20:15
Ada emas, dan banyak batu delima: tetapi bibir yang berpengetahuan ialah batu permata yang berharga.
Dapatkah kamu menyukat kekayaan benar? Apakah yang lebih berharga daripada emas dan selonggok batu delima? Apakah yang akan raja yang paling kaya dan yang paling berhikmah jawab kepada soalan ini? Dia akan memberitahumu bahawa pertuturan yang cemerlang adalah lebih bernilai. Kamu bekerja keras hampir setiap hari untuk menjanakan wang dan beroleh maju. Adakah kamu juga berusaha untuk memperoleh hikmah dan menyesuaikan pembelajaran itu di dalam bibirmu untuk membantu orang lain?
Gagasan-gagasan dunia akan kepentingan dan nilai adalah memang tidak berguna, tetapi ia juga memperdayakan dan membinasakan. Jika kamu mengendahkannya, kamu akan dialihkan perhatian daripada keutamaan-keutamaan benar dan kehilangan apa yang terbaik bagi kehidupanmu. Ia menekankan kejayaan profesional dan keuntungan kewangan, tetapi raja berhikmah dan ahli filsafat Allah mengajar dengan sungguh berbeza – pertuturan yang cemerlang ialah matlamatmu!
Jika orang miskin menghargai pertuturan yang baik melebihi kekayaan, tidak seorang pun akan peduli, kerana dia tidak pernah ada kuasa kewangan untuk membuat perbandingan yang sah. Raja Salomo bukan sedemikian. Allah menjadikannya sungguh kaya, dan pada zamannya emas dan batu delima kelimpahan, dan orang mencari-carinya (2Taw 1:12,15). Salomo punya sanjungan bagi pertuturan di sini adalah sungguh berwibawa. Allah juga telah memberinya hati yang berhikmah dan yang ada pemahaman, maka dia tahu nilai benar melebihi mana-mana orang yang lain (1Raj 3:5-14).
Emas ialah sejenis logam – batu delima ialah sejenis mineral. Ia merupakan habuk atau batu; pilihlah sesuka hatimu. Tetapi orang mendambakannya dan mengumpulkannya. Ia sesuatu yang membahayakan. Para pencuri mengejar itu; kerajaan mengenakan cukai kepada itu; jiran-jiran beriri hati akan itu; ia harus dilindungi dan diinsurankan; selepas dipakai sekali, ia turun nilai. Pertuturan yang cemerlang ialah barang kemas jarang yang kamu boleh pakai berulang-ulang kali, bebas daripada apa pun risiko tersebut.
Apakah pengetahuan yang diniatkan Salomo di sini? Ia bukan khayalan dan bohong yang diajar di Universiti Cambridge atau Harvard!Dia memaksudkan pengetahuan benar – hikmah benar – pemahaman benar. Dia memaksudkan pandangan dunia, filsafat, penghakiman, kesaksamaan, dan kebenaran yang datang daripada takut akan TUHAN (Ams 1:7; 9:10; Pkh 12:13-14). Inilah satu-satunya pengetahuan yang bernilai untuk diulangi!
Usaha paling baik yang dapat dikerah Universiti Oxford atau Yale adalah untuk menambah kepada ledakan maklumat yang mengegarkan dunia, menyumbat Internet, dan mencekik minda dengan data yang tidak berguna akan usaha-usaha yang tidak bernilai (2Tim 3:6-7). Tetapi kebanyakan pengetahuan mereka memperdayakan dan menipu – teori evolusi, pemanasan bumi, karut perhubungan sejenis, kemanusiaan, sosialisme, individualisme, dan sebagainya.
Kebenaran ialah kuncinya – apa yang betul dan yang baik lawan apa yang salah dan yang jahat. Kehidupan yang menyenangkan Allah dan orang baik ialah matlamatnya – bagi dirimu dan bagi orang lain. Hanya pertuturan tertentu melayani kedua-dua tujuan itu, dan itulah pertuturan yang ditekankan Salomo (Ams 22:17-21; 23:23). Kamu harus mencari dan belajar kebenaran yang mutlak dan kekuasaan yang terakhir akan firman Allah, dan kemudian kamu harus mengongsikannya dengan belas ihsan, dengan murah hati, dan dengan tidak menonjol supaya dapat menguntungkan para pendengarmu (1Kor 13:1-7; Efe 4:15).
Memakai mulutmu dan kata-katamu untuk membantu orang lain merupakan sebahagian perintah yang kedua, iaitu mengasihi orang lain (Mar 12:29-31). Kemampuan dan usaha untuk mengarah, menghibur, memperbetul dan memberi amaran kepada orang lain ialah tanda-tanda manusia yang hebat dan yang mulia (Ams 10:21; 11:30; 12:18; 15:4,7; 16:21,24). Dapatkah kamu melakukan ini? Adakah kamu melakukan ini? Adakah kamu mempunyai pengetahuan sejati untuk diberi kepada orang lain?
Memperoleh pengetahuan memerlukan usaha. Kamu harus menolak apa yang mengalihkan perhatian untuk mengkaji dengan tekun (Ams 18:1). Kamu harus merendahkan dirimu kepada para guru (Ams 2:1-2). Kamu harus dengan membara berdoa untuk itu (Ams 2:3; Yak 1:5; Maz 119:18). Kamu harus mengejarnya seperti mengejar harta karun yang tersembunyi (Ams 2:4-5). Kamu harus hanya memakai sumber kitab hikmah (Maz 19:7-11; Yes 8:20; 1Tim 6:3-5; 2Tim 3:16-17).
Berbicara dengan baik ada peraturannya. Dengarlah tentang hal itu dahulu (Ams 18:13; Yak 1:19). Pandanglah melebihi apa yang kelihatan untuk membuat penilaian dengan betul (Yoh 7:24). Sudahkah firman kebenaran yang pasti berada di dalam mindamu (Ams 22:17-21; 16:23; Ibr 5:12-14). Siapkanlah jawapanmu, kecuali sudah pasti (Ams 15:28). Kurangkan perkataan dan jangan ada banyak perkataan (Ams 10:19; Pkh 5:2). Jadilah berbudi baik (Ams 10:32; 22:11; Pkh 10:12; Kol 4:6).
Pertuturan yang cemerlang adalah jarang, sebab kurang orang memilikinya; ia bernilai, kerana ia memanfaatkan orang lain; gabungan itu menjadikannya lebih berharga daripada emas atau batu delima. Pertuturan demikian ialah sesuatu yang sungguh baik (Ams 15:23). Para penutur yang demikian layak untuk diberi ciuman pada bibir mereka (Ams 24:26), adalah secantik buah-buah epal emas dalam mangkuk perak (Ams 25:11), dan adalah seperti barang kemas emas kepada para pendengar berhikmah (Ams 25:12).
Bibir orang berpengetahuan diganjari dengan membantu orang lain (Ams 9:9; Ayb 29:21-25; Yak 5:19-20). Tetapi Allah dan orang baik lebih lanjut memberkati para penutur yang berhikmah (Ams 18:20; 27:9). Kaum raja pun akan dipengaruhi sehingga menghormati orang-orang yang demikian (Ams 16:13; 22:11). Ada sesetengah penutur yang sungguh jarang, seperti barang kemas yang mulia, yang bersinar seperti bintang-bintang yang terang di syurga (Dan 12:3; Mal 3:16-17).
Tanggapilah pelajarannya. Buat rancangan untuk menambahkan nilai yang benar ke dalam kehidupanmu – melebihi aset-aset kewangan atau kecekapan berniaga. Mula dari dalam hatimu dan dalam mindamu, sebab di sana merupakan tempat yang kata-kata muncul (Luk 6:45; Ams 4:23; Maz 119:11). Sanjungilah Allah setinggi-tingginya di dalam hatimu dengan takut akan Dia dan dengan mengasihiNya, dan kemudian bertapak di dalam hikmah Alkitab yang tidak pernah salah (Ams 22:17-21; 1Pet 3:15; 1Tim 4:13-16).
Bagi setiap jam yang kamu pakai untuk mengejar kejayaan profesional atau kekayaan kewangan, ingat bahawa orang berhikmah akan melabur di dalam apa yang lebih bernilai – pertuturan yang cemerlang. Setiap kali kamu membuka mulutmu, fikir tentang kebaikan yang dapat dilakukanmu, dan jadilah takut dan benci akan kerosakan yang dapat dilakukanmu (Ams 12:18; 18:21). Sukatlah kata-katamu dengan dacing kudus Allah.
Allah ada kumpulan pengkhutbah yang besar, yang dengan bibir pengetahuan telah memberi ajaran kepada banyak orang merentasi beberapa ribu tahun (Maz 68:11). Kerja mereka untuk mengabarkan firman Allah kepada orang lain sebegitu bernilai sehingga kaki mereka pun dipanggil cantik (Yes 52:7). Elihu memberitahu Ayub bahawa orang-orang tersebut adalah jarang seperti satu di dalam seribu orang (Ayb 33:23-24). Sudahkah kamu mempunyai seorang yang demikian bagi keuntunganmu (Kis 8:30-31; 10:33)?
Yesus Kristus ialah Manusia yang paling hebat. Dia ada bibir pengetahuan yang paling berharga. Walaupun dia miskin dengan berasaskan sukatan duniawi yang bebal bagi apa yang bernilai, semua pertuturanNya akan apa pun sungguh mulia (Yes 50:4; Mat 7:28-29; 22:46; Luk 4:22,36; 24:32; Yoh 7:46; 1Tim 6:3). Adakah kamu mengenal Dia? Pernahkah kamu mendengar kata-kata kehidupan daripadaNya (Yoh 6:63,68)?