Amsal · Proverbs

25:22
Sebab kamu sedemikian sedang menimbun bara api ke atas kepalanya, dan TUHAN akan mengganjarimu.

Berbuat baik kepada musuh peribadi adalah betul dan berhikmah (Ams 25:21). Ia membuktikan bahawa kamu anak Allah, sebab kamu menunjukkan kemurahanNya, meskipun kepada orang yang membenci dan yang melayanimu dengan jahat. Ia cara yang terbaik untuk melayani musuh, sebab ia sama ada melebur kebencian mereka atau mengeraskan lagi kedurjanaan mereka. Tetapi tidak kira bagaimana balasan mereka terhadap kemurahanmu, TUHAN akan memberkatimu bagi perbuatan-perbuatan baik itu.

Hukum Allah kepada Israel oleh Musa termasuk kemurahan kepada para musuh peribadi (Kel 23:4-5). Tetapi kepada orang Farisi, orang durjana yang cabul di dalam hati mereka yang rosak, mengajar apa yang bertentangan. Mereka mengajar bahawa manusia patut mengasihi jiran-jiran mereka, kawan-kawan mereka, dan membenci musuh-musuh mereka (Mat 5:43). Tetapi Tuhan Yesus Kristus menyangkal fikiran mereka yang humanistik [kemanusiaan] dan sebaliknya mengajar kesalihan yang sempurna.

Dia berkata, “Tetapi aku berkata kepadamu, Kasihilah musuh-musuhmu, berkatilah mereka yang mengutuk kalian, lakukanlah kebaikan kepada mereka yang membenci kalian, dan berdoalah bagi mereka yang memakai kalian dengan niat jahat, dan yang menganiaya kalian” (Mat 5:44). Allah menunjukkan kemurahan yang alamiah harian kepada para musuhNya, maka tindakan-tindakan demikian menunjukkan bahawa kita merupakan anak-anak Allah (Mat 5:45). Mengasihi hanya kawan-kawanmu tidak membuktikan apa-apa, sebab semua orang berdosa pun berbuat demikian (Mat 5:46-47). Orang yang sempurna akan mengasihi musuh-musuh mereka (Mat 5:48).

Ketika orang alamiah, dengan hati yang durjana yang diwarisi daripada Adam, ada musuh yang peribadi, mereka akan memikir untuk berbalas dendam. Tetapi Allah mengutuk fikiran yang demikian (Rom 12:17-19; 1Tes 5:15). Dia mengarahkanmu untuk melayani musuh-musuhmu dengan baik (Ima 19:18; Rom 12:20-21). Ini selalunya merupakan akhlak orang yang salih (Ayb 31:29-30; Maz 35:11-14). Orang Samaria yang baik telah menunjukkan kemurahan yang hebat kepada musuh terhadap bangsanya dan terhadap agamanya – orang Yahudi (Luk 10:25-37; Yoh 4:9; 8:48).

Dua perkara terjadi daripada tindakan yang sebegitu baik terhadap musuh. Pertama, kamu menimbun bara api ke atas kepala mereka. Metafora ini merujuk kepada amalan purba meleburkan bijih timah untuk logam yang berharga. Mengenakan kehangatan kepada bijih timah akan menyebabkan logam yang diingini untuk melebur lalu bebas daripada sanga dan tahi lebur. Sementara bijih timah selalunya diletak atas api untuk memperoleh isinya yang berharga, batu-batu arang yang membara sekali-sekala dicurahkan ke atas bijih timah untuk menambahkan lagi kehangatan.

Kemurahan yang sejati dan yang ikhlas, yang tidak biasa dan yang tidak diharapkan, mungkin melebur hati seorang musuh (Ams 15:1). Ia mungkin menarik keluar logam-logam yang berharga iaitu perasaan salah, malu, dan pertaubatan. Ia mungkin menyebabkan dirinya untuk mempertimbangkan layanannya yang keras kepadamu, merasa kepedihan panas kekesalan, dan merayu untuk pengampunan. Kemurahan Daud kepada Saul meleburkan hatinya yang keras dua kali (1Sam 24:1-22; 26:1-25), dan pujian Gideon bagi kaum Efraim meredakan kemarahan mereka (Hak 8:1-3).

Kemurahan yang berbudi baik terhadap seorang musuh mungkin juga mengeraskan hatinya dalam kedurjanaan, jika tiada apa-apa pun belas kasihan alamiah di dalam hati itu. Api pelebur kerap kali menyatakan kekurangan logam yang berharga. Kehangatan yang bersuhu tinggi mengeraskan sanga dan membakar tahi lebur. Demikian juga kemurahan lemah lembut orang baik mungkin mengeraskan orang durjana yang cukup cabul. Kata-kata Yesus yang bermurah hati tidak meleburkan hati orang di Nazaret (Luk 4:16-30), dan penyembuhan Dia bagi telinga yang tertetak di Getsemani tidak memperlahankan rancangan-rancangan jahat orang Yahudi di sana (Luk 22:51).

Sama ada bara api melebur hati si penindas ataupun mengeraskannya dalam kenakalannya, TUHAN akan mengganjari orang yang melayani musuh-musuh peribadinya dengan kemurahan. Allah Yang Berbahagia menyampaikan sinaran matahari dan hujan kepada kedua-dua kawanNya dan musuhNya, dan Dia senang hati ketika anak-anakNya berbuat kebaikan yang serupa denganNya. Meskipun penganiayaan musuh pedih, jangan lupa bahawa Allah akan memberkatimu.