20:28
Belas kasihan dan kebenaran mengekalkan raja: dan takhtanya ditopang belas kasihan.
Amerika Syarikat punya ‘Secret Service’ ada peranannya yang kecil untuk mengekalkan presiden. Tinjauan pendapat umum lagi kurang peranannya. Presiden memerlukan dan mengingini kedua-dua itu dan kerap kali terlalu banyak berharap kepada kedua-duanya. Belas kasihan dan kebenaran ialah penyangga dan penopang yang paling hebat dan akan mengekalkan presiden punya pengaruh dengan paling baik.
Allah mentahbiskan kekuasaan sivil, dan Dia menaikkan manusia yang mengisi jawatan-jawatan di setiap negara, tidak kira apa pun pendapatmu tentang hal ini (Dan 2:20-22; 4:17; Rom 13:1-7). Sebagai Penguasa Mutlak alam semesta, Dia melindungi atau menghukum para penguasa, dan amsal ini jelas-jelas mengajar tindakan itu berasaskan apa.
Sains politik diajar di dalam Alkitab. Sementara Alktiab menyatakan kehendak Allah, ia menyatakan kehendakNya tentang kerajaan sivil. Sementara Salomo merupakan raja yang sedang menyurat kepada utamanya anak lelakinya, dia juga telah meliputi subjek ini dipandukan Allah untuk faedah yang kekal bagi bangsa Israel.
Setiap penguasa di bumi, sama ada besar ataupun kecil, patut merendahkan dirinya di hadapan hikmah ilahi amsal ini. Nyawa mereka, jangka masa mereka memegang jawatan, dan masa depan negara mereka atau wilayah politik mereka bergantung kepada belas kasihan dan kebenaran mereka.
Kebenaran ialah apa yang benar terutamanya menurut apa yang ditetapkan oleh Allah Yang Maha Benar dalam Alkitab. Kebenaran ialah pemakaian yang konsisten akan kejujuran, integriti, keadilan, penghakiman, ekuiti, kewajaran, dan akhlak mulia. Kebenaran menolak segala perdayaan, ketidakjujuran, dusta, penipuan, korupsi, atau kompromi.
Belas kasihan ialah simpati atau pengampunan kepada orang yang di bawah kekuasaan pihak berkuasa yang tiada hak untuk menerima kemurahan atau kuasa untuk mempertahankan diri daripada hukuman keras undang-undang. Belas kasihan ialah kemurahan, kelemah-lembutan, dan kebaikan terhadap para pelanggar hukum atau orang yang tidak berkuasa.
Allah ialah Allah kebenaran, dan Dia mengharap pengamalan kebenaran daripada setiap orang, tetapi terutamanya daripada orang yang berada di kedudukan pemerintahan (Ula 32:4; Kel 18:21; Yes 16:5; 59:4,14-15; yer 5:1; Zak 8:16). Mana-mana orang yang memerintah atas orang lain harus setia sepenuh-penuhnya kepada kebenaran yang ditetapkan oleh Allah (2Sam 23:3).
Allah ialah Allah belas kasihan, dan Dia mengharap pengamalan belas kasihan daripada setiap orang, tetapi terutamanya daripada orang yang berada di kedudukan pemerintahan (Mik 7:18; Kel 34:5-7; Yeh 33:11; Luk 15:7; Efe 2:4-7). Mana-mana orang yang memerintah atas orang lain harus setia sepenuh-penuhnya kepada belas kasihan untuk orang tertindas (Ams 31:8-9).
Allah akan mengekalkan seorang penguasa, sebuah kerajaan, atau sebuah negara yang menyanjungi belas kasihan dan kebenaran. Dia akan membinasakan para penguasa, kerajaan, atau negara yang berkompromi atau yang merosakkan mana-mana dua perkara tersebut. Jaminan kedudukan para penguasa dan negara betul-betul berada di dalam amsal ini dan bukan di dalam pengawal, kekuatan tentera, atau kepopularan dalam tinjauan pendapat umum.
Kehidupan dan pemerintahan Daud, yang telah dicatat dengan cukup teliti dalam Alkitab, menunjukkan banyak kes belas kasihan dan kebenaran, supaya kamu tidak patut terkejut bahawa Allah dengan belas kasihan mengampuninya bagi dosa-dosanya sendiri dalam kehidupannya, kerana Daud telah sungguh berbelas kasihan kepada orang lain (Maz 18:25; Maz 41:1-4; 112:4-6).
Daud dengan berbelas kasihan mengampuni Abner, ketua tentera Raja Saul yang telah cuba membunuhnya (2Sam 3:12-21). Walau bagaimanapun, anak buah Daud iaitu Yoab membunuh Abner dengan dendam kecemburuan (2Sam 3:22-27). Maka Daud dalam kebenaran telah mengarahkan supaya Yoab dihukum mati (2Sam 3:28-29; 1Raj 2:5-6).
Sekali sekala belas kasihan mungkin nampak seperti mengkompromikan kebenaran, tetapi kebenaran yang difahami dengan betul melibatkan belas kasihan. Allah menghukum para pendosa, tetapi itu kerjanya yang ganjil (Yes 28:21). Allah berbelas kasihan kepada para pendosa, dan itu kesukaanNya (Mik 7:18). Belas kasihan bersukacita mengatasi penghakiman yang keras (Yak 2:13).
Daud dengan 600 lelaki mengejar orang Amalek yang telah menculik keluarga mereka, tetapi 200 orang di kalangan mereka berhenti kerana mereka letih lesu. Yang 400 lagi berfikir bahawa yang 200 itu tidak patut berkongsi dalam bahagian jarahan kerana mereka benar-benar tidak berbuat apa-apa untuk mendapatkannya, tetapi Daud dengan berbelas kasihan melibatkan yang 200 ratus itu (1Sam 30:9-25).
Bagaimanakah Daud beroleh makan roti sajian bait suci (1Sam 21:1-6)? Kalau ikut kebenaran, roti sajian hanya harus dimakan oleh para imam (Ima 24:5-9). Namun Daud tahu belas kasihan Allah mengizinkannya untuk makan roti yang kudus itu (Ams 21:3; Hos 6:6). Yesus melepaskan Daud daripada apa pun tuduhan (Mat 12:3-4).
Tetapi pertimbangkan Rehabeam, cucu Daud, dan anak lelaki Salomo. Bangsa Israel mohon untuk sedikit belas kasihan untuk mengurangkan beban cukai, tetapi dia membesar-besarkan kebenaran kekuasaan sivil, dengan bebal mengancam rakyatnya, lalu kehilangan sepuluh suku kaum Israel kepada seorang pesaing (1Raj 12:1-20).
Pertimbangkan Pilatus, gabenor Rom. Dia tidak memiliki baik belas kasihan mahupun kebenaran. Ketika menyiasat Yesus, dia menanya dengan ragu-ragu, “Apakah kebenaran?” (Yoh 18:38). Dan sesudah Pilatus tidak menemui apa pun jenayah di dalam kehidupan yesus, dia masih menyerahkanNya untuk dibunuh kerana kemudahan politik (Yes 53:7-9; Yoh 19:12-16).
Berapakah berbelas kasihannya Amerika, sementara membunuh 1.2 juta anak yang belum lahir setiap tahun? Sementara memilih untuk memakai wang defisit dan inflasi untuk mengalihkan kemakmuran dan merampas tabungpemegang bon dan orang balu? Menguatkuasakan penalti bagi perbuatan kekejaman terhadap binatang sementara memberi tumpangan kepada para pembunuh manusia?
Berapakah benarkah Amerika, sementara mewajibkan ajaran evolusi di dalam sekolah-sekolah awam mereka dan mengetepikan ajaran ciptaan atau Pembentuk Yang Maha Pintar? Sementara membenarkan media-media massa untuk memutar-mutar setiap peristiwa untuk menggalakkan humanisme sekular atau fahaman Darwinisme sosialis? Sementara memanggil dua lelaki atau dua perempuan yang masing-masing bersekedudukan sebagai perkahwinan?
Apakah masa depan Amerika Syarikat? Allah akan membuangnya ke dalam neraka (Maz 9:15-20), dan Dia akan ketawa senda sementara melakukan itu (Maz 2:1-12). Amerika hanya telah kekal hidup sampai kepada hari ini dalam keadaan buruknya demi orang benar di dalamnya yang sedang berdoa (Kej 18:23-33; Yer 29:4-7).
Hai pembaca, adakah kamu mengamalkan belas kasihan dan kebenaran untuk pengekalan nyawamu, keluargamu, perniagaanmu, dan gerejamu? Setiap suami (1Pet 3:7), bapa (Efe 6:4), majikan (Efe 6:9), dan pastor (1Tim 5:21) harus mengamalkan kedua-duanya, sebab ia mengekal dan menopang semua penguasa.
Kebenarannya ialah semua manusia layak untuk dibuang ke dalam neraka kekal bagi dosa-dosa mereka, tetapi keadilan benar Allah menghukum Yesus Kristus sebagai ganti orang pilihanNya, supaya Dia dapat berbelas kasihan ke atas mereka, sementara menjadi kedua-dua benar dan pembenar (Rom 3:26). Betapa hebatnya gabungan belas kasihan dan kebenaran yang ditemui dalam Yesus Kristus – kedua-duanya telah bertemu dan mencium bersama dalam Yesus (Maz 85:10; 89:14).