Amsal · Proverbs

24:26
Setiap orang akan mencium bibir orang yang memberi jawapan yang wajar.

Ucapan yang cemerlang, jawapan yang wajar, dan kata-kata kebenaran ialah hal-hal yang indah. Manusia yang baik menanggap dan menghormati pemakaian bahasa yang demikian. Mereka akan mengasihi orang yang menjawab hal-hal dengan wajar dengan bibir yang mulia. Di sinilah matlamat untuk orang yang berhemat – ucapan yang cemerlang.

Lidah dan bibir – kemampuan berucap – ialah alat-alat yang cukup berkuasa untuk baik atau jahat. Dalam banyak amsal dan di tempat-tempat yang lain dalam Alkitab, manusia diberi amaran yang kuat terhadap pemakaian lidah dan menggesa untuk memakainya dengan berhikmah (Ams 10:19; 12:18; 15:4; 18:21; Yak 1:19; 3:2-10).

Salah satu jalan yang paling deret kepada hikmah dan kesalihan adalah untuk belajar ucapan yang cemerlang. Ucapan yang jahat atau yang bebal ialah bukti yang paling cepat dan yang paling jelas akan seorang bebal (Ams 17:28; 18:7; Pkh 5:3). Tetapi kata-kata dan jawapan yang baik orang yang mulia adalah indah seperti seni halus (Ams 10:20; 25:11).

Orang berhikmah dengan pemakaian mulutnya yang berakhlak mulia boleh memberi makanan berhikmah kepada banyak orang (Ams 15:4,23; 10:21). Dan orang baik mengasihi orang yang berbicara dengan baik (Ams 12:14; 16:13; 22:11; Ayb 6:25). Oleh konteks yang kecil amsal ini, lihatlah penekanan akan keindahan hakim yang memberi jawapan-jawapan yang wajar (Ams 24:23-25).

Ucapan yang cemerlang ialah pemakaian yang tekun peraturan Solomo. Ucapan yang cemerlang mewajibkan persiapan (Ams 15:28), pertimbangan (Ams 25:8), kerendahan (Ams 26:12), mengehadkan diri (Ams 17:27), budi bicara (Ams 26:4-5), kata-kata pasti akan kebenaran (Ams 22:21), dan sikap berbudi baik (Ams 22:11).

Salah satu peraturan asas untuk kejayaan profesional ialah ucapan yang berbudi baik yang datangnya dari hati yang suci (Ams 22:11), sebab orang yang berhikmah berbicara dengan berbudi baik (Pkh 10:12). Orang yang tinggi dan yang kuat pun akan menghormati orang yang berbicara dengan benar (Ams 16:13). Dapatkah kamu menambahbaikkan ucapanmu?

Salah satu peraturan asas bagi kejayaan perhubungan ialah ucapan yang berbudi baik. Seorang perempuan yang belajar untuk berbudi baik dengan kata-katanya akan selalu disanjungi orang lain (Ams 11:16; 31:26). Kata-kata yang lemah lembut dan yang perlahan memenangi hati orang lain, meskipun mereka marah (Ams 15:1; 25:15).

Paulus akan berkata, “Biar ucapanmu itu selalu berbudi baik, dan digarami, supaya kalian tahu cara untuk menjawab setiap orang” (Kol 4:6). Dia memahamitujuan dan objek ucapan untuk membina dengan murah hati dan dengan berbudi baik kepada pendengar (Efe 4:29). Adakah kata-katamu menyumbang kesihatan kepada para pendengar, atau adakah kamu meninggalkan mereka berdarah (Ams 12:18; 16:24)?

Tuhan Yesus merupakan Tuan dalam hal memberi jawapan yang wajar (Mat 22:46). Pertimbangkan dengan kenikmatan yang besar bagaimana Dia telah memberi jawapan kepada usaha-usaha kepada orang Yahudi untuk memerangkapNya dalam kata-kataNya, sebab Dia akan membingungkan mereka pada ketika itu juga. Ketika Dia berbicara secara umum, orang ramai menjadi tertakjub (Mat 7:28-29). Musuh-musuhNya pula berkata, “Tidak pernah adanya orang yang berbicara seperti orang ini” (Yoh 7:46).

Dia juga memberkati murid-muridNya dengan hikmah dan ucapan untuk membungkamkan musuh-musuh mereka, tanpa persiapan pun (Luk 21:12-15). Diaken Stefanus telah mengakibatkan kebencian besar orang Yahudi menimpa dirinya kerana ketidakmampuan mereka untuk membalas ucapannya yang berhikmah oleh Roh Kristus (Kis 6:10). Jika para pengkhutbahNya disebut sebagai adanya kaki yang indah (Yes 52:7; Rom 10:15), maka tidak mereka juga layak untuk dicium pada bibir sementara mereka membawa berita baik akan hal-hal yang baik?

Ia tugas Kristianmu untuk bertumbuh dalam kemampuan untuk mengajar dan mempertahankan kebenaran injil. Paulus menegur para orang kudus Ibrani kerana kekurangan kemajuan dalam hal mengajar (Ibr 5:12-14). Dan Petrus menggesakan para pembacanya untuk bersiap memberi jawapan yang munasabah, bukan perasaan, bagi harapan mereka dalam Yesus Kristus (1Pet 3:15). Hai pembaca, adakah kamu layak untuk ciuman pada bibir?