Amsal · Proverbs

23:6
Jangan memakan roti orang yang ada mata yang jahat, dan juga jangan kamu mengingini makanannya yang istimewa:

Makanan juga boleh berbahaya. Buat sementara, jangan hiraukan hal khasiat, hal diet, hal kegelojohan, atau hal badjet kamu. Makanan boleh menjadi bahan godaan dalam tangan orang yang tidak berniat baik. Seseorang mungkin boleh memakai makanan untuk mengambil kesempatan atas kamu dengan mematahkan penguasaan dirimu dan keraguanmu. Jadi ia berhikmah untuk tahu niat orang yang belanja makan, jika adanya orang curiga yang sedang mengundangmu untuk makan (Ams 23:6-8).

Konteks ini dapat membantu. Solomo pertama-tama memberi amaran tentang gaya hidup orang kaya (Ams 23:1-3). Jika seseorang penguasa mengundang orang yang suka makanan mewah untuk bersarapan bersama, orang itu sebaik-baiknya meletakkan pisau pada lehernya, kerana godaan makanan yang mewah akan menjadi kuat. Solomo kemudian memberi amaran tentang kesia-siaan kekayaan, sebab godaan gaya hidup yang mewah boleh membinasakan (Ams 23:4-5).

Dalam seksyen ini (Ams 23:6-8), Solomo mengalihkan amarannya daripada makanan mewah dan kekayaan kepada dorongan dan niat orang yang sedang menawarkan sarapan. Kedua-dua gaya hidup mewah dan pelayanan yang memperdayakan haruslah dielakkan, dan amsal yang dikaji ini berkaitan dengan dengan bahaya yang kedua itu. Kamu harus menolak undangan makan daripada orang yang jahat, yang ada cita-cita yang durjana dan bukan kenikmatanmu dan kemakmuranmu sebagai dorongan tawarannya.

Apakah itu mata yang jahat? Kebanyakan para pengulas menjadikannya orang yang kedekut dengan membandingkan beberapa ayat (Ams 22:9; 28:22; Yes 32:5; Mat 20:15). Mereka menganggap bahawa bahayanya ialah suatu sarapan yang tidak ikhlas kerana sikap kedekut si pembelanja itu. Ini merupakan pelajaran yang memang amat lemah. Dengan membandingkan beberapa lagi nas kitab, mata yang jahat itu bermaksud fikiran yang durjana, dan meluaskan lagi pelajaran ini untuk bermaksud pemakaian makanan oleh para penggoda untuk membuat si mangsa berbuat apa yang bertentangan dengan hati nuraninya (Ula 15:9; 28:54,56; Mat 6:23).

Godaan seksual kerap kali melibatkan makanan. Penjelasan Solomo tentang seorang penzina perempuan yang menggoda seorang lelaki muda melibatkan suatu tawaran hidangan mewah yang terdiri daripada potongan-potongan terpilih daripada daging korban-korban pendamaiannya (Ams 7:14; Ima 7:11-16). Para pelanggan pelacur bercakap tentang “meminum wain dan bersarapan” dengan kaum perempuan. Banyak gadis dan perempuan telah dibawa kepada jalan menuju ke katil yang berdosa melalui godaan makanan di restoran. (Sesetengah ibu juga memberitahu anak-anak perempuan mereka bahawa jalan yang paling cepat kepada hati lelaki adalah melalui kepuasan perutnya!)

Bahayanya adalah dua kali ganda. Pertama, suasana yang menyenangkan bergabung dengan wain dan makanan adalah sungguh santai dan melegakan, dan ini menyebabkan suatu perasaan yang gembira sehingga mengkompromikan batasan-batasan. Sentuhan fizikal yang dimulakan pada takat ini kurang dapat ditolak. Kedua, mangsa-mangsa rasa berhutang untuk membenarkan perlanjutan godaan itu kerana wang, masa, dan usaha yang telah dipakai pada ketika itu. Oleh dua faktor ini, ia sungguh sukar untuk kebanyakan orang untuk menolak si pembelanja punya permintaan.

Para pelobi, orang politik, peguam, dan penjual boleh memanipulasikan makanan seperti mana-mana pelacur atau pelanggan pelacur. Mereka juga tahu bagaimana untuk “meminum wain dan bersarapan” dengan si pembeli, si penggubal undang-undang, atau si pelanggan sampai dia bersekongkong dengan mereka. Banyak persetujuan telah dibuat tanpa pengetahuan penuh atau persetujuan penuh melalui kesan korupsi makanan mewah dan perbualan yang mengangkat-angkat.

Orang yang berhikmah mengenalpastikan dorongan seseorang dan menentukan jika suatu sarapan boleh dibenarkan atau tidak. Jika ada terlalu banyak yang dipertaruhkan dan pihak yang mengundang itu ada niatjahat atau etika yang boleh dipersoalkan atau adanya cita-cita, maka undangan itu haruslah ditolak. Pelayanan demikian boleh menjadi berbahaya. Kamu tidak patut mengendahkan tempat, orang yang diundang, menu, atau apa pun lagi ciri yang menarik dalam undangan itu. Pergaulan yang jahat akan merosakkan adab yang baik, dan suatu sarapan yang mewah boleh mempercepatkan lagi kerosakan itu.

Adanya kawan-kawan dan makanan yang boleh kamu nikmati dengan penuh damai sejahtera dan kesenangan. Suatu sarapan dengan seorang saudara dalam Kristus adalah berharga, tidak kira apa pun yang sedang dihidangkan (Ams 15:17; 17:1; Maz 133:1). Puteri Hikmah telah menyediakan meja hidangannya, jika kamu akan merendahkan diri untuk meninggalkan sikap kebebalanmu (Ams 9:1-5). Injil Yesus Kristus memanggilmu untuk bersarapan setiap hari dengan percuma (Yes 55:1-5). Dan tidak lama lagi Jamuan Perkahwinan Anak Domba akan membawa kesenangan dan keuntungan yang selama-lamanya (Wah 19:9).