Amsal · Proverbs

23:15
Hai anakku, jika hatimu berhikmah, hatiku akan bersukacita, justeru hatiku.

Hikmah memberi kemenangan dua kali! Kamu menang dengan menjadi berhikmah dan menyenangkan Allah dan manusia. Ayahmu menang dengan adanya anak lelaki atau anak perempuan yang berhikmah. Libatkan ibumu (Ams 23:25), dan itu memberi kemenangan tiga kali!

Hikmah ialah apa yang paling berharga dalam kehidupan (Ams 3:15; 8:11). Daud memberitahu Salomo, “Hikmah ialah apa yang utama; maka peroleh hikmah: dan dalam segala pemerolehanmu peroleh pemahaman” (Ams 4:7). Ayah dan anak lelaki boleh bersukacita bersama ketika kedua-dua berhikmah. Untuk ada berkat ini, ayah harus mengajar anak-anak (Maz 34:11), dan anak-anak haruslah mentaati ayah (Efe 6:1-3).

Kitab Amsal ialah pelajaran-pelajaran daripada Salomo kepada anak lelakinya dan kepada anak-anaknya yang lain. Dia mengajar mereka banyak aspek hikmah, daripada kewangan sampai kepada perkahwinan, daripada ucapan kepada etika kerja yang baik, daripada pemakaian alkohol dengan wajar sampai kepada melindungi kaum balu, daripada mengelak risiko sampai kepada mengelak para pembawa mulut, dan daripada mempercayai Allah sampai kepada membenci kejahatan. Betapa berharganya kitab hikmah ini!

Jalan yang paling mudah untuk menjadikan ayahmu dan ibumu paling bahagia adalah dengan menjadi berhikmah. Tidak seorang pun rugi kecuali si iblis dan dunia yang durjana ini ketika kamu berhikmah. Setiap pihak berkepentingan menang. Ibubapa yang salih membawa anak-anak ke dalam dunia dengan ketakutan, kerana mereka harus menunggu untuk melihat kerja Allah di dalam anak-anak mereka dan usaha-usaha anak-anak itu terhadap Allah dan hikmah.

Pertimbangkan sukacita keibubapaan yang ada pada Set untuk Enos! Lamekh untuk Nuh! Terah untuk Abram! Yakub untuk Yusuf! Amram dan Yokhebed untuk Musa! Yoas untuk Gideon! Hana untuk Samuel! Isai untuk Daud! Daud untuk Salomo! Zakharia dan Elisabet untuk Yohanes! Zebedues untuk Yakobus dan Yohanes! Yunus untuk Andreas dan Petrus! Eunike dan Lois untuk Timotius!

Hai anak lelaki, adakah kamu memahami kepentingannya menjadi berhikmah? Umurmu tidak penting, sebab ayah segala umur boleh bersukacita. Hikmah menyenangkan Allah (Ams 3:1-4). Hikmah menyenangkan ibubapa, seperti di dalam amsal ini (Ams 23:25). Hikmah akan menyanjungimu (Ams 3:13-18). Hikmah akan memanfaatkan semua orang yang kamu jamah dalam kehidupan (Ams 10:21; 11:30). Kamu mungkin juga dapat menyelamatkan sebuah kota (Pkh 9:13-18)!

Jika hikmah menyanjungimu, menyenangkan Allah, menyenangkan ibubapa, dan menguntungkan orang di sekelilingmu, betapa pentingnya hikmah itu kepadamu? Ia patut menjadi hal pertama dan hal terakhir yang difikir kamu setiap hari. Kamu patut memutuskan semua aktiviti yang bebal atau yang membazir untuk menumpukan perhatian kepada kegiatan memperoleh lebih hikmah (Ams 18:1). Kehidupan sangat singkat; akankah kamu berusaha untuk menjadi berhikmah pada masa depanmu (Ams 19:20)?

Allah Yang Maha Sejati dan Yang Maha Hidup sangat mengambil peduli akan perhubungan-perhubunganmu. Sebelum Dia mengutus AnakNya Yesus Kristus ke dalam dunia, Dia mengutus Yohanes Pembaptis untuk menyiapkan Israel bagiNya. Bagaimanakah Yohanes menyiapkan manusia untuk Yesus Kristus? Dia memulihkan perhubungan-perhubungan di kalangan ayah dan anak (Mal 4:5-6; Luk 1:17). Hai ayah, adakah kamu mengajar anakmu hikmah? Hai anak, adakah hatimu berhikmah?