15); mereka harus menyerahkan diri mereka sepenuhnya kepada perbuatan membaca, penggesaan, dan doktrin (1Tim 4:13-15); dan mereka harus melakukannya sementara bertahan di dalam derita sebagai askar yang tidak mempunyai tanggungjawab duniawi (2Tim 2:3-4). Jika seseorang hamba Allah berkompromi di dalam mana-manapun hal-hal ini, dia serta pendengar-pendengarnya akan kalah (1Tim 4:16).
Pertimbangkan orang Kristian. Mereka harus memakai hikmah atau menghilanginya, sepertimana Paulus telah memberi amaran kepada orang Ibrani (Ibr 5:12-14). Jika mereka tidak mengambil cukup perhatian kepada khutbah, mereka akan kehilangan segalanya, bahkan pengetahuan yang mereka ingat mereka ada (Luk 8:18). Orang Berea cukup mulia bagi sebab yang cukup nyata (KPR 17:11), dan kamu harus mengikuti contoh yang baik mereka (1Tes 5:21).
Wahai kawan, adakah kamu membacakan Firman Allah? Adakah kamu membacakannya dengan kesungguhan dan dengan usaha tekun? Adakah kamu berdoa agar Allah membuka mukasurat-mukasuratnya bersertakan kata-katanya kepadamu sementara membaca (Maz 119:18)? Adakah kamu mengkajikannya? Adakah kamu mendambakan pemberitaannya dan pengajarannya? Adakah kamu merenungkannya siang dan malam? Adakah kamu membicarakannya kepada orang lain? Adakah kamu meninggalkan kenikmatan-kenikmatan yang lain baginya? Adakah kamu membeli alat-alat yang diperlukan untuk membantu?
Kebanyakan manusia tidak mengerah usaha mereka, jadi, mereka hidup dan mati seperti orang bebal. Mereka tergila-gila akan kilau-kilauan permainan duniawi dan kenikmatan di bumi. Hanya segelintir sahaja yang sedia berkhidmat seperti jurutulis Ezra (Ezra 7:6); hanya segelintir sahaja yang adalah pokok berhasil (Maz 1:1-3). Hanya segelintir sahaja yang memegang kata-kata Allah, merenungkannya, dan mentaatinya untuk memiliki hikmah Elihu dan Daud (Maz 119:98-100).
Yesus Kristus telah mencari-cari hikmah Allah sepanjang malam di atas gunung (Luk 6:12). Dan sementara yang lain tidur, Dia mencari harta terpendam kehendak Allah dengan tangisan dan peluh yang seperti darah (Luk 22:39-46). Adakah Dia didengarkan? Memang! Dia duduk selama-lamanya sebagai Raja di bukit Sion, memerintah seluruh alam semesta dengan hikmah sempurna, keadilan dan kebenaran. Carilah hikmah Allah yang berharga pada hari ini!