23:8
Suap yang telah kaumakan itu akan kaumuntah keluar, lalu hilanglah kata-katamu yang manis.
Suap yang manis dari para penggoda akan menjadikanmu mual! Kamu akan memuntah keluar apa yang kamu fikir adalah lazat dan menyukakan. Jangan terperdaya oleh tawaran-tawaran yang murah hati yang nampak baik.
Allah mengambil berat akan kehidupanmu. Salomo memberi amaran kepadamu di sini tentang kehidupan yang mewah. Pertama, kamu harus jangan mengendahkan gaya hidup orang yang kaya dan terkenal, terutamanya jika kamu tertarik kepada itu (Ams 23:1-3). Ini kerana kekayaan mereka adalah sia-sia dan sementara (Ams 23:4-5). Akhirnya, kamu harus menanggapi isi hati orang yang sedang menawarkanmu benda mewah dan kata-kata yang manis (Ams 23:6-8).
Tidak kira berapa banyak kamu suka benda mewah atau kata-kata yang manis, janganlah makan bersama atau berkawan dengan orang yang ada niat yang tersembunyi. Ia tugasmu untuk menjadi berhikmah dan dengan kritikal menaakuli kehidupan dan situasi orang itu untuk mengenal hatinya dan niatnya yang sebenar (Ams 23:6). Tidak kira apa yang diucapkannya atau apa yang dihidangkan di atas meja di hadapanmu, kamu tidak boleh mempercayainya (Ams 23:7).
Jika kamu dengan bebal melangsungkan diri untuk menikmati benda-benda dan kata-katanya, maka kamu akan tidak lama mengenal kesilapanmu, dan keredaan bohong yang telah kamu terima itu akan menghantuimu. Kamu akan memuntahkan suap-suap yang lazat itu, dan kamu akan membenci pengampuan yang telah kamu dengar. Kedua-dua itu dipakai untuk mengurangkan daya pertahananmu untuk mengambil kesempatan atas dirimu. Inilah amaran amsal ini. Terima kasih, Tuhan.
Para pendosa menarik mangsa-mangsa mereka dengan menawarkan keredaan. Iblis pun berbuat demikian kepada Hawa di Taman Eden (Kej 3:1-6); para pembunuh menawarkan persahabatan dan keistimewaan untuk menyertai geng mereka (Ams 1:10-19); para penzina mengucapkan hal kasih dan kenikmatan untuk menggoda para lelaki yang bebal (Ams 7:10-21); guru-guru palsu menjanjikan kebebasan untuk hidup sewenang-wenangnya kepada orang Kristian yang kontemporari (2Pet 2:18-20); dan para paderi Rom berpura-pura rendah hati besar ketika mereka memuliakan Gereja Ibu besar itu (Wah 17:1-6).
Pertimbangkan bagaimana perempuan menggoda lelaki sampai dibinasakan – pelacur menggoda untuk berdosa seksual dan akhirnya membawa maut dan neraka (Ams 2:18; 5:5; 7:27; 9:18), dan perempuan jelek menggoda kepada perkahwinan yang sangat pedih dan seperti neraka (Ams 12:4; 21:9,19; 30:23). Bagaimanakah dua perempuan ini – dua bahaya dan musuh yang paling besar – dapat sebegitu berjaya menewaskan banyak lelaki, malah lelaki yang kuat juga (Ams 7:26)?
Pertama, mereka menawarkan keredaan – apa yang diingini lelaki, sama ada kebebasan seksual atau hidangan makanan yang paling sempurna. Ia telah dinyatakan banyak kali bahawa jalan yang paling lekas ke hati lelaki adalah melalui perutnya. Tidak hairanlah Salomo telah menulis amaran ini tentang makanan (Ams 23:6-8). Kemudian, mereka menyiapkan segalanya dengan secantik semungkin – tubuh mereka dan suasana persekitaran (Ams 7:10-21).
Tetapi ibu Raja Lemuel telah menyelamatkanmu daripada kedua-dua taktik itu. Percayalah dan taatilah rumusan peraturannya yang hebat untuk mengenalpastikan perempuan yang sempurna, “Keredaan memperdayakan, dan kecantikan itu sia-sia: tetapi perempuan yang takut akan TUHAN, dialah yang akan dipuji” (Ams 31:30). Ia sukar untuk menganggarkan nilai amsal yang sebegitu berharga. Berjuta-juta lelaki dapat diselamatkan dengan mengikutinya.
Teman-teman yang kamu pilih adalah lebih penting daripada hidangan makanan yang disediakan atau perkataan yang dituturkan. Para penggoda mahir untuk melembutkan hati mangsa mereka dengan hidangan mewah dan perhatian yang mengampu. Ia hikmahmu untuk menyukat orang melalui akhlak dan dorongan-dorongan mereka dan mengetepikan perhatian hidangan di meja atau kata-kata yang sedang diluahkan mulut mereka. Allah dan Salomo telah cuba melindungimu.
Apa pun menu boleh menjadi suapan yang lazat dan yang manis, kalau adanya kasih (Ams 15:16-17; 17:1). Apa pun perkataan daripada sahabat yang sejati, meskipun ia teguran, ialah kemurahan yang sejati dan adalah lebih baik daripada ciuman (Ams 27:5-6; 28:23; Maz 141:5). Di manakah dapat kamu menemui kawan-kawan yang sebegitu berharga? Di gereja-gereja sejati Yesus Kristus, iaitu tempat yang mereka hidup, melayan, berucap, dan mati dengan setia kepadaNya.
Puteri Hikmah sudah menyediakan meja hidangan yang dapat kamu makan tanpa kerisauan dan menikmati setiap persiapan dan perkataannya (Ams 9:1-5). Di manakah kamu dapat menemuinya? Di dalam Alkitab, hikmah Allah, dan di para pengkhutbahnya yang mengajar hikmahnya. Dan Tuhan Yesus Kristus menawarkan pesta makanan yang sama akan dagingnya dan darahnya kepada semua yang percaya dan mentaatiNya (Yoh 6:28-69).