Amsal · Proverbs

20:23
Batu timbangan yang berlainan ialah kekejian kepada TUHAN; dan alat timbang yang palsu tidak baik.

Allah peduli akan amalan perniagaan. Alkitab memerintahkan supaya memakai berat dan sukatan yang jujur. Hikmah melibatkan kejujuran dan integriti dalam urusan-urusan kewangan dan profesional. Kebenaran dan kewajaran menuntut supaya kamu mengendalikan setiap transaksi dengan jitu dan dengan teliti. Jika kamu ingin berkat Allah dan mengelak penghakimanNya, maka pertimbangkanlah amaran amsal ini.

Mana satu yang lebih dekat kepada paun? lima belas auns atau tujuh belas auns? Itu bergantung kepada sama ada kamu sedang membeli atau menjual! Ia lebih baik untuk membeli satu paun dan dan mendapat lima auns daripada menipu seorang penjual. Ia lebih baik untuk menjual pada satu paun dan memberi tujuh belas auns daripada menipu seorang pembeli. TUHAN – Jehovah Alkitab – menuntut kejujuran yang teliti dalam urusan perniagaan. Dia membenci dan meluat amalan-amalan kewangan palsu, dan Dia akan menghukum orang yang sebegitu atau negara yang sebegitu.

Orang bebal menyatakan Alkitab tidak relevan kepada masyarakat moden. Raja Salomo, 3000 tahun dahulu, mengajar nilai timbangan dan sukatan yang benar untuk ekonomi yang cekap dan yang makmur. Manusia dan negeri-negeri menjadi makmur dengan kehormatan dan kekayaan ketika atau di mana jua amsal ini ditaati seperti yang dijanjikan (Ams 4:7-9; 8:12-21; 22:4; Maz 144:11-15). Amsal 20:23 cukup relevan seperti Jabatan Timbang dan Sukat di negara-negara yang paling makmur di dunia.

Musa mewajibkan timbangan dan sukatan yang jujur 3500 tahun dahulu, dan dia berjanji bahawa dunia akan beriri hati dengan Israel bagi hukum-hukum mereka yang berhikmah dan yang benar (Ima 19:35-36; Ula 4:5-8; 25:13-16). Allah memanggil amalan-amalan perniagaan yang tidak adil sebagai kekejian, maka Salomo mengulangai peraturan ekonomi ini kerap kali (Ams 11:1; 16:11; 20:10). Ketika Israel melanggari amsal ini, Allah mengutus para nabi untuk memberi amaran kepada mereka tentang penghakiman yang akan datang (Hos 12:7; Amo 8:5-6; Mik 6:10-11).

Pertimbangkan kata-kata amsal ini. “Berlainan” bermaksud berat batu timbang yang berbeza untuk menipu pelanggan dengan neraca. Amalan berniaga sedemikian ialah kekejikan kepada Allah – Dia benci dan mual akannya. “Timbang yang palsu” ialah neraca yang sudah diubahkan untuk menipu pelanggan sementara memakai batu timbang yang betul. “Tidak baik” ialah kiasan yang dipanggil meiosis, yang merupakan suatu pernyataan yang kurang daripada benar, sebab keselarian amsal ini menyatakannya sebagai kekejian!

Bayangkan untuk seketika membeli dan menjual epal atau berlian, minyak zaitun atau minyak motor, bahkan roti atau bahan-bahan pembinaan tanpa sistem timbangan dan sukatan. Huru-hara akan langsung dengan lekas menguasai pasaran, jika tiada tahap piawai untuk timbangan dan sukatan. Keyakinan untuk membeli dan memakai bahan-bahan berasaskan tahap-tahap piawai ini, dan keyakinan ini membenarkan daya kreativiti dan daya keberhasilan meledak supaya berhasil dan makmur.

Amerika Syarikat ada ekonomi yang paling besar di dunia. Perlembagaannya memberi tanggungjawab “menetapkan tahap piawai timbangan dan sukatan” kepada kerajaan persekutuan. Pada tahun 1836, Kongres menubuhkan apa yang dipanggil sebagai “National Institute of Standards and Technology” yang bermaksud “Institut Tahap-Tahap Piawai dan Teknologi Negara” iaitu sebahagian daripada Jabatan Perdagangan. Dengan mentakrif dan menguatkuasakan tahap-tahap piawai, keseragaman pada ekonomi negara sekarang memajukan ekonomi Amerika ke pentas dunia.

Tetapi akurlah kepada asal usulnya! Musa telah menetapkan hukum yang penting ini 3500 tahun dahulu. Salomo mengulanginya 3000 tahun dahulu. Kedua-duanya berbuat demikian oleh ilham Allah bagi faedah bangsa terpilih Allah. Walaupun manusia dan negara mungkin mengolok-olok Alkitab, kadar kemakmuran yang dinikmati mereka adalah kepada kadar mereka mengikutinya. Negara-negara Dunia Ketiga sama ada mengabaikan atau menolak hikmah amsal ini sampai menjadi miskin. Biar Allah benar, tetapi setiap manusia pembohong!

Ada jalan yang lebih halus untuk orang menipu. Salomo telah menulis, “Tidak baik, tidak baik, kata si pembeli: tetapi ketika dia sudah pergi, dia bermegah” (Ams 20:14). Sementara orang ini mungkin memakai neraca yang adil dan hanya batu-batu timbang yang seragam, dia menipu pembeli dengan mengkritik keras dan melampau akan kualiti barangan yang dijual. Dia sedang menipu, kerana sebaik sahaja dia membeli barangan itu untuk harga yang lebih murah, dia bermegah kepada kawan-kawannya tentang barangan harga “curi” yang dia dapat daripada penjual!

Apakah pelajarannya, melebihi sikap menghargai hikmah berilham Alkitab? Pelajaran pendapat Allah tentang menipu dalam hal perniagaan! Jika Allah menganggap penipuan kewangan suatu kekejian, maka kamu harus jangan sesekali pun menipu pembeli atau penjual, meskipun ia bererti bahawa kamu harus memberi lebih daripada apa yang mereka beli dan membayar lebih daripada apa yang kamu telah beli. Jika kamu rasa perangai yang sebegitu teliti ini akan menghakis keuntunganmu, maka kamu telah kehilangan pelajaran dan tidak mengenal Allah di syurga. Dia boleh dengan mudah mengisi kekurangan bagi perbuatan benar sedemikian yang menghimpit margin keuntungan (Ams 11:18,24-27; 28:8).