20:19
Dia yang merayau-rayau sebagai seorang pembawa mulut mendedahkan rahsia: oleh itu, jangan masuk campur dengan dia yang mengampu dengan bibirnya.
Orang yang bermuka dua adalah berbahaya. Dengan mulut yang sama mereka boleh bercerita dua mengikut keadaannya supaya sesuai dengan diri mereka. Pelajarannya adalah untuk mengelak mereka bagi masalah yang akan mereka timbul dalam kehidupanmu. Di sinilah nasihat yang hebat daripada orang yang berhikmah – orang yang mengampu juga bersalah dalam hal membawa mulut.
Apakah, “pembawa mulut”? Ia merupakan orang yang membawa maklumat peribadi orang lain untukdikongsi dengan orang lain untuk merosakkan reputasi. Membawa mulut ialah dosa yang telah dilupakan sebagai dosa. Alkitab juga memanggilnya sebagai mengumpat dan membisik. Ia secara umum dipanggil sebagai gosip.
Apakah, “rahsia”? Ia merupakan maklumat peribadi tentang seseorang yang patut dirahsiakan dan tidak diketahui orang lain. Ia merupakan fakta yang tidak patut dijadikan umum, sebab ia hanya akan merosakkan reputasi. Setiap orang ada rahsia atau hal yang mereka harap untuk kekal peribadi.
Apakah maksudnya untuk, “masuk campur”? Ia bermaksud untuk bergaul atau bercampur dengan orang atau hal-hal lain. Dalam kes ini, ia bermaksud untuk mengaitkan diri dengan para pengampu yang memang diketahui sikapnya. Amaran Solomo adalah untuk mengelak interaksi sosial atau persahabatan dengan orang yang suka mengampu, sebab mereka adalah bahaya kepadamu.
Apakah pengampuan? Ia merupakan pujian yang keterlaluan untuk memenangi seseorang punya keyakinan, kelulusan, atau keredaan. Niatnya adalah untuk memuaskan kesia-siaan orang lain dan menjadikan mereka rasa terhormat atau disegani. Ia tidak ikhlas pada kadar yang berbeza-beza, sebab biasanya ada udang di sebalik batu.
Amsal ini memberi amaran kepadamu untuk mengelak para pengampu, kerana mereka akan kerap kali juga menjadi pembawa mulut. Jika kamu membenarkan si pengampu untuk memuji-mujimu dengan tinggi-tinggi supaya kamu kurang berjaga dalam hal-hal kehidupanmu, maka dia akan memakai maklumat itu lalu mengongsikannya dengan orang lain, dan merosakkan kerjamu dan nama baikmu.
Kejayaanmu bergantung kepada dua perkara dari amsal ini. Pertama, kamu harus mengelak para pengampu, kerana mereka juga merupakan pembawa mulut dan boleh melukakanmu. Kedua, kamu harus mengelak pengampuan dan hal membawa mulut, kerana kedua-duanya ialah dosa di mata Allah dan orang baik.
Pengampuan menyenangkan sama ada ia diberi atau ia diterima, tetapi asasnya adalah berbohong. Ia merosakkan perhubungan. Allah memberi amaran terhadap hal memberinya atau menerimanya (Maz 5:9; 12:2-3; 78:36; Ams 2:16; 6:24; 7:5,21; 20:19; 29:5; 1Tes 2:5). Jika kamu berada dalam bidang jualan, atau orang yang mesra, atau orang yang suka mengekspresikan diri, maka berjaga-jagalah.
Kamu tidak patut memberinya. Ayub berkata, “Dia yang mengucapkan kata-kata mengampu kepada sahabat-sahabatnya, mata anaknya pun akan rosak” (Ayb 17:5). Elihu, sahabat Ayub yang paling berhikmah, tidak akan memberi gelaran yang mengampu kepada manusia (Ayb 32:21-22). Yesus telah mengutuknya, terutamanya dalam hal agama (Mat 23:5-12).
Kamu tidak patut menerimanya. Solomo berkata, “Orang yang mengampu jirannya sedang membentangkan jaring bagi kakinya” (Ams 29:5). Dan sekali lagi, “Lidah yang berbohong membenci mereka yang diseksa olehnya; dan mulut yang mengampu mengerjakan kebinasaan” (Ams 26:28). Walaupun menyenangkan, ia sungguh berbahaya.
Patutkah kamu percaya kepada lidah orang lain? Dapatkah kamu menjinakkan lidahmu? Walaupun setiap jenis binatang pernah dijinakkan, tidak seorang pun yang dapat menjinakkan lidah – ia merupakan kejahatan yang tidak terkawal, penuh dengan racun yang mematikan. Siapakah yang sebegitu biadap yang telah menyatakan itu tentang lidahmu? Rasul Yakobus yang berilhamkan Allah (Yak 3:7-8)!
Lidah merupakan salah satu bahagian tubuh yang paling kecil, tetapi ia merupakan bahagian tubuh yang paling berbahaya, sama seperti sebatang mancis yang berupaya membakar seluruh hutan. Rasul yang sama itu telah menulis, “Dan lidah itu api, yakni suatu dunia penuh dengan kedurjanaan: demikianlah lidah itu di kalangan anggota-anggota kita, sehingga ia mencemarkan seluruh tubuh, dan menyalakan perkitaran naluri dengan api; dan ia dinyalakan dengan api neraka” (Yak 3:6).
Amsal-amsal Solomo menunjukkan bahawa dia ada banyak untuk berkata tentang ucapan. Dia memberi amaran kepadamu untuk menghakimi manusia oleh pertuturan mereka (Ams 7:4-5; 14:7; 19:27; 23:6-8; 27:15), dan dia memberi amaran kepadamu untuk melindungi ucapanmu sendiri (Ams 10:21; 15:1; 17:27; 25:15). Sudahkah kamu belajar pelajaran-pelajarannya yang penting?
Kamu boleh menemui ucapan yang jujur dan yang terkawal di gereja-gereja Yesus Kristus. Para pastor di sana akan memberitahumu kebenaran tentang dirimu sendiri, sebab mereka berucap sebagai duta-duta Allah. Para ahli gereja juga akan berbuat demikian, sebab mereka ada niat mementingkan kepentinganmu baik di bumi mahupun di akhirat.