22:29
Nampakkah kamu orang yang tekun dalam urusannya? Dia akan menghadap para raja; dia tidak akan menghadap orang yang berpangkat rendah.
Kerja keras memang berhasil! Orang yang tekun akan dinaikkan pangkat melebihi orang sederhana dan orang yang kurang berprestasinya supaya dia dapat bergaul dengan orang yang makmur dan yang berjaya. Diskriminasi ialah alasan. Pendidikan hanya suatu alat. Kepandaian ada nilai yang sederhana. Ketekunan ialah kuncinya – usaha yang keras dan yang cekal hati yang dipakai untuk mengerjakan tugas profesionalnya. Di sinilah Raja Salomo yang kaya dan yang berhikmah mengajar bagaimana untuk maju dari segi profesional dan dari segi ekonomi di dunia. Abaikanlah kepapaanmu sendiri!
Ketekunan ialah usaha yang keras dan yang cekal hati. Pertimbangkan takrif yang disediakan oleh Kamus Oxford English bagi perkataan “diligent”: “Diligent. Constant in application, persevering in endeavour, assiduous, industrious, not idle, not negligent, not lazy” yang bermaksud “Ketekunan. Kekal dalam usaha, bersabar di dalam ikhtiar, rajin, berhasil, tidak melahu, tidak cuai, tidak malas”. Perkataan ini dengan mudah sekali bermaksud konsep kuno akan kerja keras yang dengan cekal hati dikerahkan dengan tumpuan yang mengabdikan diri.
Para raja merupakan orang yang berpangkat paling tinggi di sesuatu bangsa. Orang yang berpangkat rendah ialah orang yang kelas lebih rendah yang merupakan bahagian masyarakat yang paling banyak. Kerja keras dapat membawa orang dari kelas yang lebih rendah untuk berdiri di hadapan para raja. Bagaimana pula kalau dia hanya seorang pembakar roti? Tiada masalah! Jika dia tekun, tidak lama kemudian dia akan ada kontrak untuk memberi makan kepada raja, para pegawainya, dan mungkin juga angkatan askarnya!
Tiada sebarang pertikaian sama ada kerja keras akan menjadikanmu berjaya atau tidak. Ini bukan cadangan atau kaedah yang mungkin untuk memajukan trajektori profesional. Firman Allah mengisytiharkannya, dan itu sudah cukup untuk mengesahkannya (Ams 10:4; 12:24; 13:4; 21:5). Raja Salomo memerhatikannya dan mengganjarinya, dan itu sudah cukup untuk mengesahkannya (1Raj 11:28). Orang jujur telah melihatnya digenapi berulang-ulang kali.
Kamu patut mempertimbangkan kehidupan R.G. LeTourneau, seorang ahli niaga Kristian yang hanya mencapai pendidikan sekolah darjah enam. Dia mengatasi kekurangan bukti kelayakannya dengan bekerja keras dan bekerja dengan lama-lama, dan Tuhan mengganjarinya dengan kepintaran tahap genius untuk mendapat 299 paten Amerika Syarikat untuk ciptaan mesin-mesin kerja berat. Kerajaan mencari kepakarannya dan perkhidmatannya, terutamanya pada Perang Dunia II, dan dia telah memperoleh banyak wang dan menyiapkan banyak projek niaga dan juga projek agama.
Ada beberapa halangan. Yang mana satu menghalang dirimu? Pertama-tama, manusia malas. Mereka condong ke sikap menangguh-nangguh, mengerah tenaga yang paling kurang semungkin, mengelak kerja ekstra, dan mencari waktu bersantai pada kesempatan yang paling awal. Mereka tidak bangun awal, tidak bekerja keras, dan tidak kekal tertumpu, tidak kerja melebih masa, atau tidak mencari lebih kerja untuk dilakukan. Salomo berulang kali mengutuk dan mengolok-olok para si lamban yang sebegitu (Ams 6:6-11; 10:26; 12:24; 19:15,24; 20:4,13; 24:30-34; Pkh 10:18). Adakah kamu malas?
Kedua, generasi ini menggalakkan kemalasan dengan dua cara. Ia membayar untuk masa dan bukan membayar untuk keberhasilan, dan ia memanggil 40 jam seminggu, dengan rehat makan, rehat kopi, cuti, dan pelancongan, sebagai kerja gaji. Cuba kamu fikir, apakah fikiran seorang penternak lembu akan itu? Ia juga membenarkan dan menggalakkan “peluang perniagaan” yang menipu orang pandir dan mengisi padat kocek para kaki tipu. Adakah kamu tergoda oleh tawaran yang alternatif kepada kerja keras? Adakah kamu fikir bahawa akan adanya makanan yang percuma?
Ketiga, kebanyakan si lamban adalah angkuh dan benci diberitahu bahawa mereka pemalas yang kurang pencapaian (Ams 26:16). Mereka menyukat diri sendiri dengan membandingkan diri dengan orang lain yang seperti mereka lalu fikir sendiri telah melakukan kerja yang sungguh baik, tetapi tahap yang sebegitu rendah membawa kepada kesederhanaan dalam kes yang paling baik pun (1Kor 15:10; 2Kor 10:12). Yesus dan Paulus mengajar bahawa hanya yang paling baik layak untuk ganjaran (Mat 25:14-30; 1Kor 9:24-27).
Keempat, di dalam masyarakat yang keperempuanan, kebanyakan orang sudah terlindung daripada kekerasan hidup, pertama-tama di rumah, kemudian di sekolah, dan kemudian oleh kerajaan. Mereka mahu bantuan. Kebinasaan semangat perintis itu menimbulkan jenis orang yang bersikap takut, malas, dan yang suka mengada-ada, pandai berdalih, dan mengelak cabaran kerja. Salomo telah mengolok-olok mereka dengan menyatakan mereka takut akan sejuk atau beralasan adanya singa di jalan raya (Ams 20:4; 22:13; 26:13).
Rasul Paulus telah menyediakan teladan kepada para hamba Allah dan segala kerja profesional yang lain. Walaupun dia lambat bermula, dia menerima peranan yang telah diberi Allah kepadanya dan bekerja melebihi para rasul yang lain (1Kor 15:8-10). Dia dengan tidak mengenal penat lelah mengembara dan mengkhutbahkan injil kepada mana-mana khalayak pendengar yang dapat ditemuinya yang mahu mendengar (2Tim 2:10; Rom 15:18-21; 2Kor 10:12-18).
Pelajaran dan peraturan bagi amsal ini bukan sahaja untuk Wasiat Lama. Paulus mengajar hal yang sama, “Tidak kekukangan dalam pekerjaan”, di dalam Wasiat Baru (Rom 12:11). Dan dia mengajar itu dengan teliti di beberapa tempat yang lain (1Tes 4:11-12; Efe 4:28; Tit 2:9-10; 3:14; Kis 20:35; 1Tes 2:9). Pukul berapa akan kamu bangun pada esok pagi? Berapa kerasnya akan kamu bekerja? Berapa lamanya akan kamu bekerja? Berapa tertumpunya kamu kekal? Masa depanmu dengan Allah dan manusia sedang dipertaruhkan.
Tetapi ada lebih dalam kehidupan daripada kerja profesional kamu di dunia ini. Ada urusan kerajaan Allah. Yesus sungguh bertekun di dalam urusan itu sejak awal-awal lagi pada umur dua belas tahun (Luk 2:49). Keluarga Stefanas telah ketagihan kepada pelayanan orang kudus (1Kor 16:15). Berapa tekunkah dirimu dalam hal mengejar kehendak dan kesenangan Bapamu di syurga dan manfaat gerejamu dan ahli-ahlinya di bumi ini? Ketekunan dalam hal-hal ini akan membawamu keredaan dengan Raja Yang Maha Tinggi di syurga (Mat 25:31-46; 1Tim 6:17-19; Ibr 6:10).