22:24
Jangan berkawan dengan si pemarah; dan jangan pergi kepada si pemberang:
Si pemarah ialah orang bebal yang penuh dengan berang. Tiada apa pun yang salih, mulia, atau kelelakian tentang mereka, tidak kira betapa banyak usaha yang dikerahkanmu untuk mempertahankan kemarahan mereka atau membuat alasan bagi mereka. Si pemarah ialah orang bebal. Jika kamu mahu menjadi orang yang berhikmah, kamu akan mengelak mereka tak kira apa pun, sebab kalau tidak kamu akan mengalami risiko belajar tabiat-tabiat mereka yang akan membinasakan jiwamu (Ams 22:25; 13:20).
Si pemarah ialah orang bebal. Jika kamu mahu kehidupan yang damai sejahtera, kamu akan mengelak mereka, sebab mereka akan membawa perselisihan yang tak berkesudahan kepada kehidupanmu (Ams 15:18; 19:19; 29:22). Si pemarah tidak boleh belajar jalan-jalan baru untuk kehidupan, maka kamu akan diwajibkan untuk menyelamatkan mereka daripada masalah berulang-ulang kali. Pilihan yang terbaik adalah untuk sedar bahawa mereka hamba yang tertambat kepada emosi yang rosak lalu elaklah mereka.
Kamu tiada hak untuk ada apa-apa kawan yang kamu harap. Allah ada kekuasaan untuk mengehadkan kawan-kawanmu. Orang berhikmah menghargai hikmahNya tentang kawan-kawan, maka mereka memilih mereka dengan sewajarnya. Jangan memperdayakan dirimu; komunikasi yang jahat merosakkan adab yang baik (1Kor 15:33). Si pemarah akan menggodamu untuk sendiri belajar tabiat-tabiat buruk, dan itu akan menyebabkan banyak masalah bagimu.
Kemarahan ada pada dada si bebal (Pkh 7:9). Orang berhikmah menangguhkan kemarahan (Ams 19:11). Orang berhikmah menguasai roh mereka dan adalah perlahan untuk marah (Ams 14:29). Mengapa? Kerana mereka tahu bahawa orang yang benar-benar hebat tahu bagaimana untuk menguasai roh mereka dan mengelak kemarahan (Ams 16:32). Mengapa? Kerana mereka tahu bahawa kemarahan tidak pernah membantu mereka untuk mengerjakan kewajaran Allah (Yak 1:19). Mengapa? Kerana mereka tahu bahawa sikap suka bergegas kepada kemarahan dalam apa pun hal demikian akan membawa mereka malu (Ams 25:8).
Si pemarah kerap kali bermegah dalam sikap lekas marah mereka sebagai tanda kelelakian atau tanda kelasakan, tetapi hanya orang bebal lekas marah, kerana mereka hamba kepada emosi-emosi mereka yang paling rendah (Ams 14:17,29). Mereka tidak dapat menguasai roh mereka, maka Allah dan Solomo menyamakan mereka dengan kota-kota yang ketiadaan perlindungan benteng – apa pun peristiwa yang paling kecil pun akan mencetuskan pembinasaan dan pemusnahan penuh mereka (Ams 25:28).
Pelajarannya cukup jelas. Apakah yang akan kamu buat dengannya? Putuskan perhubungan dengan kawan yang lekas marah atau kerap-kali marah. Mereka tidak layak untuk ada kawan. Biar mereka hidup dan mati bersendirian. Si pemarah patut ditinggalkan untuk merosot dalam keberangan mereka sendiri. Alasan Solomo pun cukup jelas dalam ayat yang kemudian, “Supaya jangan kamu belajar jalan-jalannya, lalu menjerat jiwamu”.
Pelajarannya cukup jelas. Elaklah si pemarah. Jangan berkawan dengan mereka, bersangkut-paut dengan mereka, atau berkait dengan mereka dengan apa pun cara yang dapat dielakkanmu. Jangan masuk ke dalam perniagaan kongsi dengan si pemarah, sebab kamu akan dipedihkan itu. Jangan berkahwin dengan si pemarah, sebab dia akan menyebabkanmu kepedihan yang besar. Jangan beli atau jual kepada si pemarah, jika kamu boleh mengelakkannya. Mengapakah kamu mengenakan pada dirimu sakit kepala yang berterusan? Jangan ingin untuk nak pergi makan pun dengan orang sedemikian (Ams 17:1; 21:9).
Yesus mengajar bahawa kemarahan tanpa sebab ialah pembunuhan di pandangan Allah (Mat 5:21-22). Sudah tentulah, para orang agama yang keperempuanan dan perempuan tolol generasi kini telah memadam tiga perkataan ini daripada Alkitab mereka yang berbeza teruk, dan meninggalkan ayat ini untuk mengutuk apa pun dan segala kemarahan (2Tim 3:1-7). Walau bagaimanapun, Allah dan para nabiNya dan para rasulNya marah dengan dosa dan para pendosa. Paulus menulis bahawa ia mungkin menjadi marah dan tidak berdosa (Efe 4:26-27).
Si bebal berdosa setiap kali mereka menjadi marah, sebab mereka tidak akan memadamkan kemarahan mereka sebelum matahari terbenam (Efe 4:26-27). Dengan memegang kemurkaan dan menjadi marah kerap kali, mereka memberi ruang kepada si iblis untuk memasuki mereka dan menimbulkan huru-hara dalam hati dan minda mereka. Keengganan mereka untuk mengampuni orang lain ialah salah satu daripada alat Syaitan yang membenarkannya untuk mengambil kesempatan atas diri mereka (2Kor 2:7-11). Keselamatan daripada angkara Syaitan memerlukan pengampunan daripada hatimu dengan serta-merta (Mat 18:21-35).
Daripada memilih si pemarah sebagai kawan atau mengembara dengan si pemberang, pilihlah orang salih sebagai kawan-kawanmu, dan pergilah bersama mereka ke rumah Allah. Anak-anak sejati Allah tidak menjadi marah atau berang. Mereka diisi dengan kasih, sukacita, damai sejahtera, sabar derita, kelemah-lembutan, kebaikan, iman, suka menurut, dan penguasaan diri (Gal 5:22-23). Adakah sembilan ciri ini sepadanan dengan dirimu? Adakah ia sepadanan dengan kawan-kawanmu? Adakah ia sepadanan dengan gerejamu? Ia patut demikian.