Amsal · Proverbs

2:5
Maka kamu akan memahami takut akan TUHAN, dan menemui pengetahuan Allah.

Di sinilah dua berkat yang ajaib – takut akan TUHAN dan pengetahuan Allah. Hanya lelaki dan perempuan yang hebat dapat memilikinya. Adakah kamu memahami betapa pentingnya itu? Kamu boleh memperolehnya, jika kamu memenuhi syarat-syaratnya. Relakah kamu untuk melakukan apa yang wajar untuk memperolehnya?

Memahami takut akan TUHAN adalah mungkin. Menemui pengetahuan Allah adalah mungkin. Kedua-dua berkat besar ini dapat diperoleh. Tetapi kedua-duanya itu tidak mungkin diperoleh tanpa pendekatan yang betul. Tiada apa pun bayaran di bumi atau usaha manusia yang dapat memperolehnya bagimu. Allah harus memberinya kepadamu, dan Dia hanya akan memberi itu kepada orang yang mencari dengan cara yang betul.

Seseorang yang memahami takut akan TUHAN dan menemui pengetahuan Allah memang diberkati (Ams 8:11; Maz 112:1-3; 128:1-6). Dua perkara yang ajaib tersebut telah disembunyikan daripada kebanyakan orang, dan orang yang lain akan gagal memakai langkah-langkah yang betul untuk memperoleh itu. Di sinilah dua hal yang berbaloi untuk diperoleh dengan menjual segala harta milikmu untuk memperoleh ladang yang mengandunginya (Mat 13:44-46).

Amsal ini ialah kesimpulan suatu senarai singkat akan syarat-syarat memperoleh hikmah (Ams 2:1-5). Kegagalan untuk memuaskan satu atau lebih kewajiban menghambat seseorang daripada memperoleh ganjaran dan harta terpendam. Banyak orang hebat mengingini pemahaman dan pengetahuan ilahi, tetapi hanya sesetengah yang akan menemuinya. Kamu mungkin memperolehnya, jika kamu memenuhi enam syarat yang mudah itu.

Syarat yang pertama ialah: “Jika kamu menerima kata-kataku” (Ams 2:1). Suatu roh yang mudah diajar adalah wajib untuk mula belajar. Segala pembelajaran memerlukan arahan, namun kebanyakan orang sukar untuk ingin mendengar orang lain. Mereka percaya pendapat mereka lebih baik. Mereka mahu mengajar, bukan mendengar. Mereka berhujah, menyoal, membahas, dan membantah. Hanya segelintir orang yang cukup mulia untuk mendengar dan menerima ajaran. Kornelius dan orang Berea merupakan contoh yang baik (Kis 10:33; 17:11). Seseorang dengan ciri ini akan mengasihi khutbah – lebih keras lebih baik (Neh 8:1-12; 1Tes 5:20; 2Tim 4:3-4).

Syarat yang kedua ialah: “menyimpan perintah-perintahku dalam dirimu” (Ams 2:1). Setelah kamu diajar sesuatu, kamu harus mengekalkannya. Banyak orang telah mendengar sesetengah kebenaran, tetapi wahyu itu dengan mudah menghilang daripada minda mereka yang kosong. Ia dengan cepat melesap. Kamu menyimpan perintah-perintah Allah dengan cara mengulangkaji secukupnya untuk mengingatinya (Maz 119:11). Kamu tidak boleh membiar apa yang baik yang didengarmu tercicir (Ibr 2:1-3), kerana kalau demikian kamu akan melesapkan faedah-faedahnya (1Kor 15:2). Paulus menegur para percayawan Ibrani kerana perlu mendengar fakta-fakta yang asas tentang injil sekali lagi (Ibr 5:12-14).

Syarat yang ketiga ialah: “Mencenderungkan telingamu kepada hikmah” (Ams 2:2). Dengar dengan sikap ingin menunduk, dengan menerima pembetulan dengan sikap suka menurut. Pembelajaran dan hikmah memerlukanmu untuk mengaku bahawa kamu salah. Rendahkanlah dirimu; turun; kenalpastikan dengan serius kesalahan-kesalahan di dalam kehidupanmu. Pakailah pembetulan terhadap dirimu sendiri, bukan terhadap orang lain. Condongkan hatimu dan telingamu kepada teguran orang berhikmah. Hanya pencemuh yang menuju kepada kebinasaan akan membenci pembetulan (Ams 9:8; 13:13; 15:31-32; Pkh 7:5).

Syarat yang keempat ialah: “Memakai hatimu kepada pemahaman” (Ams 2:2). Hikmah ialah matlamat yang paling besar dalam kehidupan, dan ia layak untuk menerima dedikasi yang penuh ghairah. Hatimu ialah sumber kerinduan, dan kamu harus ada keamatan dan keghairahan untuk memperoleh pemahaman. Suatu sikap yang cincai terhadap hikmah tidak akan berjaya. Kamu tidak boleh tidur dalam kelas dan harap untuk lulus. Kasih akan hikmah adalah perlu (Ams 8:17,21; 18:1; Pkh 1:13; Dan 10:12; 2Tes 2:10-12).

Syarat yang kelima ialah: “Jikalau kamu berseru untuk pengetahuan, dan mengangkat suaramu untuk pemahaman” (Ams 2:3). Hikmah ialah anugerah Allah, dan Dia akan memberi itu dengan murah hati kepada sesiapa pun yang meminta (Yak 1:5). Tetapi hanya segelintir orang yang akan berseru untuk hikmah. Mimpi Salomo dengan tawaran Allah untuk segala yang diingininya tidak berbeza daripada tawaran hikmah Allah kepadamu. Bagi pembelajaran firman Allah pun, yang bukan sains dan yang bukan seni, hamba Allah bergantung kepada TUHAN untuk mencelikkan matanya untuk melihat keajaiban-keajaiban yang ada di dalamnya (Maz 119:18; Efe 1:17).

Syarat yang keenam ialah: “Jikalau kamu mencarinya seperti mencari perak, dan mengejarnya seperti mengejar harta terpendam” (Ams 2:4). Allah membenci si lamban, yang langsung tidak menunjukkan hikmah atau kesungguhan semut pun. Dia tidak akan memberi orang malas apa pun. Dia memerintahkan supaya orang malas harus dilaparkan sehingga mati (Ams 20:4; 2Tes 3:10). Kegiatan belajar ialah kerja yang berjerih lelah (Pkh 12:12; 2Tim 2:15). Tetapi ganjarannya adalah sungguh bernilai! Membaca, mengulangkaji, merenung, menghafal, dan berdoa ialah kerja yang keras. Di manakah adanya harta terpendam yang datang bergolek atau melayang kepadamu?

Dengan demikian kamu ada enam langkah yang mudah untuk memahami takut akan TUHAN dan menemui pengetahuan Allah. Dengar, ulangkaji, tunduk, ingin, berdoa, dan carilah hikmah. Kamu akan menemuinya dan memperolehnya. Cuba abaikan satu atau lebih daripada syarat ini dan kamu tidak akan mendapat ganjarannya. Ada apa dalam kehidupanmu yang sedang menghalangmu daripada hikmah? Ada apa dalam hatimu yang sedang menghalangmu daripadanya?

Terlalu angkuh untuk mendengar? Terlalu malas untuk mengulangkaji? Terlalu degil untuk menunduk? Terlalu badaniah untuk menginginkannya dengan membara? Terlalu sibuk untuk berdoa? Terlalu tidak tertumpu kerana kenikmatan sampai tidak dapat mencari hikmah? Maka kamu harus mati dengan bebal! Hikmah tidak akan diperolok-olokkan; kecelakaanmu menjelang; tiada belas kasihan dari syurga (Ams 1:20-31). Sedikit yang kamu fikir dimilikimu itu pun akan dirampas Allah (Luk 8:18).

Tuhan Yesus Kristus Yang Berbahagia, ketika seorang budak pun, memakai langkah-langkah yang sama ini (Luk 2:42-51). Dan melalui langkah-langkah itu Dia membesar dalam hikmah dan dalam keredaan dengan Allah dan manusia (Luk 2:52). Jika kamu mengikuti teladanNya dan belajar daripadaNya, kamu akan menemui dan mengenal misteri-misteri besar alam semesta dan harta terpendam hikmah dan pengetahuan (Kol 2:2-3). Semoga Allah memberkatimu dengan tekad untuk memakai dirimu dengan tekun mencari harta terpendam yang sungguh besar ini.