Amsal · Proverbs

20:3
Ia kehormatan bagi seseorang untuk berhenti bersengketa: tetapi setiap orang bebal akan terus masuk campur.

Henti melawan! Hayat hidup terlalu singkat. Damai sejahtera terlalu berharga. Orang mulia mengakhiri perselisihan dan persengketaan. Kasih dan kesatuan adalah salih dan menguntungkan. Adakah kamu pendamai? Adakah kamu membenci pertengkaran, persengketaan, dan masalah? Adakah kamu mengasihi ketenteraman, damai sejahtera, dan keharmonian? Hentikan setiap perlawanan yang dapat dihentikan.

Orang salih membenci berlawan; mereka mengeluarkan diri daripada perselisihan yang melibatkan diri mereka; mereka membantu membawa damai ketika orang lain berlawan. Ia mengharumkan lagi nama baik dan agama. Ia kemuliaan mereka (Ams 19:11). Tetapi orang bebal, yang kekosongan akhlak dan integriti yang salih, memprovokasi orang lain dengan cara yang lain untuk meneruskan perselisihan dan persengketaan. Mereka kekacauan yang memualkan di dunia ini.

Dua klausa amsal ini dibezakan dengan perkataan “tetapi”. Orang bebal klausa kedua dibezakan dengan orang berhikmah dalam klausa pertama. Klausa pertama tidak menyatakan bahawa itu orang berhikmah kerana ia tidak perlu sementara adanya klausa yang kedua. Oleh kaedah pembezaan yang sama, pengacauan pada klausa kedua ialah orang bebal punya perangai dan ucapan yang menambahkan lagi perbalahan. Lagi pula, sementara dibezakan dengan kehormatan orang berhikmah yang layak, orang bebal harus dipandang hina.

Persengketaan ialah perlawanan. Orang berhikmah mengelak berlawan. Dia tahu bahawa sengketa, meskipun dalam hatinya, ialah kekeliruan yang keiblisan dan kejahatan dari neraka (Yak 3:14-16). Dia tahu bahawa Allah mengutuk persengketaan dan memerintahkan damai sejahtera (Rom 13:13; Gal 5:19-23; Efe 4:1-3; Flp 2:3; Yak 3:17-18). Dia tahu anggapan yang terbaik tentang perbuatan berlawan ialah tanda Kristian yang badaniah, tetapi mungkin sebenarnya seorang anak dari neraka (1Kor 3:3; Tit 3:3; Yak 4:1). Dia memilih jalan berkat seorang pendamai (Mat 5:9).

Orang berhikmah dihormati kerana tidak berlawan. Ia kemuliaannya untuk melangkaui sesuatu pelanggaran terhadap dirinya (Ams 19:11), untuk lambat murka (Ams 14:29), untuk menguasai rohnya (Ams 16:32), untuk mengelak perbalahan sama sekali daripada nak menamatkan perbalahan kelak (Ams 17:14), untuk melangkah dengan perlahan dengan seterunya (Ams 25:8), dan untuk membincangkan pelanggaran peribadi dengan persendirian tanpa memberitahu orang lain (Ams 25:9-10).

Tetapi orang bebal harus dipandang hina kerana menyebabkan persengketaan. Dia dibenci kerana lekas marah (Ams 14:17), keangkuhan (Ams 13:10), mengulangi kesalahan (Ams 17:9), dan mengongsikannya dengan orang lain (Ams 16:27-28). Orang baik ingin mengambil para pengacau ini dan menyesah mereka baik-baik (Ams 18:6). Orang bebal sedemikian masuk campur dalam perselisihan dengan mengungkitkan perkara bagi apa yang sudah mungkin dapat ditenteramkan.

Orang duniawi percaya bahawa berlawan itu kelelakian, kerana mereka tidak dapat memikir lebih tinggi daripada anjing liar. Ia jauh lebih banyak memakai akhlak, disiplin dan kekuatan untuk menghentikan perbalahan daripada menyerahkan diri kepada emosi kebudakan dan rangsangan keiblisan yang mendorong perbalahan. Allah dengan pasti mengilhamkan amsal ini. Lelaki fikir kemuliaan haruslah dipertahankan dengan berlawan, tetapi Allah menghormati orang yang tidak akan berlawan. Hanya orang angkuh, iaitu binatang yang durjana, rasa adanya keperluan untuk menyerang orang lain sekali lagi.

Orang Farisi, fundamentalis agama bagi nafsu manusia yang paling rendah, mengajar, “Mata diganti mata, dan gigi diganti gigi”, dengan memakainya untuk pelanggaran peribadi sementara hanya boleh dipakai bagi hukuman sivil (Mat 5:38). Tetapi Yesus memuji orang yang salih, yang menyerahkan sebelah pipi yang lain kepada orang yang menampar pipinya (Mat 5:39). Hanya orang bebal yang bertaraf rendah memikir bahawa mereka harus melindungi diri dan nama baik sendiri dengan menyerang orang lain bagi apa pun kepedihan yang dialami. Orang yang baik menghentikan perselisihan, mengampuni orang yang memedihkannya, dan beramah meskipun dengan musuh.

Di manakah perlawanan dan sengketa dalam kehidupanmu? Mungkinkah ia di dalam perkahwinanmu kerana tidak seorang pun akan mengundur untuk berdamai? Belajarlah pelajaran amsal ini dan buat sesuatu yang layak kehormatan – rendahkanlah dirimu dan berdamai. Mungkinkah ada perselisihan di antara kamu dan anak-anakmu? Kamulah orang tua! Pakailah jalan kehormatan dan hentikan sengketa itu dengan berdamai.

Berapa banyak kehormatanmu? Dapatkah kamu memberi jawapan yang lembut kepada orang yang marah, walaupun dia salah (Ams 15:1)? Adakah kamu budak kecil [tidak pandai] dalam niat yang jahat (1Kor 14:20)? Dapatkah kamu mengampuni semua orang, termasuk mereka yang bertengkar denganmu (Kol 3:12-15)? Adakah kamu membenci kepahitan dan mengasihi kelemah-lembutan (Efe 4:31-32)? Dapatkah kamu cam bahawa kebanyakan perjuangan untuk prinsip hanya sebenarnya perjuangan untuk keangkuhan (Ams 13:10; 21:24)?Adakah kamu sanggup dirugikan (1Kor 6:7)? Adakah kamu mengikuti Bapa syurgawimu dan mencari kebaikan bagi musuh-musuhmu (Mat 5:43-48)?

Jika kamu tahu bahawa kamu telah menyinggung orang, meskipun dari lama dahulu, pergilah ke mereka untuk memulihkan perhubungan itu (Mat 5:23-26). Allah tidak akan menerima sembahyangmu sehingga kamu melakukan itu. Jika salah seorang telah menyinggungmu, pilihan yang paling baik adalah hanya untuk mengampuni dan melupakannya (Ams 19:11; Kol 3:13). Tetapi jika kamu tidak dapat mengampuni mereka, maka dengan lemah-lembut kemukakan itu kepada mereka secara berseorangan (Mat 18:15-18).

Pertimbangkan pengantaraan, pendamaian, dan perdamaian yang paling besar di sejarah. Allah di syurga Yang Maha Kudus dan Maha Adil marah terhadap semua manusia kerana dosa-dosa mereka (Maz 5:4-6; 7:11; 11:4-6). Dan manusia penuh dengan keangkuhan dan memandang hina terhadapNya, sebab mereka telah memilih untuk mengikut musuhNya, yakni iblis (Maz 10:4; 14:1-3; Efe 2:1-3). Allah Yang Berbahagia dengan segala hikmahNya telahmengutus Manusia Kristus Yesus, yang telah mengantara di tengah-tengah kedua-dua pihak dan menerima keradangan penuh mereka, lalu selama-lamanya membuat damai di antara Allah dan anak-anak pilihanNya (Efe 1:3-14; Rom 5:6-11).