2:3
Ya, jikalau kamu berseru untuk pengetahuan, dan mengangkat suaramu untuk pemahaman;
Adakah kamu berdoa untuk hikmah? Hikmah ialah daya penghakiman yang baik, supaya kamu tahu apa untuk dibuat bagi apa pun situasi. Allah Yang Maha Benar dan Yang Maha Hidup ada segala hikmah, dan Dia memberinya kepada orang yang meminta. Kehebatan dan kejayaan di hadapan Allah dan manusia tidak pernah sebegitu mudah. Apakah yang sedang menghindarimu?
Bilakah kali terakhir kamu berdoa untuk hikmah? Jika kamu tidak meminta, Dia tidak akan memberinya. Kamu akan hidup dengan jahil dan dengan bebal, menuai kesan-kesan pedih dan negatif bagi kehidupan demikian, semua itu hanya kerana kamu terlalu malas atau terlalu angkuh untuk meminta. Sudah cukuplah itu. Rayulah sebaliknya untuk hikmah pada hari ini juga.
Adakah kamu berdoa untuk hikmah dengan membara? Kajian mungkin menghasilkan cendekiawan, tetapi hanya doa yang menghasilkan orang kudus. Kegiatan banyak membaca mungkin menambahkan pembelajaran, tetapi hanya wahyu Roh yang memberi hikmah. Jika kamu memerlukan hikmah, dambakannya dengan melutut; dan ketika melutut rayulah kepada Allah Salomo. Dia memberkati Salomo mengatasi semua orang lain, dan Dia juga dapat memberkatimu mengatasi semua yang sebaya denganmu.
Sang Pengkhutbah, yakni Raja Salomo, tengah-tengah menggesa anak lelakinya untuk beberapa tugas yang perlu untuk mendapatkan hikmah (Ams 2:1-9). Ayat ini telah mengajarnya, dan ia mengajarmu, untuk berdoa dengan membara untuk hikmah. Permohonan di sini bukanlah suatu permohonan yang tawar untuk hikmah, tetapi sebaliknya suatu permohonan yang terdesak, sungguh-sungguh, dan ghairah untuk hikmah. Berseru untuknya! Tinggikan suaramu untuknya! Hangatkan keamatan kemahuanmu!
Allah memilih untuk bertindak dalam sesetengah hal hanya melalui permohonan, jadi Yakobus menulis, “kalian tidak mendapat, kerana kalian tidak minta” (Yak 4:2). Kecuali kamu minta dan merayu bagi sesetengah hal, Allah akan membiarkan kamu hidup tanpa itu. Dia telah menjadikan ia mudah bagimu untuk meminta daripadaNya, sebagai Bapamu (Luk 11:9-13). Mungkinkah keadaanmu yang kurang hikmah itu disebabkan oleh dirimu jarang berdoa untuknya?
Hikmah ialah sesuatu yang harus kamu doakan (Yak 1:5). Jika kamu mahu lebih hikmah, Allah akan mendengar dan menjawab permohonanmu dengan murah hati. Betapa berharganya janji itu! Terutamanya dengan kenyataan penekanan kepentingan hikmah menerusi kitab Amsal. Dia akan memberinya kepadamu dengan banyak dan tidak akan mengkritikmu bagi keamatan permohonan-permohonanmu. Kamu boleh mendambakan hikmah dengan bebas di hadapan Allah.
Tetapi kamu harus minta di dalam iman, dengan penuh keyakinan kepada kemampuan dan kerelaan Allah untuk membantumu. Kalau tidak, kamu tidak akan menerima apa pun daripadaNya (Yak 1:6-8). Tolak dan lupakan apa pun fikiran yang bercanggahan, sama seperti Abraham yang tidak mempedulikan semua masalah berkenaan Sara mengandung pada umur tua. Tanpa iman ia tidak mungkin untuk menyenangkan Allah, Pemberi Agung hikmah (Ibr 11:6).
Allah menawarkan Salomo apa pun permohonan dan banyak memberkati keinginannya untuk hikmah. Dia juga memberinya apa yang tidak dimohonkan dia (2Taw 1:7-12). Tetapi kamu ada tawaran syurga yang sama! Mengapakah kamu tidak mohon sepertimana dia telah mohon (Mat 7:7-11; 11:24; 18:19; Yoh 14:13-14)? Daniel juga berdoa untuk hikmah dan menerimanya dengan banyak (Dan 2:16-19; 5:11; 9:20-23; 10:10-21).
Jadilah berani! Berdoa untuk hikmah tambahan. Kamu tidak akan menyinggung Yang Maha Pemberi, Yang telah menawarkannya dengan murah hati. Elia ialah nabi yang hebat. Yohanes Pembaptis, lelaki yang paling hebat yang pernah dilahirkan perempuan, datang dalam rohnya dan kuasanya (Luk 1:17). Sebelum Elia diangkat ke syurga, dia menawarkan Elisa apa pun permohonan. Apakah yang diminta oleh Elisa? Dua kali ganda roh Elia! Dan dia telah mendapatkannya (2Raj 2:9-15)!
Inilah cara yang paling mudah untuk menjadi hebat di pandangan Allah dan manusia – minta Allah untuk hikmah. Ingat, hikmah itulah yang memahkotai orang dan membawa kehormatan kepadanya (Ams 4:5-9). Tiada apa pun yang dapat dibandingkan dengan hikmah (Ams 3:13-18; 8:11; 16:16). Ia akan membezakanmu daripada orang lain dan membawa berkat-berkat yang kaya daripada Allah dan manusia dengan pelbagai cara.
Orang yang mulia akan ada alasan-alasan yang kudus untuk mencari hikmah. Pertimbangkan doa pemazmur supaya Allah memberinya pemahaman dalam firman Allah dan kebenaran (Maz 119:11,18,26-27,34,73,125). Paulus berdoa bagi orang-orang kudus untuk mendapat hikmah melalui Roh Kudus (Efe 1:15-20; Kol 1:9-11), dan Roh Kudus ialah apa yang harus didoakanmu juga (Luk 11:13).
Jika kamu tidak dengan wajar menghargai hikmah dan meminta Allah untuknya, maka kamu harus gementar di hadapanNya, sebab Dia mungkin menghakimimu dengan kebutaan, seperti yang telah dia buat kepada banyak orang (Mat 11:25-27; 13:10-17; 2Tes 2:9-12; Yoh 9:39-41). Tiada malu untuk mengakui dirimu seorang budak dalam hal hikmah, seperti yang diakui Salomo dan seperti yang Tuhan nyatakan, sebab Allah akan dengan kaya memberkati roh yang rendah hati itu.
Yesus membesar dalam hikmah dan dalam kehormatan di hadapan Allah dan manusia (Luk 2:52; Mat 13:54). Ia sudah tentu Dia berdoa untuknya, sebab sifat manusia Dia memerlukan berkat hikmah Allah seperti dirimu juga (Luk 6:12; 9:28; 22:39-45). Tetapi doa-doaNya melampaui kamu punya, dan berkat Allah melampaui semua berkat yang lain sehingga Yesus dapat benar-benar berkata, “Ada yang lebih besar daripada Salomo di sini” (Mat 12:42).
Ketika kamu meminta Allah untuk hikmah bagi dirimu sendiri, ingat untuk minta bagi para percayawan yang lain yang juga ingin dan memerlukan hikmah. Tuhan Yesus Kristus berdoa secara itu untuk para rasul (Yoh 14:15-17). Dan Paulus mengulangi jasa baik itu bagi gereja-gereja (Efe 1:15-19; Kol 1:9-11). Jika kamu berdoa bagi keluargamu dan sahabat-sahabatmu, dan mereka bagimu, cuba kamu fikir betapa besarnya tambahan hikmah itu.