Amsal · Proverbs

24:28
Jangan menjadi saksi untuk menentang jiranmu tanpa apa sebab; dan jangan memperdaya dengan bibirmu.

Kamu boleh melukakan orang dengan perkataan. Atau kamu boleh melindungi mereka dengan menjaga pertuturanmu.Ia mudah untuk melukakan orang lain dengan gosip atau fitnah. Dengan melukakan reputasinya atau kesaksiannya, kamu dapat mengenakan kepedihan besar kepadanya atau keadaan yang tidak menguntungkan baginya. Sebahagian kesalihan dan hikmah adalah untuk menguasai mulutmu, supaya kamu tidak melukakan orang lain melalui niat jahat atau atau kurang berbudi bicara.

Situasi perundangan terjadi ketika kamu mungkin dipanggil sebagai seorang saksi untuk kemalangan, jenayah, atau perangai seseorang. Tugas kamu di hadapan Allah dan manusia adalah supaya kamu tidak bersaksi menentang orang tanpa apa sebab – seharusnya ada sebab yang wajar untuk mendedahkan apa pun tentang orang lain, terutamanya sesuatu yang negatif. Dan kamu patut tidak berbohong tentangnya, yang merupakan saksi yang palsu, hukum kesembilan daripada sepuluh hukum Allah kepada Musa (Kel 20:1-17).

Siapakah jiranmu? Jiranmu bererti lebih daripada hanya segelintir orang yang hidup berdekatanmu. Ia melibatkan juga mana-mana orang yang ditemuimu dalam jangka hayatmu, termasuk orang yang kamu mungkin tidak suka dan mungkin yang dianggap musuh kerana budaya atau bangsa (Luk 10:29-37). Itu termasuk rakan sekerja, ahli gerea, sanak saudara, rakan sebaya sekolah, warga negara, pekerja doktormu, dan semua orang yang seperti mereka.

Panggilan untuk bersaksi di mahkamah adalah jarang, tetapi penyelia atau pengurus yang memanggilmu untuk bersaksi tentang rakan-rakan sekerjamu tidak jarang. Adakah kamu bersiap untuk peristiwa sedemikian? Kamu patut memberitahu kebenaran yang hanya diperlukan kalau disuruh. Tetapi kamu tidak patut sesekali pun memakai kesempatan untuk merosakkan nama baik rakan sekerja supaya memajukan dirimu sendiri, sama ada dengan peristiwa yang sebenar atau dengan dusta. Salomo telah mengutuki itu (Ams 30:10).

Jangan sesekali mengabarkan hal-hal yang negatif tentang orang lain, kecuali perlu untuk sesetengah kekuasaan untuk dengan wajar menggiatkan jawatan mereka. Meskipun peristiwa-peristiwa itu benar, ia sudah salah untuk menyebarkan rahsia kepada orang lain, sehingga merosakkan reputasinya. Itu boleh menjadi seperti pembunuhan (Ams 18:8,21; 26:22). Apa yang sesetengah orang panggil sebagai gosip – Alkitab mengutuk sebagai dosa mengumpat, membawa mulut, dan berbisik.

Jika kamu tahu maklumat peribadi tentang orang lain, kekalkanlah itu pada dirimu sendiri. Hal peribadi yang kamu tahu tentang orang lain ialah rahsia. Para pembawa mulut suka bergerak untuk menyebarkan rahsia, tetapi orang yang setia menyembunyikannya (Ams 11:13; 20:19). Adakah kamu seorang pembawa mulut atau yang setia? Para pembawa mulut sungguh membinasa (Ams 18:8; 26:20,22). Allah membenci mereka dan dosa mereka (Ams 6:16-19; Ima 19:16).

Dosa membawa mulut, yang sesetengah orang panggil sebagai gosip, ialah mengumpat di dalam Alkitab. Mengumpat bererti memburuk-burukkan nama orang di belakangnya dengan mendedahkan rahsia tentangnya tanpa kehadirannya (Ams 25:23; Rom 1:30; 2Kor 12:20). Orang yang setia melindungi orang yang tidak hadir dengan mengelak pertuturan yang kritikal atau yang negatif tentang mereka (Maz 15:3; Ams 25:23).

Bercakap tentang orang lain juga dipanggil sebagai berbisik di dalam Alkitab, sebab perkongsian rahsia kepada orang lain dengan perbualan yang perlahan suaranya (Rom 1:29; 2Kor 12:20). Berbisik itu memudaratkan, kerana ia mengubahkan fikiran manusia untuk menentang kawan-kawan mereka (Ams 16:28; 17:9). Orang setia ialah orang yang melindungi dan yang berbudi – mereka benci perbuatan berbisik dan memilih untuk memuji sebaliknya. Mereka suka jiran-jiran mereka, yang merupakan perintah kedua yang paling agung.

Setakat ini, pelajarannya melarang untuk bercakap menentang jiranmu tanpa sebab yang baik. Peristiwa yang benar pun harus dikekalkan rahsia kecuali kamu harus mendedahkannya untuk sebab yang wajar (Mat 5:22). Memberitahu kebenaran yang melukakan reputasi ialah membawa mulut, mengumpat, dan berbisik. Walaupun dosa-dosa sedemikian tidak dipedulikan kerana kemerosotan moral di merata-rata, kamu masih boleh memandang hina itu.

Tetapi amsal ini juga mengutuk pertuturan yang memperdayakan. Ini ialah fitnah – mengabarkan dusta untuk menjadikan orang lain bermasalah atau untuk merosakkan nama baik mereka. Inilah maksudnya memberi saksi palsu, sebab kamu memperdaya dan berbohong untuk melukakannya. Orang bebal memfitnah orang lain (Ams 10:18; 25:18). Allah akan menghukum para saksi yang palsu (Ams 19:5,9; 21:28). Orang baik tidak akan memfitnah (Ams 14:5; 1Tim 3:11).

Seperti yang dinyatakan amsal kemudian (Ams 24:29), membalas dendam tidak patut menjadi sebahagian perbualan tentang orang lain. Kamu tidak harus mendedahkan rahsia tentang mereka atau memfitnah mereka dengan dusta, meskipun mereka telah tersalah laku terhadapmu padadahulu kala. Allah akan membalas salah mereka, jika mereka telah bersalah kepadamu, dan Dia memerintahkan supaya kamu meninggalkan hal itu kepadaNya (Ima 19:18; Rom 12:17-21). Dia akan membalas.

Walaupun ia tidak termasuk di sini secara langsung, mengampu juga merupakan pertuturan berdosa yang melukakan orang lain, sebab ia berpura-pura sayang atau memuji untuk tujuan yang memperdayakan. Para pelacur memakainya untuk menggoda lelaki muda (Ams 2:16; 5:3; 6:24; 7:5). Ia juga membinasakan (Ams 20:19; 26:28; 29:5). Ia suatu lagi bentuk berbohong dan memberi saksi palsu, kerana pujian itu tidak ikhlas langsung.

Pertimbangkan hikmah amsal ini! Lidahmu – kata-katamu – boleh menghiris dan melukakan orang lain, atau ia boleh menjadi kesihatan dan sukacita (Ams 12:18; 10:20-21; 16:24). Allah mendengar atau membaca setiap perkataan, dengan mengenal segala niat hatimu, maka berhati-hatilah (Maz 139:4; Ams 18:21). Ia sudah disebut dengan benar, jika kamu tidak boleh mengucap sesuatu yang baik tentang orang lain, maka jangan ucap apa-apa pun.

Sementara manusia berdosa banyak cara dengan mulut mereka, apakah yang akan dilakukanmu untuk menghentikan pengucap daripada melukakan orang lain? Kamu patut marah terhadap pengumpat dan memutuskan mereka daripada permainan mereka yang ganas itu (Ams 25:23). Sementara manusia kerap kali berbohong untuk sama ada melukakan atau menggoda, maka janganlah mudah tersinggung oleh apa yang didengarmu, baik menentang dirimu (Pkh 7:21-22) mahupun menyokong dirimu (Ams 26:24-25).

Kata-kata datangnya daripada hati, maka fikir baik tentang orang lain, dan barulah kata-kata yang berbudi akan keluar daripada bibirmu (Luk 6:45). Jagalah hatimu dengan tekun untuk matlamat ini (Ams 4:23). Selalu cakap benar (Ams 12:19,22). Hanya jadi kritikal kalau perlu untuk pihak berkuasa atau bagi keuntungan pendengar atau orang yang namanya disebut (Ams 21:28; 29:24; 9:8; 2Tim 4:14-15).

Ada seorang saksi yang selalu setia dan benar dan dinamakan demikian (Wah 1:5; 3:14; 19:11). Pada suatu hari kelak, Yesus Kristus akan menjadi satu-satunya pembela atau pengantara di hadapan Allah, iaitu Hakim semua orang (1Tim 2:5; Wah 20:11-15). Dia akan memberitahu kebenaran – dengan penuh dan dengan jujur. Dia akan mengutuk orang durjana (Mat 7:21-23). Dia akan memperbenarkan orang benar (Ibr 2:10-13). Kenalkah kamu Dia? Atau sebaliknya dan yang lebih penting, kenalkah Dia kamu (Gal 4:9; 2Tim 2:19)?