Amsal · Proverbs

20:1
Wain itu memperolok-olokkan, minuman keras itu meradang: dan sesiapa yang terperdaya olehnya tidak berhikmah.

Di sinilah amaran yang berhikmah tentang alkohol. Hanya orang bebal menganggap remeh air ini atau amsal ini. Banyak kerosakan terjadi dalam setiap aspek kehidupan, masyarakat, dan agama oleh penyalahgunaan alkohol. Sementara ini tidak melarang pemakaiannya yang wajar, ia memang menimbulkan suatu rasa waswas yang mencemaskan.

Bagaimanakah wain mengolok-olok? Bagaimanakah minuman keras meradang? Bagaimanakah wain dan minuman keras memperdayakan orang? Ia menyebabkan orang untuk berbuat apa yang mereka tidak akan buat kalau sebaliknya. Salomo memakai kiasan-kiasan yang cukup berkesan ini untuk memberi amaran terhadap keterlampauan minum dan kemabukan.

Wain itu baik. Allah telah menciptakannya untuk menceriakan manusia (Maz 104:14-15; Hak 9:13; Zak 9;17). Orang hebat Allah seperti Nuh, Melkisedek, dan Daud tidak memiliki kebun anggur untuk tujuan menghasilkan kismis. Suatu ujian mudah dan singkat untuk menyukat seseorang punya pengetahuan akan Allah dan Alkitab ialah pendapatnya tentang wain.

Tetapi untuk mengelak menjadi si bebal yang terperdaya, kamu harus menolak keterlampauan minum. Sama seperti keterlampauan makan ialah dosa kelahapan, minum terlalu banyak ialah dosa kemabukan (Ams 23:21). Kamu harus memahami dan takut akan bahaya alkohol dan jadilah berdisiplin bila-bila kamu memakai alkohol.

Supaya berhikmah, kamu harus berhati-hati dengan apa pun yang dapat memalukanmu atau menghangatkan nafsumu. Jika kamu dengan angkuh menganggap bahawa kamu dapat mengawal alkohol tanpa disiplin atau batasan, kamu bebal. Para raja, para nabi, dan para pengkhutbah kena lagi berhati-hati (Ams 31:4-5; Yes 28:7-8; 1Tim 5:23).

Adakah amsal ini mengutuk penggunaan wain atau minuman keras? Biar Allah melarangkannya! Dia menjadikan kedua-duanya untuk kenikmatanmu (Ula 14:26; Ams 31:6-7; Pkh 9:7). Pilihan minuman dalam Alkitab ialah wain (Kej 14:18; 2Sam 6:19; Pkh 10:19; Yoh 2:1-11), tetapi itu tidak dipakai untuk keterlampauan kemabukan (Efe 5:18; Luk 21:34). Yesus kerap kali meminum wain (Luk 7:33-35).

Amsal ini ada dua metonim. Metonim ialah kiasan yang memakai sesuatu sebagai ganti untuk melambangkan sesuatu yang lain. Ia menambahkan keindahan dan penekanan kepada bahasa. Alkitab penuh dengan metonim dan kiasan-kiasan yang lain, supaya pembacaan yang tidak mendalam dan takrif-takrif utama adalah kerap kali tidak masuk akal, terutamanya ketika membaca Amsal (Ams 1:6). Tanggapilah contoh-contoh yang biasa ini:

1. “Tekan minyak” memakai minyak untuk melambangkan pemecut. Tiada sesiapa pun yang akan diharapkan untuk memijak-mijak suatu kolam minyak petrol. Maksudnya adalah untuk pemandu melajukan kereta.

2. “Dia memang memakai kepala” memakai tempat lokasi pemikiran untuk melambangkan otak. Tidak seorang pun yang akan menganggap maksud ini sebagai menghentam tengkoraknya. Niat ungkapan ini hanya bermaksud bahawa seseorang telah menyelesaikan sesuatu masalah dengan pintar.

3. “Istana sudah bertitah” memakai tempat kediaman raja untuk melambangkan raja. Tiada sesiapa pun yang akan percaya bahawa tempat kediaman raja benar-benar bercakap, sebab ia objek yang tidak bernyawa. Maksudnya hanya menyatakan raja telah memberi sesuatu maklumat yang baru kepada orang awam.

Selidikilah klausa yang pertama, “Wain itu memperolok-olok”. Wain ialah minuman alkohol hasil penapaian jus anggur, dan mengolok-olok orang bermaksud mempersendakan orang atau mempermainkan orang. Wain akan kekal di dalam botol atau gelas dengan cukup diam. Ia tidak melakukan apa pun yang biadap sendiri. Ia boleh kekal di tempat simpanan wain untuk banyak tahun tanpa mengolok-olok atau memalukan sesiapa pun. Bagaimanakah wain itu mengolok-olok?

Wain sendiri tidak mengolok-olok. Wain ialah metonim untuk kemabukan. Kiasan ini memakai punca untuk melambangkan akibat. Alkitab berkata lidah ialah dunia penuh dengan kedurjanaan (Yak 3:6). Bagaimanakah itu mungkin? Lidah hanya suatu otot di dalam mulutmu. Tetapi pemakaian lidah dengan salah adalah berdosa. Jadi sekali lagi, dalam contoh bahasa yang bergolong metonim ini, punca melambangkan akibat.

Wain akan memperolok-olokkanmu, jika kamu minum terlalu banyak (Ams 23:29-35). Meminum terlalu banyak akan menjadikanmu mabuk, dan kehilangan kawalan moral, kehilangan penguasaan diri, atau sampai kepada kehilangan kawalan pergerakan tubuh (kemahiran motor). Kemudian kamu akan memalukan diri sendiri. Walaupun ada niat yang paling baik untuk menjadi berhikmah, kamu akan menjadikan reputasimu sesuatu bahan gurau. Pertimbangkan kesannya terhadap Nuh (Kej 9:21), Lot (Kej 19:31-36), Nabal (1Sam 25:36-38), dan Ela (1Raj 16:8-10).

Allah dan Salomo menginginkanmu untuk menjadi hebat. Wain ialah pengendur yang menceriakan dan yang menggembirakan, tetapi terlalu banyak itu akan mencacatkan kemampuanmu dengan sementara dan mungkin merosakkan reputasimu. Kamu harus memasang had minum supaya kamu selalu mengekalkan kawalan yang mulia bagi dirimu sendiri. Peraturan wain tidak berbeza daripada peraturan seperti makanan, seks, tidur, dsb.

Selidiki klausa yang kedua, “Minuman keras itu meradang”. Minuman keras ialah minuman hasil penapaian atau penyulingan bahan-bahan tertentu, dan keradangan ialah pelepasan kemarahan yang ganas. Bagi pemilik kedai dan pemilik restoran, mereka tidak perlu risau berlakunya pergaduhan bir atau wiski kerana ia kekal di dalam botolnya, sampai bertahun-tahun, di tempat di almari yang sama. Bagaimanakah minuman keras itu meradang?

Minuman keras tidak sendiri meradang. Minuman keras ialah metonim bagi kemabukan. Kiasan ini memakai punca untuk melambangkan akibat. Alkitab menyatakan tongkat memberi hikmah (Ams 29:15). Bagaimana? Tongkat ialah sebatang rotan. Ia tidak boleh beralih dari tempat yang kamu letakkannya; ia tidak tahu apa pun; ia tidak boleh mengajar. Bagaimanakah ia dapat memberi hikmah? Dengan berhemat memakai hukuman pukulan, suatu tongkat boleh dan akan mengajar. Jadi sekali lagi, dalam contoh bahasa yang bergolong metonim ini, punca melambangkan akibat.

Minuman keras boleh membawa keradangan, jika kamu minum terlalu banyak. Minuman yang keterlampauan akan menjadikanmu mabuk, dan kamu mungkin bergaduh tanpa apa pun sebab. Kehilangan kawalan akan mengakibatkanmu untuk melepas geram dan tidak mempedulikan kesan-kesan jeritan atau pergaduhan. Lidah itu dilepaskan kawalannya dulu, dan kemudian kemarahan, dan kemudian buku lima. Kisah-kisah pergaduhan di pub tidak terbilang. Amsal ini benar.

Jika kamu minum tanpa ketakutan serius kepada bahaya alkohol, maka kamu orang bebal. Kemabukan boleh mendatangimu dan mengendurkanmu kepada kebebalannya yang selesa sebelum kamu sedar. Tiada orang berhikmah yang akan minum tanpa batasan jelas dan jagaan yang teliti untuk mengelak kemabukan. Dia mengabdikan diri kepada perangai yang berhemat, yang tidak akan membenarkan sedikit pun kebebalan (Pkh 10:1), jadi dia tidak akan merisikokan reputasinya dengan mendekati sedikit pun kemabukan.

Jadilah berhikmah! Penyelesaiannya bukanlah bohong Temperance Movement [Gerakan Penguasaan Diri] – larangan penuh kepada alkohol dan Pindaan XVIII kepada Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1920. Syukurlah, pindaan itu sudah dimansuhkan pada 1933 dengan Pindaan XXI, jadi orang Kristian dapat menikmati semula kurniaan Allah itu. Jika larangan itu berhikmah, maka donut dan piza pun harus dipandang hina dan dilarang kerana menyebabkan kelahapan/kegelojohan.

Penguasaan diri bukanlah larangan diri; penguasaan diri ialah disiplin diri, suatu peraturan kunci bagi kehidupan Kristian (1Kor 9:24-27; Flp 4:5). Ia sesuatu yang malu untuk mendengar orang Kristian dengan angkuh mengutuk bir dan wain, sementara sendiri melahap sampai gemuk di kenduri. Amsal-amsal Salomo akan mengajar hikmah kepada orang yang akan merendahkan hati dan minda mereka kepada Alkitab.

Orang yang mengabdikan diri untuk menjalani hidup yang kudus dan yang berakhlak mulia bagi kemuliaan Allah akan berhati-hati dan ketakutan memakai wain dan minuman keras, seperti juga terhadap makanan, seks, tidur, ucapan, dan angin diri. Dia tidak mahu berdosa dalam apa pun aspek kehidupan. Para pemimpin dan penguasa harus menjadi teladan pertimbangan konservatif untuk kekudusan ini. Oleh sebab itu, Allah memberi mereka peraturan yang lebih tegas bagi wain kerana keperluan mereka untuk membuat penghakiman yang berhikmah (Ams 31:4-5; 1Tim 3:3,8; Tit 1:7).

Yesus dipanggil sebagai si penggemar wain, atau pemabuk, oleh musuh-musuhnya (Luk 7:33-35), tetapi Dia tidak pernah mabuk. Dia kerap kali minum wain, dan Dia juga menghasilkan wain yang banyak bagi suatu jamuan pernikahan, tetapi Dia selalu sederhana dan menguasai diri dalam pemakaiannya. Dia teladan yang unggul bagi kewajaran yang serius. Dia selalu melakukan apa yang menyenangkan BapaNya, dan kemabukan tidak menyenangkan Allah (Yoh 8:29; Gal 5:16-21). Ingat, orang mabuk tiada di syurga (1Kor 6:9-10).

Adakah kamu mengenal orang yang sempurna ini, yakni Kristus Yesus (1Tim 2:5)? Dia Tuhan syurga dan bumi, dan Dia akan datang tidak lama lagi untuk menghakimi dunia. Dia akan membinasakan semua orang durjana yang telah menolakNya dan injilNya (2Tes 1:1-9). Pada masa yang sama Dia akan datang untuk mengumpulkan orang pilihanNya kepada diriNya sendiri, dan mereka akan mengagumi dan memuliakanNya (2Tes 1:10).

Daripada bergantung hanya kepada wain untuk peroleh kesannya yang menyukakan, Yesus menemui kesukaan dan kesenanganNya yang paling besar dalam hal berjalan dengan Allah melalui Roh Kudus. Paulus mengajarmu untuk mencari keseimbangan yang sama, “Dan janganlah jadi mabuk dengan wain, yang merupakan keterlaluan; tetapi jadilah penuh dengan Roh” (Efe 5:18). Apakah yang akan orang demikian buat? Daripada lagu orang mabuk, mereka akan ada melodi dalam hati mereka untuk menyanyi mazmur, kidung jemaah, dan lagu rohani (Efe 5:19).