23:7
Sebab sepertimana yang difikirkan hatinya, demikianlah dia: Makanlah dan minumlah, dia berkata kepadamu; tetapi hatinya tidak menyebelahimu.
Kamu harus mengenal hati manusia. Ia tidak sukar. Jika kamu tidak berbuat demikian, kamu mungkin mangsa yang kemudian. Amsal di sini memberi amaran tentang tuan/puan rumah yang mengharapkan kejatuhanmu.
D sinilah amaran Salomo sepenuhnya, “Jangan memakan roti orang yang ada mata yang jahat, dan juga jangan kamu mengingini makanannya yang istimewa: Sebab sepertimana yang difikirkan hatinya, demikianlah dia: Makanlah dan minumlah, dia berkata kepadamu; tetapi hatinya bukan bersamamu. Sedikit yang telah kamu makan itu akan kamu muntah keluar, lalu hilanglah kata-katamu yang manis” (Ams 23:6-8). Berhati-hati, malah di tempat makan pun!
Konteks ini telah memberi amaran tentang bahaya-bahaya yang memperdayakan tentang kehidupan mewah, yang merupakan gaya hidup biasa para penguasa dan orang kaya (Ams 23:1-3). Manusia yang suka hal-hal ini berisiko ketika berada dalam suasana demikian, sebab hidangan mewah mungkin merosakkan moral dan keutamaan-keutamaan mereka. Salomo kemudian lebih maju untuk memberi amaran tentang kesia-siaan kekayaan, sebab ia bukan inti kehidupan benar (Ams 23:4-5).
Salomo kemudian beralih kepada hal bahaya makanan mewah ketika tuan rumah ada niat yang jahat (Ams 23:6-8). Makanan dan minuman mewah, dan pujian dan soalan yang mengangkat-angkat, yang kamu nikmati banyak ketika makan, akan menjadi cukup tawar ketika kamu sedar betapa kamu telah dipakai atau disalahgunakan. Para pelacur, para penyubahat, dan jurujual kerap kali memakai pemakanan mewah dengan cara demikian.
Orang berhikmah menyelidiki dorongan sama ada suatu santapan boleh dibenarkan ataupun tidak. Jika ada banyak yang sedang dipertaruhkan dan/atau kamu ragu-ragu akan niat tuan rumah, maka tolaklah undangan itu. Pelayanan demikian berbahaya. Jangan peduli hal tempat, teman, menu, atau apa pun aspek yang menarik tentang undangan itu. Pergaulan yang jahat merosakkan adab yang baik, dan suatu hidangan mewah boleh mempercepatkan proses itu.
Kamu harus menyukat hati manusia. Ia boleh dilakukan dan patut dilakukan untuk melindungi dirimu. Daud tahu bagaimana untuk melakukannya, dan dia memilih para pekerjanya dan sahabatnya dengan cukup teliti (Maz 101:1-8). Mengikut turutan menurun dalam kepentingan, di sinilah kriteria untuk mengenal hati manusia:
1. Oleh iman dan takut akan Allah (Ams 1:7; 14:2,16; 28:28; 31:30; Maz 15:4:119:63; 2Kor 6:14; 2Tes 3:1-2).
2. Oleh tindak laku (Ams 4:23; 20:11; 21:8; 24:21; 27:6; Mat 7:16; 12:33; 2Pet 2:10-12; Yak 2:15-16; 1Yoh 3:18).
3. Oleh ucapan (Ams 4:24; 10:11,20; 20:19; 22:11; 27:14; Pkh 10:12-14; Mat 12:34-37; Luk 6:45).
4. Oleh hikmah (Ams 9:6-10; 10:14,23; 12:8; 13:10,16; 14:7; 15:7,14; 17:16; Pkh 8:1).
5. Oleh sahabat-sahabatnya (Ams 1:10-19; 13:20; 19:27; 28:7; 29:12; Maz 1:1-3; 50:18; Yes 1:23).
6. Oleh keluarga (Yeh 16:44-45; 2Tim 1:5; 1Raj 5:1; 2Taw 18:1; 2Raj 8:18; Kel 34:7).
7. Oleh budaya atau negara (Tit 1:12; Kej 24:1-4; 26:34-35; 34:1-2; Ula 28:50; Kis 2:40; 17:21).
Kamu harus belajar supaya tidak mempedulikan pengampuan, hadiah, pengakuan, kesaksian, penampilan, pelukan, pujian, atau sanjungan. Ini semua telah dipakai banyak kali untuk menggoda atau menarik orang untuk berdosa. Ia tidak bermaksud apa-apa pun secara tersendiri. Ia hanya betul-betul bererti hanya kalau ia datang daripada orang yang berakhlak salih seperti yang disukat oleh tanda-tanda di atas.
Bagaimana pula jika kamu harus berniaga di dunia, yang kurang adanya orang takut akan Allah apatah lagi beriman? Maka, jangan peduli kriteria pertama di senarai di atas dan sebaliknya berilah penekanan kepada kriteria yang lain, dengan pertimbangan yang lebih besar kepada hal yang sedang dikendalikan dan apa yang mungkin dipertaruhkan, dan dengan teliti menyeimbangkan keadaan di antara keperluan penyertaaanmu dan risiko keadaan yang paling buruk.
Ada sahabat dan santapan yang berdamai sejahtera dan yang menyenangkan sepenuh-penuhnya – sarapan bersama seorang saudara dalam Kristus, tidak kira apa pun yang sedang dihidangkan (Ams 15:17; 17:1; Maz 133:1). Puteri Hikmah telah menyediakan mejanya, jika kamu mahu menerimanya (Ams 9:1-5). Injil Kristus ialah tempat makan yang percuma (Yes 55:1-5). Perjamuan kahwin Anak Domba akan membawa kesenangan dan keuntungan yang berterusan selama-lamanya (Wah 19:9).