25:2
Ia kemuliaan Allah untuk menyembunyikan sesuatu: tetapi kehormatan raja-raja adalah untuk menyelami sesuatu perkara.
Allah ada hikmah yang tidak terhingga bagi segalanya. Dia bertindak dengan mulia tanpa menyatakan tujuanNya, tanpa mencari nasihat, atau mendedahkan perkara bagi penelitian orang awam. Para raja berbeza. Sementara mereka memahami sangat sedikit kalau dibandingkan Allah, mereka harus hanya bertindak selepas penyelidikan yang teliti dan pertimbangan yang cukup masak. Ia akan menjadi kebebalan untuk mereka bertindak sembarangan dengan menganggap diri sendiri berhikmah seperti Allah. Semua kekuasaan manusia harus mengikut contoh raja-raja yang berhemat itu.
Dunia bergerak menurut kehendak rahsia Allah, yang kamu hanya tahu sedikit (Ula 29:29). Dia tidak mencari nasihat atau mendedahkan perkara-perkara ini (Ayb 26:14; Rom 11:33), dan ada banyak hal sedemikian denganNya (Ayb 23:14; Maz 139:17-18). Hanya melalui wahyu Alkitab dan masa yang lama, kamu dapat belajar kehendak ini. Tetapi kamu telah diberi kehendakNya yang ternyata, yakni Alkitab, yang harus memimpin kehidupanmu dan mengesahkan segala keputusan (Ula 29:29).
TUHAN berurus secara persendirian dengan manusia, di dalam jiwa mereka, dan hanya secara jarang mendedahkan mereka kepada penghakiman orang lain. Dia kerap kali menyeksa manusia di katil mereka dan menghukum mereka di dalam fikiran mereka (Ayb 33:14-33). Dia memberitahu Abimelekh pada waktu malam supaya jangan menjamah Sara (Kej 20:3), dan Dia memberitahu Laban untuk berlembut dengan Yakub (Kej 31:24). Daud tahu bagaimana untuk memakai waktu-waktu yang persendirian ini dengan Tuhan (Maz 4:4; 42:8; 63:6; 77:6; 119:147-148; 139:17-18).
Allah mengampunimu setiap hari, untuk dosa yang besar dan dosa yang kecil, tanpa mendedahkannya kepada sesiapa pun. Bagi itu kamu harus sangat bersyukur, dan kamu harus melihat juga kemuliaanNya yang besar di dalam penyembunyian yang sebegitu bermurah hati. Ketika kamu ada peluang untuk melangkau dan menyembunyikan kesalahan-kesalahan peribadi terhadap dirimu, itu juga kemuliaanmu (Ams 17:9; 19:11). Tetapi ia tugasmu, dengan kekuasaan yang Dia mungkin telah memberimu di dalam suatu jawatan atau peranan, untuk menyelami perkara-perkara dan mengurus itu dengan berhemat menurut hikmah Alkitab.
Seorang raja yang mulia harus mengumpulkan semua fakta, memanggil penasihat yang berhikmah, menyiasat kesaksian-kesaksian, mengulangkaji duluan,pertimbangkan kesan-kesan, dan membuat pertimbangan sebelum membuat kesimpulan dan melaksanakan penghakiman. Solomo berbuat sungguh berhikmah ketika berurus dengan dua orang pelacur (1Raj 3:9-28). Ahasyweros berbuat demikian berkenaan pemberontakan Wasti (Est 1:12-21), tetapi dia gagal ketika dia bergegas untuk meluluskan rancangan balas dendam Haman terhadap orang Yahudi (Est 3:8-15).
Allah memberitahu Musa bagaimana para penguasa harus berurus dengan khabar angin (Ula 13:12-18). Mereka harus bertanya tentangnya, membuat siasatan, dan tekun mencari jawapan. Jika siasatan mereka menunjukkan perkara itu benar dan pasti, maka mereka harus melaksanakan penghakiman yang wajar. Prosedur-prosedur yang sama harus dilaksanakan bagi perkara kesaksian-kesaksian yang bercanggahan (Ula 19:15-21). Ayub, orang yang sempurna dan yang benar, mengikut prosedur yang salih itu (Ayb 29:16).
Setiap pihak berkuasa harus meneladani raja yang mulia ini. Ibubapa harus menyelami perkara-perkara yang berkaitan dengan anak-anak mereka. Anak-anak tidak ada hak; mereka ada tanggungjawab dan keistimewaan. Jika ada sebab untuk curiga, atau tidak, ibubapa yang berhikmah akan membuat siasatan yang tekun untuk mengesahkan atau untuk menginsafkan. Suatu dosa yang tercabut akarnya, sebelum ia menjadi pokok beracun yang besar, adalah lebih mudah untuk diperbetulkan bagi kedua-dua pihak ibubapa dan anak.
Ayah yang tidak menyelami perkara, tetapi menyembunyikan kepalanya di dalam pasir, bukanlah ayah yang layak untuk pangkat itu. Dan dia akan menemui keaiban yang pedih (Ams 29:15,17). Ayah yang percaya segalanya yang dia dengar tanpa siasatan yang teliti menyanjungi kepandiran (Ams 14:15). Daud dengan bebal membiarkan Adonia sungguh jauh melibatkan diri dalam pemberontakan tanpa disoal, dan itu telah menyebabkan kehilangan nyawanya (1Raj 1:6; 2:10-25). Biar setiap ayah yang membaca amsal ini menjadi penyiasat yang mulia.
Tujuan dan hikmah penguasa yang manusia adalah untuk menyiasat segala perkara dengan teliti, supaya memerintah dan melindungi rakyatnya dengan wajar. Allah tidak berniat untuk mengadakan pemerintahan yang sembarangan dan/atau yang terlampau suka menguasai ketika Dia mentahbiskan lima lingkungan kekuasaan manusia. Pemerintahan tidak diberi untuk kesenangan orang yang sedang memerintah, tetapi untuk perlindungan dan penyempurnaan orang yang di bawah kekuasaan. Ayub yang benar pun mempertimbangkan perbalahan hamba-hambanya (Ayb 31:13-15).
Aspek kekuasaan Kristian yang mulia ini haruslah setiap majistret, tuan, ayah, suami, dan pastor masukkan di dalam perlaksanaan jawatan mereka. Sementara kadar pelayanan kepada orang di bawah kekuasaan berbeza dari pangkat ke pangkat, aspek ini ialah bahagian yang penting untuk memakai kekuasaan yang Allah beri dengan cara yang kudus. Sebagai contoh, tuan memerintah keadaan bergaji bagi keuntungan syarikat dan diri mereka sendiri, tetapi mereka juga keberhutangan untuk memakai keadaan dan situasi itu dengan saksama dan dengan adil (Efe 6:9; Kol 4:1).
Tuhan Yesus Kristus beroperasi pada tahap yang kamu sendiri tidak dapat terangkan. Dia membelah di antara sendi dan sum-sum dan di antara jiwa dan roh (Ibr 4:12-14). Segalanya telanjang dan terdedah kepadaNya, tetapi Dia Sendiri berdiam di dalam cahaya yang tidak seorang pun dapat mendekati (1Tim 6:16). Dia menyelami batin dan hati (Wah 2:23). Sebalik daripada mengadakan Dia memperlihatkan dosa-dosa rahsiamu sementara cuba menyembunyikannya, bukalah hatimu kepadaNya dan rayu kepadaNya untuk membuat penyelaman hati yang berbelas kasihan dan yang membantu (Ayb 34:31-32; Maz 26:2; 139:23-24).