23:9
Jangan berbicara di telinga orang bebal: sebab dia akan memandang hina hikmah perkataanmu.
Kebenaran dan hikmah ialah keistimewaan, dan bukan hak. Orang bebal tidak layak untuk mana-mana satu. Biar mereka percaya kepada bayangan dan bohong mereka sendiri. Kebenaran dan hikmah adalah berharga, jadi jangan mendedahkannya kepada perolok-olokkan orang bebal. Oleh sebab pilihan-pilihan yang dibuat orang bebal, mereka harus ditinggalkan keliru di dalam kebebalan mereka.
Adakah kata-kata ini terlalu keras? Yesus Kristus tidak memikir sebegitu. Ketika para murid memberitahu Yesus bahawa Dia telah menyinggung orang Farisi, Dia berkata, “Setiap tanaman, yang tidak ditanam oleh Bapa syurgawiku, akan dicabut keluar. Biarkanlah mereka: mereka itu pemimpin yang buta bagi yang buta. Dan jika yang buta memimpin yang buta, kedua-duanya akan jatuh ke dalam parit” (Mat 15:13-14). Amin bagi itu!
Orang berhikmah tidak membazirkan kebenaran dan hikmah Allah yang berharga dengan orang bebal, sebab orang bebal akan memandang hina nilai dan keuntungannya yang ajaib. Kebenaran dan hikmah ialah anugerah-anugerah yang berharga, dan pengabaian atau penolakannya membawa penghakiman yang adil. Tanyalah Puteri Hikmah (Ams 1:20-33)! Orang berhikmah juga mengelak orang bebal kerana pengaruh mereka yang durjana (Ams 9:6; 13:20; 14:7; 19:27).
Yesus Kristus juga memberi peraturan ini di dalam Khutbah Di Atas Bukit: “Jangan beri apa yang kudus kepada anjing, jangan pula membuang mutiaramu kepada babi, supaya jangan mereka menginjak-injakkannya dibawah kaki mereka, lalu berpaling semula dan mengoyak-ngoyakkanmu” (Mat 7:6). Anjing dan babi yang seperti orang bebal, ada sifat yang rosak yang kamu tidak dapat ubahkan – anjing memakan muntahnya, dan babi membenam di kubang (2Pet 2:22; Ams 26:11). Mereka juga ganas dan berbahaya, seperti yang diwaspadakan Yesus, maka jauhkan dirimu daripada mereka.
Hai pembaca, adakah kamu berhikmah? Adakah kamu faham bahaya untuk bercakap dengan orang bebal? Kamu tidak boleh menang dengan perkataan, kerana dia tidak akan mendengar atau berubah (Ams 27:22). Jika kamu masuk untuk berbahas dengannya, kamu sendiri menjadi orang bebal (Ams 26:4). Soalan-soalannya yang bebal dan yang tidak terpelajar hanya akan menimbulkan persengketaan (2Tim 2:23). Jika kamu memberinya kebenaran, dia akan memandang hina dan menginjak-injakkannya di bawah kakinya (Mat 7:6). Dan dia akan memutarbelitkan kata-katamu untuk dipakai menentangmu (Ams 9:7-8; Mat 7:6). Jadilah berhikmah! Jauhi dirimu daripada orang bebal! Jangan bazir kebenaran dengan mereka. Pilihlah orang berhikmah untuk dijadikan sahabatmu (Maz 119:63).
Apakah itu orang bebal? Setiap orang ada kadar kebebalannya, tetapi orang bebal dilanda olehnya. Dia ada gagasannya sendiri; dia yakin akannya, dia sudah henti belajar. Dia lebih suka bercakap daripada mendengar; dia buat apa sahaja yang diingininya tanpa mengendahkan arahan atau amaran. Dia tidak menunjukkan semangat mulia orang Berea untuk sungguh-sungguh mendengar kebenaran dan mencari kitab-kitab untuk mengesahkannya (Kis 17:11; Tit 3:10-11). Biar dia jatuh ke dalam kubangnya sendiri dan membenamkan dirinya di sana. Jangan buang masa.
Jika kamu menanggapi orang bebal – orang yang tidak mahu dengar, belajar, dan berubah – jauhilah dia (Ams 14:7). Ucap secukupnya untuk menutup mulutnya yang bongkak itu dan mengecam kebebalannya (Ams 26:5), tetapi jangan mendedahkan kebenaran yang berharga atau dirimu sendiri kepada perbahasannya yang bodoh dan yang berniat jahat (Ams 26:4). Untuk menunduk kepada tahapnya adalah untuk menghormati keangkuhannya, membawa risiko kepada jiwamu sendiri, dan untuk meniadakan kehormatan kebenaran.
Demi damai sejahtera dan keselamatan di dalam kehidupanmu dan keluargamu, dengarlah peraturan-peraturan hikmah. Tinggalkanlah yang bebal lalu hidup (Ams 9:6; 19:27). Singkirkan pencemuh, dan nikmatilah kelegaan yang aman damai (Ams 22:10). Cantaskan keluar orang bebal, dan kehidupanmu akan bertambah maju. Mereka merupakan kekacauan yang jahat yang menghanguskan roh orang berhikmah dan merosakkan integriti kebenaran dan hikmah. Lindungilah kesihatan jiwamu dan keluargamu dengan mengelak orang bebal dan pergaulan jahat mereka (1Kor 15:33).
Kasih atau persahabatan yang tidak bersyarat tidak terdapat di dalam Alkitab. Ia suatu rekaan khayalan moden. Manusia harus dihakimi dengan tindakan dan akhlak, dan bukan semata-mata dengan kewujudan atau perhubungan semula jadi (Maz 119:63; Tit 1:8). Allah sendiri tidak mengasihi anak-anakNya dengan tidak bersyarat; Dia mengasihi mereka kerana mereka berada di dalam Kristus (Efe 1:4-6; 5:25-27). Daud, pemazmur manis dari Israel, mengambil beberapa langkah pencegahan untuk menyingkirkan orang bebal dari rumahnya (Maz 101:1-8; 1Raj 2:5-6).
Yesus sungguh berbeza daripada orang zaman kini. Generasi yang keperempuanan dan yang suka berkompromi ini menganggap bahawa semua orang ada hak untuk kebenaran. Mereka memaniskan kebenaran untuk orang bebal di dalam program-program badaniah mereka iaitu program pertumbuhan gereja dan menyelamatkan orang sesat. Di antara mereka yang konservatif, mereka akan berkhutbah dengan suara yang paling tinggi di sudut-sudut jalan lalu melanggari amsal ini dan mengacau keamanan. Sudah tentulah, Matius 7:6 tidak dikhutbahkan, sebab ia mengutuk penekanan mereka dan filsafat mereka.
Yesus menyuruh para rasulNya untuk menolak para pendengar yang tidak suka berita injil. Dia tidak bercadang untuk mengubahkan isinya, memakai kaedah atau program baru untuk menarik mereka, seperti yang guru-guru palsu buat pada hari ini untuk mengisi stadium penuh dengan orang bebal. Yesus berkata, kebaskanlah debu daripada kakimu terhadap orang-orang itu, dan aku akan menghakimi mereka pada zaman akhir (Mat 10:14-15). Daripada menjadikannya mudah untuk mengikut kebenaran, Dia sebaliknya menjadikan kos pemuridan yang tinggi itu sungguh jelas (Luk 14:25-33).
Ketika rasul Paulus sudah jemu dengan orang Yahudi yang bebal di Antiokhia, dia berkata, “Ia perlu supaya firman Allah harus pertama-tama diucapkan kepada kalian: tetapi memandangkan kalian menolaknya daripada diri kalian, lalu menghakimi diri kalian sendiri tidak layak untuk hidup yang abadi, lihatlah, kami berpaling kepada orang bukan Yahudi” (Kis 13:46). Inilah penginjilan yang benar-benar Alkitabiah – menanggung segala sesuatu demi orang pilihan dan berdoa untuk keselamatan daripada segala orang yang lain (2Tim 2:10; 2Tes 3:2; Kis 13:48; Yud 1:4).
Sementara bercanggah dengan pendapat jahil banyak orang, Yesus Kristus memakai perumpamaan untuk menjadikan banyak orang pada generasiNya yang bebal daripada mendengar dan memahami kebenaran (Mat 13:10-17). Perumpamaan bukanlah cerita-cerita yang mudah dan yang duniawi dengan maksud yang syurgawi untuk membantu orang biasa memahami kebenaran; ia merupakan kata-kata pujangga yang sukar supaya menyembunyikan kebenaran daripada sesiapa pun kecuali anak-anak Tuhan yang sudah diterangkan. Dapatkah kamu menerima kebenaran ini, hai pembaca? Bacalah itu! Percayalah itu!
Mengapakah adanya sesetengah orang yang berkhutbah di sudut-sudut jalan dan di penjara? Yang pertama ialah kekacauan, dan yang kedua sedang mencari masyarakat punya orang yang paling bebal. Adakah mereka ini askar-askar salib dan para pejuang iman? Mereka menarik kebenaran melalui lumpur kepada orang yang tidak mahu mendengarnya. Yesus berkhutbah kepada bilangan orang ramai yang mengikutiNya, bukan kepada orang durjana yang membenciNya. Dia memuji orang kudus yang melayani di penjara, bukan para penjenayah (Mat 25:40). Dia tidak menyatakan apa pun kepada pencuri yang mencemuh sementara disalibkan di sebelahnya. Yesus tahu hikmah Amsal 23:9 dan telah mengamalkannya.
Paulus telah berkhutbah di saumaah dan di tempat berdoa (Kis 16:13; 17:1-2), bukan di penjara. Ketua penjara yang Paulus dan Silas injili adalah di luar sel penjara, sementara mereka berada di dalam sel penjara (Kis 16:23-24). Itulah pelayanan penjara yang sebenarnya! Dan mereka menunggu untuk dia tanya tentang keselamatan. Mereka tidak dengan sentimental menjual agama kepada para pencuri dan para pembunuh di dalam sel-sel mereka. Ketika Paulus terpenjara di Rom di rumah sewanya, dia berkhutbah kepada semua yang datang kepadanya (Kis 28:30-31). Sesetengah orang bercakap seakan-akan Paulus harus menolak rumahnya sendiri dan bermohon supaya dia dicampak ke kurungan bawah tanah.
Banyak yang menyalahgunakan Matius 7:1, “Jangan menghakimi, supaya kalian tidak dihakimi.” Mereka menganggap ia mengutuk segala penghakiman. Tetapi Yesus dalam konteks berkata supaya menghakimi sesetengah orang seperti anjing dan babi dan menahan kebenaran daripada mereka (Mat 7:6). Dia mahu kamu untuk menghakim dengan penghakiman yang wajar (Yoh 7:24). Enam perkataan ini berkaitan dengan penghakiman persendirian bagi kesalahan yang peribadi, dan bukan dosa terhadap Allah. Maksudnya sebegini: jangan menghakimi kesalahan peribadi dengan kasar dan dengan munafik. Yesus menjelaskan ini di dalam empat ayat yang kemudian (Mat 7:2-5). Ayat ini langsung tidak mengutuk hal menghakimi orang bebal.
Kebenaran ada di banyak tempat. Ciptaan semula jadi berbicara tentang kuasa Allah yang kekal dan KeilahianNya. Manusia tidak berdalih. Tetapi ketika mereka menolak kebenaran yang ditawarkanNya, Dia menggelapkan minda mereka dan menyerahkan mereka kepada fikiran dan perilaku yang babil, seperti sodomi/liwat dan kekejian-kekejian yang lain (Rom 1:18-32). Jika mereka tidak mengasihi kebenaran, Dia menghantar pendayaan kuat untuk menyebabkan mereka percaya akan bohong dan menjadi terkutuk (2Tes 2:10-12). Bacalah itu! Percayalah itu!
Sudah tentulah, ini tidak diajar di Sekolah Minggu. Banyak gereja telah menolak kebenaran Alkitab untuk dongeng, dan Allah telah dengan adil menolak pemahaman daripada mereka dan menyerahkan mereka kepada kabus bayangan-bayangan mereka. Kebenaran pada zaman ini ialah pendapat setiap orang kecuali Firman Allah (2Tim 4:3-4). Allah telah memperdayakan para nabi, dan ada kebuluran firman Allah (Yeh 14:1-11; Amo 8:11-12). Paulus telah berdoa untuk menyembuhkan kejahilan sesetengah orang (Rom 10:1-3), tetapi dia memberitahu orang lain bahawa mereka boleh kekal jahil (1Kor 14:38).
Berhati-hati bagaimana kamu menerima amsal ini dan penjelasannya, sebab Puteri Hikmah hanya membenarkan suatu jangka masa yang tersingkap untuk kamu menunjukkan kasihmu untuk kebenaran dan hikmah. Jika kamu mengabaikan atau menolak tawarannya, dia akan undur dan mengabaikanmu atau menolakmu pada waktu kamu paling memerlukannya dan berseru kepadanya untuk bantuan (Ams 1:20-32). Kebenaran dan hikmah ialah hal yang cukup serius. Puteri Hikmah mahu kamu mengasihinya; jika kamu tidak, kamu pasti mengasihi maut (Ams 8:17,32-36).
Adakah kamu ingin menggalakkan kebenaran dan hikmah di bumi ini? Maka galak kebenaran di antara orang yang berhikmah, iaitu orang kudus Allah (1Kor 2:6; 1Tes 5:14; Yak 5:19-20). Masih tidak puas hati? Maka hidup suatu kehidupan kebenaran dan hikmah yang kudus dan tunggu untuk orang menanyamu akan sebab harapan yang menjadikanmu berbeza daripada yang lain (Ams 22:20-21; 1Pet 3:15). Tunjukkan dunia ini suatu kehidupan yang salih, dan tunggulah Allah untuk menginsafkan mereka. Apa pun yang kononnya perubahan tanpa penjanaan semula Allah ialah ilusi [tanggapan salah].
Hai pembaca, sudahkah kamu meninggalkan orang bebal dan menemui perlindungan di gereja yang hanya FirmanNya yang berkuasa (2Tes 3:6)? Sudahkah kamu mencari jalan-jalan dahulukala dan jalan yang baik (Yer 6:16)? Sudahkah kamu meninggalkan semua orang bebal, termasuk mereka yang berceramah di mimbar pada Hari Ahad? Adakah kamu ingin menyembah Yesus Kristus Alkitab, atau orang hipi yang keperempuanan dan yang berambut panjang di dalam buku cerita bergambar Alkitab (2Kor 11:3-4)? Misteri kesalihan dalam Kristus Yesus sungguh besar (1Tim 3:16), tetapi hanya bagi orang yang ada keinginan kudus baginya (Rom 1:8-15; 15:31).