22:25
Supaya jangan kamu belajar jalan-jalannya, lalu menjerat jiwamu.
Dosa mudah berjangkit, tetapi bukan akhlak mulia. Kamu akan menularkan penyakit kepada orang lain, tetapi bukan kesihatan. Kawan-kawan jahat akan merosakkanmu; tetapi kamu tidak akan mengubahkan kawan-kawan jahat. Inilah hukum hikmah dan sifat alamiah. Manusia condong kepada dosa, tetapi tidak pernah condong kepada akhlak mulia. Persahabatan dan perkaitan dengan orang jahat mengajarmu tabiat-tabiat durjana dan menjerat jiwamu. Kamu menjadi pergaulanmu itu.
Amsal ini merupakan sambungan daripada amsal yang sebelumnya, yang mengutuk persahabatan dengan si pemarah dan perkaitan dengan si pemberang (Ams 22:24). Kemarahan dan keberangan ialah tanda-tanda kebebalan, yang neyatakan akhlak durjana orang yang tidak dapat menguasai roh mereka (Ams 14:17; 16:32; Pkh 7:9; Yak 1:19-20). Orang salih akan membelok jauh-jauh daripada orang sedemikian.
Si pemarah dan si pemberang jarang ada kawan. Mereka dibenci, meskipun oleh manusia alamiah. Tetapi persahabatan melangkaui atau memberi alasan untuk kesalahan yang dahulu kamu benci. Kasih itu buta! Dosa itu akan kemudian menjangkiti perangaimu. Kamu pertama-tama membuat alasan, kemudian menjadi kebas, dan tidak lama kemudian bersikap keterlaluan seperti dia, dan akhirnya menjadi seperti dia! Kamu punya jiwa yang rosak boleh sekarang menjadi bahan api bagi tabiat yang berdosa ini.
Salah satu daripada pelajaran Solomo untuk bertumbuh dalam hikmah adalah untuk mengelak orang yang tidak salih dan orang durjana (Ams 1:10-19; 4:14-17; 9:6; 13:20; 19:27). Lihatlah ulasan bagi Amsal 13:20. Ayahnya, Daud, telah mengajar peraturan ini dahulu (Maz 1:1; 26:4-5; 101:3-8; 119:63). Para pemerintah pun, dengan akhlak dan kekuasaan yang baik, haruslah mengelak pengaruh buruk oleh para penasihat jahat (Ams 25:5).
Pelajaran ini telah diperhatikan oleh orang berhemat menerusi sepanjang hidup mereka. Kawan-kawan yang tidak berprinsip membinasakan integriti orang benar. Orang kudus belajar pendekatan yang badaniah kepada kehidupan, dan mereka memerangkap jiwa mereka sendiri dengan tekanan untuk berkompromi daripada kawan-kawannya. Israel tidak membinasakan semua bangsa kafir di Kanaan, dan itu telah merugikan mereka dengan sungguh teruk dengan jalan yang sama (Maz 106:34-40).
Pertimbangkan Solomo dan semua perkahwinannya. Dia telah membuat pertalian semenda dengan Firaun dengan mengahwini anak perempuannya (1Raj 3:1). Dan walaupun lelaki ini diberkati dengan hikmah besar dan telah menulis kitab ini dan dua kitab kemudian dalam Alkitab, perempuan-perempuan jahat dalam kehidupannya telah mencemar hikmahnya dan merosakkan jiwanya (1Raj 11:1-11; Pkh 7:26-29).
Perkahwinan hanya harus di dalam Tuhan (1Kor 7:39; 11:11). Para percayawan harus mengahwini para percayawan, dan pasangan percayawan harus kedua-duanya merupakan murid-murid Yesus Kristus yang segenap hati, membara dan setia sepenuh-penuhnya seperti yang disukat oleh Alkitab. Allah dahulu membinasakan bumi dengan Banji bagi anak-anak Allah berkahwin dengan anak-anak perempuan dunia (Kej 6:1-3).
Paulus memberi amaran, “Jangan diperdayakan: pergaulan jahat merosakkan adab yang baik” (1Kor 15:33). Mengapakah adanya amaran tentang perdayaan? Hatimu yang memperdayakan akan berkata bahawa kamu masih boleh berpegang teguh kepada prinsip-prinsipmu dengan kawan yang kurang sempurna. Tetapi kamu tidak boleh berbuat demikian, dan kamu tidak akan berbuat demikian. Kamu sedang melindungi permainan cinta yang bebal. Tinggalkanlah yang bebal, lalu hidup (Ams 9:6).
Kebanyakan bangsa sekarang gila akan persekutuan ekumenisme di kalangan banyak denominasi dengan pelbagai kepercayaan doktrin, yang kesemuanya adalah kekejian kepada Allah. Ia tidak kira apa bunyinya 15,000 orang kafir yang sedang menyanyi, “Rahmat Ajaib” [Amazing Grace]. Allah mengutuk perkaitan demikian. Jika mana-mana manusia atau malaikat tidak bersembahyang menurut injil Paulus, tolaklah dia (Gal 1:6-9). Tuhan akan tidak lama lagi berbuat demikian, maka kamu lebih baik awal-awal menolak mereka dulu (1Kor 16:22).
Ibubapa ada tanggungjawab yang besar untuk melindungi anak-anak mereka daripada teman-teman yang jahat. Mereka haruslah menapis kawan-kawan mereka dan membasmikan mana-mana persahabatan yang tidak akan menarik dan menolak akhlak mereka ke perangai yang lebih mulia. Persahabatan yang sama tiada nilainya. Jika banyak ibubapa mengamalkan peraturan ini, orang bebal tidak akan ada kawan, yang merupakan keadilan yang selamat dan yang wajar bagi mereka.
Adakah kamu mengingini seorang kawan yang akan hanya mengajarmu jalan kewajaran dan kekudusan? Biar Tuhan Yesus Kristus memasuki persekutuanmu (Wah 3:20). Dia akan membekalkan keredaan yang manis, penghiburan yang setia, dan galakan yang berhikmah bagi jiwamu. Dan Dia tidak akan pernah meninggalkanmu atau mengetepikanmu!