20:2
Ketakutan daripada raja adalah seperti ngauman singa: sesiapa yang memprovokasinya kepada kemarahan berdosa terhadap jiwanya sendiri.
Ia sukar untuk memahami amsal ini pada abad yang ke-21, kerana ketiadaan raja dan dan hanya beberapa penguasa sivil yang dapat menimbulkan ketakutan sedemikian. Hanya segelintir pemimpin yang moden dapat diibaratkan dengan singa yang beratnya 270 kilogram dan yang tabah mengawasi kawasannya. Pada zaman Salomo adanya kekuasaan yang benar, kekuasaan yang indah, yang betul-betul layak diibaratkan dengan ngauman singa. Pada zaman itu ia berhikmah dan penting untuk mentaati penguasa sivil, sebab memprovokasi mereka dapat dengan mudah menamatkan hayatmu.
Raja yang berkuasa mutlak, yang menguatkuasakan semua hukum dan yang meremukkan segala tentangan, ialah pandangan yang indah (Ams 30:29-31). Dia adalah seperti raja segala binatang, yakni singa, yang menguatkuasakan pemerintahannya atas segala makhluk di hutan (Ams 30:29-31). Suatu ngauman singa dapat didengar dari 8 kilometer jauhnya pada waktu malam di Afrika, dan makhluk-makhluk yang lain gementar. Pinggangmu akan menjadi longgar! Para raja yang hebat menimbulkan ketakutan yang sama atas orang bawahannya: menderhakai mereka adalah bebal dan sungguh bahaya.
Nebukadnezar, raja Babel, ialah raja sedemikian. Ahli sejarah yang terulung dalam kitab sejarah yang paling hebat – Allah Alkitab – telah mengisytiharkan Nebukadnezar sebagai raja yang paling megah (Dan 2:37-38). Jika para penasihatnya tidak dapat memberitahunya mimpinya dalam tempoh satu malam, dia mungkin memenggal-menggal mereka bercerai-berai dan mengubahkan rumah mereka kepada timbunan najis (Dan 2:5). Dia dapat berbuat itu juga kepada rakyat yang menentang agamanya yang baru (Dan 3:29). Ketika dia mengadakan kenduri bagi para pekerja kerajaan, mereka sama ada memilih untuk menyukai muzik yang dimainkannya ataupun memilih untuk dilemparkan ke dalam perapian (Dan 3:1-6).
Rancangan temu bual tengah malam dan orang tolol di MTV tidak berani memperolok-oloknya; para penuntut sekolah pengajian tinggi yang tertindik dan tertatu pada tubuh dengan gaya rambut liar tidak akan berani mengadakan demonstrasi anti-peperangan; dan Nebudkadnezar tidak peduli akan tinjauan pendapat terkini. Media-media massa tidak berani menggali dosa-dosa masa mudanya untuk memalukannya. Orang bawahan tidak akan membuat pendirian yang bercanggahan dengannya dan tidak akan cuba membangkitkan pendapat umum untuk menentangnya. Demokrasi, atau pemerintahan oleh orang ramai melalui orang yang paling rendah dalam masyarakat, tidak pernah dikenali. Dia ditakuti sepenuhnya oleh kebanyakan orang.
Ada kurang keperluan untuk penjara; anak-anak mentaati ibubapa mereka; isteri menunduk kepada suami mereka; hamba mentaati tuan mereka. Mencuri ada pada kadar yang minima; para remaja tidak menyalakan api di kafeteria sebagai pemberontakan terhadap baju seragam; dan kesatuan kerja tidak akan meruntuhkan syarikat penerbangan. Peraturan tidak akan dibahaskan, tetapi sebaliknya akan ditaati. Kesalahan-kesalahan hukuman mati tidak akan diperpanjangkan sampai tujuh tahun untuk dibicarakan; dan Ibu Teresa tidak akan bercampur tangan dalam perbicaraan seorang pembunuh.
Para penguasa zaman kini adalah sedikit lebih daripada ketua kumpulan penyorak yang melambai-lambai. Mereka kena meminta kebenaran untuk melakukan kebanyakan perkara. Mereka kerap kali disoal, ditentang secara terbuka, diperolok-olok di program temu bual televisyen, dan dipinggirkan ketika media-media massa sudah jemu dengan mereka. Mereka tidak menimbulkan apa pun ketakutan, sebab mereka sudah dikembirikan oleh generasi yang keperempuanan dan yang pemberontak, yang condong untuk membinasakan lelaki yang dominan dan yang kuat memerintah.
Raja sejati akan membantu rakyat untuk memahami Allah, menjadi ayah yang lebih baik, menjadi anak yang lebih baik, menjadi isteri yang lebih baik, dan melaksanakan tugas-tugas mereka dengan lebih keghairahan dan kepuasan. Allah tidak meminta pendapat dirimu atau pendapat sesiapa pun yang lain ketika Dia memilih tempat lahirmu, tarikh lahirmu, ibubapamu, ketinggianmu, kepandaianmu, kecelaanmu, atau keistimewaanmu dalam kehidupan. Dan Dia tidak akan meminta untuk pendapatmu ketika kamu berdiri di hadapanNya telanjang dan terkutuk pada Hari Penghakiman. Dia pasti Raja. Dan kamu akan gementar. Setiap lutut akan bertelut dan setiap lidah akan mengaku.
Lelaki pada zaman kini diberitahu untuk berhubung dengan bahagian keperempuanan hati sendiri. Isteri diajar bahawa mereka setaraf atau lebih tinggi daripada suami. Anak-anak dibenarkan derhaka dan menyangkal ibubapa mereka. Para pekerja menyatupadukan kesatuan untuk menyangkal kekuasaan dan untuk membinasakan harta milik. Kaum perempuan cuba menjadi senator; kaum perempuan menjatuhkan taraf angkatan askar; dan “tempoh kurung” pula dipakai untuk menguatkuasakan kekuasaan ibubapa. Tiada takut akan raja – jadi tiada takut akan Allah, ibubapa, suami, tuan majikan, atau pastor.
Kegentaran besar terhadap seorang penguasa yang berdaulat bukanlah negatif, jika kamu hidup benar. Ada kesenangan untuk melihat para penjenayah dibinasakan oleh pemimpin yang begitu mulia dan begitu berkuasa (Ams 20:8,26). Allah membentuk para penguasa untuk menjadi kengerian kepada perbuatan jahat; ketakutan itu adalah berhasil, sebab memilih untuk berbuat benar akan membawa berkatnya dan pujiannya (Rom 13:3-5; 1Pet 2:13-17). Apakah yang harus kamu buat, jika kamu telah memprovokasi seorang penguasa yang kuat? Tunduk, dan tenangkannya (Ams 16:14-15; Pkh 10:14).
Hai pembaca, adakah kamu mentaati setiap ordinan kerajaan sivil, meskipun ia tidak lagi memiliki ciri-ciri singa? Ia masih dapat menyaman dan menghukum para pelanggar, dan kamu harus menunduk dan mentaati untuk mengelak murka mereka dan untuk menyenangkan Allah (Rom 13:1-7). Adakah kamu memahami keperluan asas bagi kekuasaan yang kuat dan cuba menyanjungi itu bagi orang atasanmu dan menguatkuasakannya bagi orang bawahanmu? Perlakukanlah usaha yang dapat memulihkan kekuasaan salih, bergabung dengan kasih sayang yang wajar, bagi kemuliaan Allah dan bagi keuntungan manusia.
Jika kamu tidak suka penguasa yang mutlak, yang berkuku besi, dan yang berdaulat, apakah yang akan kamu buat pada hari yang sedang menjelang? Yang Berbahagia dan Yang Satu-satunya Diraja, Raja segala raja, dan Tuan segala tuan, akan tidak lama lagi menyatakan Dirinya untuk menghakimi bumi ini kerana kedurjanaannya. Kitab-kitab akan dibuka, dan kamu akan dihakimi dengan pengadilan yang sejati (Wah 20:11-15). Kengerian mesyuarat itu menyebabkan Paulus dan para rasul yang lain untuk menyakinkan orang (2Kor 5:10-11). Tiada apa pun juri tergantung, tawaran rayuan, ampun, atau penangguhan perlaksanaan hukuman. Percayalah dan tunduklah kepada Tuhan Yesus Kristus!