Amsal · Proverbs

20:24
Langkah-langkah manusia ditentukan oleh TUHAN; maka bagaimanakah ia mungkin bagi orang memahami jalannya sendiri?

Apakah rancanganmu pada hari ini? TUHAN akan mengubahkannya jika Dia memilih untuk berbuat demikian, dan Dia akan memakainya untuk DiriNya sendiri, jika Dia memilih supaya tidak mengubahkannya. Apa-apa pun, Dia Tukang Periuk, dan kamu tanah liat. Ia tidak penting jika kamu percaya bahawa Allah berdaulat atau tidak, kerana Allah memang berdaulat atas kehidupanmu, sama ada kamu percaya atau tidak. Tetapi orang berhikmah akan menunduk kepadaNya, dengan mengenal bahawa mereka tidak dapat meramalkan masa depan, menentukan masa depan, atau mengubahkan masa depan.

TUHAN Jehovah menguasai atas segalanya! Dia telah mencipta bagi kenikmatanNya Sendiri (Ams 16:4; Wah 4:11), dan Dia menguasai segalanya bagi kenikmatanNya sendiri (Yes 46:10; Efe 1:11). PemerintahanNya termasuk peristiwa-peristiwa ikut nasib dan pergerakan burung-burung pipit (Ams 16:33; 1Ra 22:34; Mat 10:29). Dia tahu pengakhiran daripada permulaan, dan kamu tidak tahu akan hari esok pun (Ams 27:1; Yes 44:7; 45:21).

Firaun, ibubapanya, dan Mesir memikir bahawa dia kejayaan yang hebat. Seluruh hidupnya telah menjadi kemajuan yang kekal sampai ke takhta. Dia kaya, kuat, dan menang. Dia menguasai bangsa yang paling hebat di bumi. Tetapi kewujudannya dan kedudukannya hanya untuk tujuan TUHAN menunjukkan kuasaNya dan menghormati diriNya Sendiri dengan menghancurkan Firaun (Kel 9:16; Rom 9:17). Haleluya! Amin!

Raja Asyur memikir bahawa dia raja yang paling hebat, dan banyak penaklukannya memperlihatkan itu seakan-akan mengesahkan keyakinannya (Yes 10:8-11,13-14). Tetapi Allah hanya mempergunakannya seperti tongkat untuk menghukum Israel (Yes 10:5-15). Dan sesudah TUHAN habis memakainya, Dia membinasakannya dengan teruk sekali kerana sikapnya yang angkuh (Yes 10:16-19).

Raja Ahasyweros dari Persia tidak dapat tidur, dan memilih untuk membaca sejarah Empayar daripada memilih untuk memakai apa pun bantuan yang lain untuk tidur, dan itu telah membawa kepada kenaikan pangkat yang luar biasa untuk Mordekai dan pemecatan yang ngeri untuk Haman (Est 6:1-14). Rut telah memilih untuk memungut saki-baki tuaian sebagai makanan untuk Naomi dan dirinya sendiri, tetapi dia terkena nasib untuk memungut di ladang Boas yang kaya, yang akhirnya berkahwin dengannya (Rut 2:1-3).

Orang Yahudi dan orang Rom yang durjana membunuh Yesus dari Nazaret, tetapi mereka tidak melakukan itu melebihi pertimbangan kekalNya yang telah ditentukan bahawa itu akan dilaksanakan (Kis 2:22-24; 4:27-28). Mereka menggenapi setiap nubuat yang telah diberiNya dari beberapa ratus tahun sebelum itu (Yoh 19:31-37). Namun Dia menganggap mereka bertanggungjawab lalu menghapuskan bangsa mereka untuk jenayah itu (Mat 23:34-36; 1Tes 2:14-16).

Waktu dan nasib, yang dikuasai oleh Allah, merupakan faktor-faktor yang jauh lebih penting di dalam kejayaan manusia daripada orang punya kelajuan, kekuatan, hikmah, pemahaman, atau kemahiran (Pkh 9:11). Manusia tidak tahu apa atau bila apa pun akan berlaku (Pkh 9:12). Allah telah mentahbiskan peristiwasebegitu sehingga manusia tidak dapat menemui apa pun yang di luar pengawalanNya akan alam semesta (Pkh 7:14).

Oleh sebab itu, hikmah salih menunduk kepada segala kehendak Allah (Yak 4:13-15). Sementara para percayawan tidak tahu hal-hal rahsiaNya, mereka merayu dalam doa sehingga ia dinyatakan (Ula 29:29; 2Sam 12:22-23). Mereka gementar di hadapan Allah dalam kerendahan hati dan ketaatan (Pkh 12:13-14; Yes 66:1-2). Mereka membuat persiapan, tetapi mereka merayu kepadaNya untuk kejayaan (Ams 21:31; Maz 127:1).

Mereka membuat rancangan, tetapi mereka tahu bahawa Allah menguasai butir-butir (Ams 16:9). Mereka tidak bermegah di dalam apa pun yang mereka ada, sementara tahu bahawa segalanya merupakan pemberian-pemberianNya yang berdaulat (1Kor 4:7; 15:10). Mereka tidak murung, kerana mereka tahu bahawa Dia menguasai masa depan (2Kor 4:8-18). Mereka tidak takut akan manusia, sebab mereka tahu kehendak Allah akan pasti dilaksanakan (Dan 3:16-18; Kis 21:14).

Di sinilah iman orang pilihan Allah. Mereka memuliakan Sang Pencipta mereka, daripada menjadikanNya marah, seperti yang dilakukan Belsyazar (Dan 5:21-24). Mereka tahu bahawa perlanjutan kehidupan mereka adalah jauh melebihi pengetahuan dan kemampuan diri mereka, sebab itu berada di dalam tangan Allah (Yer 10:23; Kis 17:28). Mereka dengan tekun mencariNya, dengan tahu bahawa Dia dapat mengaturkan keadaan bagi mereka (Maz 37:23; Ibr 11:6). Mereka menolak nasib, takdir dan kebetulan, kerana mereka tahu bahawa segala peristiwa adalah di bawah penguasaanNya.

Sejak rahsia kehendak Allah bagi kehidupan mereka tidak diketahui, orang pilihan akan mengabdikan diri mereka kepada hal-hal ternyata yang sudah diketahui – perintah-perintah yang harus dipegang mereka (Ula 29:29). Daripada berasa murung dengan rahsiaNya dan penyediaan nasibnya yang berdaulat, mereka mencariNya dengan segenap hati, dalam sikap suka menunduk dan kesyukuran, tidak kira apa pun nasib mereka dalam kehidupan.

Orang pilihan, yang telah melarikan diri ke tempat lindungan Yesus Kristus oleh pemberian berdaulat iman, selalu tahu bahawa bilangan rambut mereka terbilang dan ia bernilai lebih tinggi daripada mana-mana burung pipit (Mat 10:30-31). Tukang Periuk Yang Maha Besar telah mempersiapkan mereka dari sebelum dasar dunia sebagai bejana belas kasihan untuk kehidupan kekal (Rom 9:21-24; Efe 1:3-12). Dia telah mentakdirkan mereka untuk ada keselamtan, dan dia akan pasti membawa keselamatan itu sampai ke ia terjadi (Rom 8:28-39).