Amsal · Proverbs

24:27
Siapkan kerja kamu di luar, dan jadikan ladangmu sesuai bagi dirimu; dan selepas itu binalah rumahmu.

Dapatkan sara hidup sebelum mendapatkan seorang isteri! Mantapkan profesion [pekerjaan yang memerlukan didikan yang tinggi dan latihan khusus] kamu sebelum membeli sebuah rumah. Dapatkan suatu pekerjaan yang benar sebelum membeli sebuah trak. Keperluan diutamakan dahulu sebelum keselesaan. Penghasilan pendapatan datang sebelum perbelanjaan. Jaminkan punca pendapatan kamu sebelum masuk ke dalam projek yang mahal. Bersiap sebelum membina, supaya jangan kamu diperolok-olokkan kerana projek-projek yang tidak siap (Luk 14:28-30).

Betapa ajaibnya nasihat ini! Terima kasih Allah Yang Maha Besar. Di sinilah terkandung arahan yang sangat istimewa – jadilah cekap di dalam kerjayamu sebelum membeli sebuah rumah. Perniagaan-perniagaan pun boleh memperoleh manfaat daripada hikmah sebegini – mereka harus memasukkan pendapatan balik ke dalam syarikat sebelum mengisytiharkan dividen atau sebelum membina sebuah pejabat yang mewah. Sesungguhnya, pengkhutbah ini sangat berhikmah!

Dalam masyarakat pertanian di Israel, kebanyakan lelaki bekerja luar di ladang, sama ada berkebun ataupun menternak. Kain dan Habel mewakili dua industri di dalam masyarakat sebegini – seorang membajak tanah dan seorang lagi menternak domba (Kej 4:2). Tetapi kedua-dua mereka harus memilih salah satu usaha ini dan menjadi cekap di dalamnya supaya dapat menampung keluarga.

Seorang yang berhikmah akan memberitahu anaknya bahawa ada aturan yang betul di dalam kehidupan manusia. Dia harus mengenalpastikan panggilkan profesionnya dan memantapkan dirinya di dalam bidang itu sebelum melabur di dalam hiasan dan kemewahan rumahnya, yang akan menghanguskan wang daripada menghasilkan pendapatan. Banyak orang menjadikan keluarganya menderita dan sesetengah daripada mereka tak dapat dipulihkan kembali kerana menyongsangkan aturan dua peringkat hidup ini.

Kebanyakan orang Amerika tidak sabar untuk mengikut peraturan Salomo ini. Mereka ingin kelebihan itu sekarang; mereka ingin menunjuk-nunjuk rumah cantik sebelum bekerja untuknya; mereka ingin memandu kereta yang mewah sebelum mempunyai apa-apapun aset kewangan. Mereka tidak akan menabung dan menunggu; mereka kekurangan disiplin dan kekurangan kerendahan hati untuk mengekalkan hal-hal kehidupan di dalam aturan yang wajar; mereka ingin menikmati hidup sekarang!

Lelaki-lelaki muda tidak dapat nampak bahawa pengekangan diri sekarang membenarkan lebih masa dengan lebih kemewahan pada masa depan jauh lebih daripada hasil pemborosan bagi kenikmatan sekarang. Mereka melepasi hikmah ini kerana rabun jauh yang disebabkan oleh nafsu. Hakikatnya, pembelanja yang boros besar kemungkinan akan bekerja bagi perancang yang menguasai diri sendiri, yang akan bersara untuk menikmati rumah dan permainan-permainannya banyak tahun lebih awal daripada si penghutang yang akan bersara di dalam kemiskinan.

Seseorang lelaki muda tidak layak menerima keselesaan, kemewahan, atau hiburan kalau belum memiliki kerjaya yang berhasil, kewangan yang rapi dan teratur, dan semua hutang yang lain beres dulu. Tetapi ini menuntut penguasaan diri dan hikmah yang begitu jarang sehingga hanya beberapa lelaki muda sahaja yang mengikuti nasihat ini. Kebanyakan orang terlebih berbelanja, berpendapatan kurang dan hairan mengapa sendiri tidak dapat mengejar pencapaian rakan-rakan mereka yang ada lebih penguasaan diri.

Wang kredit yang mudah dan polisi [dasar] subsidi cukai bagi hutang menggalakkan pilihan-pilihan yang bebal ini. Kad kredit, bayaran ansuran bagi hutang, dan pinjaman yang mudah, menggoda mereka untuk membeli barangan pengguna dan rumah yang mahal mendahului persiapan profesional atau persiapan kewangan. Dan pelepasan cukai bagi bunga pinjaman lagi mendorong pilihan-pilihan yang berbahaya ini.

Penasihat-penasihat yang bebal menambahgandakan masalah ini dengan memanggil rumah sebagai suatu pelaburan. Hanya apabila kerajaan memberi subsidi untuk hartanah barulah aset yang menyusut nilai seperti rumah boleh naik harganya. Dan selepas itu nilai itu akan terus naik janji kerajaan memelihara harganya supaya tidak jatuh. Hakikat ekonomi yang telah menamatkan kepura-puraan ini telah terjadi di Amerika pada tahun 2007.

Matlamat seorang lelaki muda, secara teratur, sepatutnya adalah untuk mengenalpastikan kerjayanya, menjadi cekap di dalamnya, dan mendapatkan modal sebelum dia memikirkan kemewahan dan aset bapanya (Ams 19:14). Dengan pendapatannya terjamin, dia boleh mula fikir akan isteri dan rumah, tetapi jangan sebelum itu. Penghasilan pendapatan patut menjadi jauh lebih penting baginya daripada pemakaian pendapatan!

Seseorang lelaki muda yang menurut amsal ini tidak malu untuk memandu kereta terpakai dan hidup bersama ibubapanya. Dia ingin menumpukan perhatian kepada kerjanya dan mengumpulkan modal secepat semungkin. Dia tahu bahawa kecekapan profesional dan modal adalah lebih penting daripada kenikmatan dan keselesaan. Kereta mewah dan rumah membazirkan modal. Dia merancang untuk mendapatkan rumah, iaitu suatu rumah elok, secara lambat laun.

Rumah ialah kemewahan yang mahal seperti banyak ayah pun tahu. Ia adalah suatu beban yang bebal bagi seorang pemuda, kalau belum menjadi mantap di dalam profesionnya. Sebuah rumah pangsa, kereta terpakai, pakaian yang sederhana, dan hiburan yang sedikit sudah mencukupi. Rumah hanya menghasilkan perbelanjaan. Lembu jantan, atau dalam kata lain, apapun aset yang menghasilkan pendapatan, ialah pilihan yang lebih bijak daripada sebuah rumah, kecuali rumah itu adalah rumah dupleks (Ams 14:4).

Orang yang tergesa-gesa mengendalikan pilihan-pilihan yang besar ini dengan tidak menurut aturan yang betul mendedahkan diri kepada risiko mengalami kebinasaan kewangan (Ams 21:5; 28:20-22). Seorang ayah yang berhikmah tidak akan memberi anak perempuannya kepada seorang lelaki yang menyongsangkan keutamaan-keutamaan ini. Anak perempuannya akan menderita kekurangan dan menderita tekanan kewangan yang tidak perlu, sama seperti kebanyakan perkahwinan masa kini, di mana ayah tidak melindungi anak dengan sewajarnya melalui pemakaian hikmah amsal ini.

Yakub bekerja tujuh tahun untuk Rahel (Kej 29:18-20). Selepas tujuh tahun itu, dia telah mengumpulkan suatu dasar harta dan tanah dan telah membuktikan dirinya kepada bapa mentuanya. Hantaran kahwin bertujuan untuk menguji lelaki (Kel 22:16-17). Pemboros akan mendapati bahawa ia sungguh susah untuk mengahwini perempuan yang baik. Hanya lelaki muda dengan pertukangan/profesion yang berjaya dan dengan cukup modal boleh mengahwini anak-anak perempuan Israel yang lebih baik.

Biarlah semua pembaca berjaga-jaga. Ketekunan yang sabar ialah rancangan Allah bagi kejayaan kewangan (Ams 12:11; 27:23-27; 28:19). Siapkan hatimu untuk menahan pedoman bangsa yang damba dan yang tamak, iaitu “Beli sekarang, bayar nanti.” Raksasa hutang selalu kembali untuk membaham. Biarlah impian kamu menjadi impian memiliki suatu perniagaan atau suatu profesion, dan bukan impian memiliki rumah sendiri.

Yesus Kristus memelihara keutamaan-keutamaan amsal ini. Dia menyiapkan kerjanya terlebih dahulu, melaksanakannya dengan sempurna, dan menyelesaikannya. Barulah Dia mula membina rumahNya sendiri, iaitu GerejaNya (Mat 16:18). Dan Dia mula membina suatu tempat yang kekal bagi pengantin perempuanNya (Yoh 14:2-3). Tanpa pengorbanan nyawaNya terlebih dahulu, gereja dan syurga akan menjadi tidak mungkin dan tidak bermakna.