Amsal · Proverbs

23:1
Apabila kamu duduk untuk makan bersama-sama seorang penguasa, pertimbangkanlah dengan tekun apa yang ada di depanmu itu:

Jangan pedulikan seleramu di kenduri mewah bersama-sama orang kenamaan yang mempunyai udang di sebalik batu. Minum dan makan ialah suatu cara memujuk yang sangat berkuasa. Para pelobi [orang yang berusaha untuk mempengaruhi pihak berkuasa untuk menyokong mereka], orang politik, kaki perempuan, dan penjual memakaikannya sebagai alat untuk mematahkan penguasaan diri dan rintangan sasaran-sasaran mereka.

Jika perarakan kereta perdana menteri menjemput kamu untuk makan di restoran yang paling mewah di bandar, dapatkah kamu menahan diri? Solomo mewaspadakan anaknya tentang bahaya dan kuasa godaan makanan dan minuman mewah bersama-sama seorang yang berniat merosakkan atau mendatangkan jahat kepadamu (Ams 23:1-8).

Pertimbangkan pengaruh-pengaruh yang saling bekerjasama untuk menumpulkan keazamanmu dan mendapatkan kelulusan atau persetujuanmu. Persekitaran yang ramah mesra, kata-kata yang mengangkat-angkat, wain yang enak, hidangan daging yang mewah, dan pastri yang dibuat secara halus ialah suatu suasana dan menu untuk dusta!

Ini semua akan mengalihkan perhatianmu daripada mengenalpastikan niat tuan rumah itu. Ia akan menurunkan kewaspadaanmu dengan menyenangkan jiwamu. Ia akan menjadikanmu rasa berhutang untuk membayar balik “jasa baik” orang itu dengan menurut permintaannya. Ia menjadikan deria-deriamu ketagihan kepada gaya hidup yang penuh kemewahan dengan mendedahkanmu kepada benda mahal-mahal. Ia akan menekankan kamu untuk mengalihkan pendirian-pendirianmu supaya mengikut-ikut kenikmatan yang disukai ramai. Dapatkah kamu menahan diri?

Buku Amsal ialah buku yang mengajar hikmah – iaitu kuasa untuk membuat keputusan yang betul, dan tahu apa yang harus dibuat di dalam apa jua situasi. Ia mengajar tentang tanggapan – iaitu kemampuan untuk menanggap kenyataan suatu situasi meskipun adanya perdayaan dan peralihan perhatian. Ia mengajar tentang budi bicara – iaitu mengenal waktu untuk berkata, Tidak boleh!

Amaran di sini cukup jelas: jangan sesekalipun membiarkan situasi yang bersuka-suka atau perlawaan mewah seseorang tuan rumah mengaburkan budi bicaramu atau membutakan jiwamu supaya tidak nampak godaan dan bahaya yang menjelang. Jika seseorang penguasa sedang melayanimu sedemikan, dia ada niat tersembunyi.

Tak kira betapa enak kelihatan makanan itu, betapa wangi baunya, dan betapa sedap rasanya, ia memperdayakan (Ams 23:1-3). Ia merupakan makanan yang sia-sia, sebab kemakmuran itu sungguh berilusi (Ams 23:4-5). Ia merupakan makanan yang mengalihkan perhatian, sebab hati tuan rumah itu tidak ada bersamamu, tak kira apapun perasaanmu berkenaan layanannya dan kata-katanya (Ams 23:6-7).

Ini adalah makanan yang beracun kerana ia akan muncul semula sebagai muntah apabila kamu tersedar bahawa ia telah dipakai untuk menjerat jiwamu dan mencelakakan hidupmu (Ams 23:8). Jangan pedulikan ajuan minum ucap selamat yang mengangkat-angkat itu. Pandang hinalah rasanya yang sedap. Tekun-tekun pertimbangkan niat tersembunyi hidangan itu dan orang yang menghidangkannya itu.

Pelajaran ini lebih luas daripada apa yang kelihatan, seperti juga ayat-ayat yang lain di dalam Alkitab (Maz 119:96). Maksud utama di dalam ayat ini memang berkenaan bahaya wain mahal, makanan, dan seorang tuan rumah yang berkuasa dan kaya. Tetapi amaran ayat ini juga termasuk apa-apapun godaan yang menyembunyikan niat atau matlamat seseorang pemberi. Perhubungan yang buruk merosakkan kebiasaan yang baik, tak kira betapa menarik samarannya (1Kor 15:33).

Tekun-tekun pertimbangkan makanan, atau apapun jenis perangkap mewah, supaya dapat menanggap risiko didepanmu. Hanya orang bebal yang menjunam masuk dan menikmati pemberian kemudahan atau perkhidmatan tanpa apa-apa pertimbangan racun di dalam cawan itu. Hikmah memimpin kepada kemakmuran dan kejayaan dengan memasang sikap yang curiga di dalam situasi-situasi sebegini.

Dina melanggari pelajaran ini, apabila dia secara bebal pergi melawat perempuan-perempuan kafir di Kanaan; dia tidak dapat bertanding dengan Putera Sikhem (Kej 34:1-3). Betapa banyaknya perempuan yang muda dan yang tidak tahu apa-apa telah menghilangkan kesucian atau kedaraan mereka oleh daya tarikan manipulasi seorang lelaki muda (Ams 30:19).

Amaran ini jelas. Jadilah cermat supaya melihat menembusi kata-kata yang mengangkat-angkat seseorang tuan rumah dan pemberiannya kepada niat dan matlamatnya itu. Ia adalah tugas seseorang ayah untuk melindungi anak-anak dara daripada apapun situasi dan godaan, sebab ia terlalu mudah untuk seorang lelaki menggoda seorang gadis muda (Ams 30:19).

Sementara Amsal ditujukan kepada lelaki muda, terutamanya anak Solomo, amaran-amaran ini juga berkenaan dengan perempuan jalang itu – iaitu seorang pelacur atau penzina yang berniat untuk mendapatkan seorang lelaki. Di dalam perumpamaannya akan godaan, Solomo menjelaskan jerat-jerat yang menarik yang telah dipasang oleh seorang penggoda untuk menjatuhkan mangsanya yang mudah terpengaruh itu kepada perzinaan dan maut (Ams 7:6-23).

Apakah rahsia untuk menahan perempuan-perempuan sedemikian? Janganlah memandang kepada mereka atau berfikir tentang mereka (Ams 6:25; Ayub 31:1; Mat 5:28). Kamu memakai amsal ini dengan menimbangjauh melebihi kecantikan, kata mengangkat-angkat, dan nafsu liar kamu kepada maut dan neraka yang tersembunyi di dalamnya (Ams 2:18; 5:5; 7:27; 9:18).

Pujilah Allah bagi hero-hero yang benar! Daniel langsung tidak tertarik oleh wain dan makanan raja apabila ditempatkan bersama-sama mereka yang dapat naik pangkat dengan laju di Babel (Dan 1:1-16). Dia telah berazam di dalam hatinya supaya tidak merosakkan dirinya dengan diet yang menggoda itu. Dia pertimbangkan dengan tekun apa yang ada di depan dirinya itu dan ternampak bahaya mengingkari Allahnya, dan Allahnya memberi ganjaran yang besar kepadanya kerana itu.

Yusuf menolak pendekatan isteri Potifar, meskipun masih muda dan sunyi di Mesir, dengan kuasa dan kebebasan yang besar daripada tuannya (Kej 39:1-18). Dia memandang melebihi kesungguhan perempuan itu dan melebihi nafsu keremajaannya supaya dapat mempertimbangkan pelanggaran itu terhadap Allah. Dan walaupun Yusuf kena mengharungi jalan lencongan pendek di penjara kerana sikap jujurnya, sepanjang hayatnya dipakai menduduki takhta kekuasaan.

Pelajaran amsal ini belum berakhir. Gereja-gereja palsu juga menyediakan suatu jamuan. Mereka minum dan makan bersama-sama jiwa-jiwa yang bebal dengan memakai tingkap kaca berwarna, atau pemain organ yang profesional, atau bangunan-bangunan yang indah, atau upacara-upacara yang terperinci, atau khutbah-khutbah yang menghiburkan, atau hamba-hamba yang bergaya dan canggih, atau program-program anak remaja, atau muzik rock, atau aktiviti-aktiviti kanak-kanak. Bolehkah kamu pertimbangkan dengan tekun apa yang ada di depanmu itu di dalam isu yang penting ini?

Ajaran sesat paling sedap rasanya apabila dihidangkan bersama-sama kata-kata manis dan muluk-muluk (Rom 16:17-18; 2Kor 11:3-4, 13-15; 2Pet 2:18; Yud 1:16). Tetapi yang disembunyikan di dalam hidangan itu ialah racun ajaran dan amalan sesat. Pertimbangkan dengan tekun apa yang ada didepanmu. Ujinya selamat dahulu (KPR 17:11; 1Tes 5:21). Harus mengapakah kamu menikmati suatu hidangan apabila kamu sudah tahu ia mengandungi bahan-bahan yang rosak dan bahaya? Pilihlah beberapa tuntutan dasar agama benar daripada Alkitab dan tuntutilah kehadirannya dahulu.