20:29
Kemuliaan orang muda ialah kekuatan mereka: dan keindahan orang tua ialah kepala yang beruban.
Kedua-dua orang muda dan orang tua ada kemampuan, dan itu mengajar keperluan untuk menghormat dan percaya kepada satu sama lain dan memakai kelebihan itu untuk keuntungan yang bersaling. Orang muda harus menghormati orang tua bagi hikmah mereka, yang ditunjukkan oleh uban mereka. Orang tua pula harus menghormati kelebihan kekuatan yang ada pada orang muda, yang merupakan aset yang baik. Kedua-dua harus memakai kemampuan mereka untuk melayani satu sama lain.
Kemuliaan orang muda ialah kekuatan mereka. Lelaki dapat berlari dengan paling cepat, angkat paling banyak, atau kerja paling keras di antara umur 18 dan 34 tahun. Dia dapat melakukan hampir segalanya, jika dia menaruh kesungguhan penuh kepadanya. Itulah tahun-tahun yang paling baik bagi kekuatan fizikal seseorang lelaki. Dia tidak mencapai kematangan tulang dan otot sehingga mencapai jurang umur itu, dan sesudah jurang umur itu, mulalah suatu kemerosotan yang panjang dan yang pasti.
Kekuatan teruna ialah sesuatu yang sungguh ajaib. Kedua-dua tahap pertumbuhan hormon manusia dan testosteron mengubahkan apa pun yang dimakannnya kepada tulang dan otot. Tubuhnya bertindak balas serta-merta dengan latihan fizikal; dia dapat pulih cepat daripada aktiviti yang melelahkan, dan dia ada dorongan horman yang menjadikannya agresif dan yakin menghadap bahaya atau jerih lelah.
Kekuatan lelaki merosot selepas umur 34 sehingga ia hilang (Pkh 12:1-7). Kemerosotan dua kimia selepas umur 19 ialah penyebab fizikal. Lelaki kehilangan kemampuan mereka untuk mencapai, dan dorongan keinginan untuk mencapai, di dalam aktiviti fizikal atau aktiviti seksual – kemuliaan kemudaan itu meninggalkan mereka. Daud memerlukan seorang perempuan muda untuk memanaskan tubuhnya, tetapi perempuan itu tidak disentuh pun (1Raj 1:1-4)!
Walau bagaimanapun, orang tua mula memperoleh sesuatu di dalam umur 30-an mereka yang orang muda tidak mudah nak faham – hikmah. Ia gabungan akal dan emosi punya kematangan, pengalaman, dan arahan yang telah dikumpulkan. Walaupun semakin kurang kekuatan dan stamina, orang tua bertumbuh di dalam pengetahuan dan pemahaman sampai umur lanjut. Mereka melihat orang muda dengan rasa hairan, kerana mereka telah kehilangan kebebalan, ketidaksabaran, dan kejahilan kemudaan.
Masyarakat faham perbezaan itu dengan mengutus orang muda yang bebal dengan kekuatan dan tenaga ke dalam pertempuran, sementara orang tua yang berhikmah mengarah peperangan dan hal-hal kerajaan sivil. Ketua Turus Bersama di dalam tentera sungguh berbeza dari segi umur berbanding dengan askar di ladang. Ayub berkata, “Di samping orang tua ialah hikmah; dan di samping umur lanjut ialah pemahaman” (Ayb 12:12).
Pelajaran di sini adalah untuk hormat kerana umur. Kedua-dua umur manusia adalah perlu untuk keuntungan dan keselamatan suatu bangsa, sidang gereja, atau keluarga. Allah awal-awal telah memerintahkan kehormatan bagi orang tua (Ima 19:32), dan memandang hina kekurangan kerana umur tua adalah salah (Ams 23:22). Kalau memakai peraturan ini kepada perempuan, perempuan tua yang harus mengajar perempuan muda; walaupun perempuan muda lebih cantik dan subur, mereka tidak berpengalaman dengan suami dan kanak-kanak (Tit 2:3-5).
Oleh sebab itu, orang muda (atau perempuan muda) patut menyegani orang tua kerana hikmah mereka, terutamanya ketika di dalam kekuasaan (Ayb 32:4-7; Efe 6:1-3). Ia penghakiman Allah ketika orang muda memberontak dan menindas orang tua mereka (Ayb 30:1-12; Yes 3:1-5). Paulus memberitahu Timotius untuk melayani orang tua dengan keseganan dan orang muda dengan kehormatan (1Tim 5:1; 1Pet 5:5).
Orang tua patut menghargai orang muda, yang mampu melakukan apa yang mereka sendiri tidak larat buat atau tidak ingin buat lagi. Daud telah menjadi pembunuh gergasi pada umur mudanya, tetapi harinya sampai ketika dia bersyukur ada orang muda untuk ambil alih (2Sam 21:16-17). Orang muda yang setia yang bersetuju dengan perjuanganmu dapat menjadi suatu nilai yang besar untuk melakukan apa yang fikiranmu dapat rancang. Kanak-kanak dari umur muda, seperti anak-anak panah di tangan orang kuat merupakan aset-aset yang sungguh bernilai (Maz 127:4). Dan orang tua tidak harus memandang hina orang muda yang layak, yang telah Allah taruh di dalam jawatannya (1Tim 4:12).
Tetapi kedua-dua golongan lelaki haruslah mencari kesalihan lebih daripada apa pun yang lain. Orang muda harus mengelak keyakinan yang tidak wajar dan mengelak bermegah akan kekuatan mereka (Maz 33:16; Yer 9:23-24), sebab Allah tidak bersenang hati kepada kaki lelaki (Maz 147:10). Orang muda haruslah menguasai rohnya dan melarikan diri daripada kebebalan dan nafsu hormon orang muda (Maz 25:7; Pkh 11:9-10; 2Tim 2:22; Tit 2:6), dan dia patut dengan tekun mencari nasihat orang yang lebih tua bagi keputusan-keputusannya yang penting (Ams 20:5; 24:6).
Orang tua harus berada di dalam jalan kewajaran supaya kepala beruban mereka menghormati mereka (Ams 16:31). Tiada nilai murni di dalam umur sahaja – budak berhikmah lebih baik daripada orang tua yang bebal, meskipun orang tua itu seorang raja (Pkh 4:13). Orang tua yang masih bebal dengan ketidakhematan orang muda ialah keaiban kepada jantinanya dan umurnya. Dan orang tua yang belum belajar untuk menjadi serius dan berfikiran rohani ialah keaiban kepada agamanya (Tit 2:1-2).
Sekarang pakailah hikmah amsal ini kepada gereja tempatan Yesus Kristus, yang patut ada kaum bapa, yang ada hikmah dan umur rohani, yang sudah lama mengenal Tuhan Yesus Kristus. Dan gereja tempatan patut ada orang muda dengan kekuatan besar, cita-cita rohani yang tinggi dan dengan fikiran yang cergas, yang diisi dengan Firman Allah (1Yoh 2:13-14). Adakah kamu menggenapi perananmu? Dan adakah kamu menghargai dan menghormati orang di dalam golongan umur yang lain?