Amsal · Proverbs

25:21
Jika musuhmu lapar, berilah dia roti untuk dimakan; dan jika dia haus, berilah dia air untuk diminum:

Semua anak Allah sila berdiri menampil diri. Di sinilah ujianmu. Adakah kamu mengasihi musuhmu? Adakah kamu melayani musuh-musuhmu dengan baik, ketika mereka ada keperluan? Sifatmu yang berdosa itu meluat pada fikiran yang sebegitu tidak mementingkan diri sendiri, tetapi hikmah dari syurga mengajar dengan lebih baik. Biar anak-anak Allah yang sejati berdiri menampil diri.

Betapa tingginya dan mulianya tahap piawai yang dikemukakan Salomo di sini! Mana satu agama pagan atau kitab suci yang dapat menandingi takrif kasih ini? Orang yang alamiah ingin mengehadkan kasih kepada orang yang mengasihinya dan mengehadkan layanan kepada orang yang akan membalas baik (Luk 6:32-34). Maka orang Farisi mencabuli firman Allah dan mengajar bahawa kamu patut membenci musuh-musuhmu (Mat 5:43).

Yesus mengulangi amsal yang kudus ini, ketika Dia berkata, “Kasihilah musuh-musuhmu”. Dia menegur hati nalurimu yang berdosa dan mengajar bahawa Allah menyampaikan hujan dan sinaran matahari kepada kedua-dua musuh dan sahabat (Mat 5:43-48). Supaya kamu dapat menjadi seperti Bapa Syurgawi, kamu harus berbuat serupa denganNya. Kamu harus mengasihi musuh-musuhmu dengan melayani mereka dengan baik. Paulus juga mengajar pelajaran ini (Rom 12:17-21).

Banyak yang fikir bahawa Yesus mengajar suatu jenis kewajaran baru, tetapi Salomo mengajar kebenaran yang sama itu 900 tahun lebih awal dalam amsal ini. Musa mengajarnya 1500 tahun lebih awal (Kel 23:4-5). Mereka yang fikir bahawa Yesus telah mengajar suatu injil yang baru tentang kasih adalah salah – hikmah dan kesalihan tidak pernah berubah. Allah dan anak-anakNya selalu melayani musuh-musuh dengan baik. “Perintah baru” kasih hanya baru dalam penekanannya, contohnya, dan buktinya (Yoh 13:34-35; 1Yoh 2:7-11).

Yang disebut dalam amsal ini bukanlah musuh-musuh negara atau musuh-musuh sivil. Pada zaman Wasiat Lama, musuh-musuh Israel harus dihapuskan. Di dalam Wasiat Baru, negara-negara harus melindungi diri sendiri dengan mengalahkan musuh-musuh (Luk 3:14; Rom 13:4-5). Kerajaan sivil masih berperang untuk melindungi rakyat mereka, dan mereka masih menjatuhkan hukuman mati kepada penjenayah yang layak melalui undang-undang sivil.

Peraturan ini tidak mengubahkan kekuasaan atau hukuman sama sekali. Ibubapa masih mendisiplinkan anak-anak mereka tanpa mempedulikan amsal ini, sebab ia tidak berkenaan kepada mereka. Gereja-gereja masih mendisiplinkan ahli-ahli tanpa mempedulikan amsal ini, sebab ia tidak berkenaan kepada mereka juga. Objek yang sedang dirujuk oleh amsal ini ialah bagaimana setiap orang melayani musuh-musuh peribadinya bagi pelanggaran-pelanggaran.

Perintah-perintah untuk mengasihi jiranmu termasuk musuh-musuhmu. Yesus berkata seluruh hukum tergantung pada dua perintah yang pertama, dan Dia betul. Ketika ditanya untuk mentakrifkan jiran, Yesus menceritakan kisah Orang Samaria yang Baik yang membantu orang Yahudi yang terluka, dan itu jawapan yang sungguh mendalam, sebab orang Yahudi dan orang Samaria bermusuhan (Luk 10:25-37; Yoh 4:9).

Adakah Allah membenarkan dendam dan kepahitan dalam hatimu, sementara kamu tidak boleh menyentuhi musuh-musuhmu kerana keadaan-keadaan yang tidak mengizinkan? Sama sekali tidak (Ima 19:18; Yak 5:9)! Salomo lagi mengajar di tempat yang lain bahawa kamu tidak harus bersukacita ketika musuh-musuh peribadimu mengalami masalah (Ams 24:17). Ayahnya, Daud, telah mengamalkan peraturan ini dengan baik-baik (Maz 35:11-16). Adakah kamu berdukacita ketika musuh-musuhmu bermasalah? Adakah kamu bersukacita ketika musuh-musuhmu diberkati?

Adakah pelajaran di sini suatu larangan membalas jahat kepada musuh semata-mata? Adakah ia suatu peringatan untuk mengharapkan yang baik bagi musuhmu semata-mata? Langsung tidak bagi dua soalan tersebut! Ia melebihi dua perkara itu; ia mengajar perlaksanaan yang positif. Berdoa bagi musuh ialah sesuatu perkara yang baik, tetapi melayaninya jauh melebihi perkara baik itu.

Bagaimanakah kamu dapat belajar perkara tersebut? Pelajaran ini mulia sepenuh-penuhnya dan bermanfaat, tetapi siapakah yang dapat mengubahkan nafsu hatinya untuk pembalasan supaya memberi makan kepada musuhnya? Lebih baik kamu menciptakan sebuah bumi yang baru! Tetapi rahmat dan kekuatan Allah cukup bagi itu (2Kor 12:9; Flp 4:13).

Mengapakah kamu harus berbuat sesuatu yang sebegitu asing kepada hati naluri yang alamiah? Supaya menjadi anak-anak Bapamu di Syurga (Mat 5:43-48), untuk sama ada melebur ataupun mendukakan hati musuhmu oleh kemurahanmu (Ams 25:22; Rom 12:20), untuk mengatasi kejahatan mereka oleh kebaikanmu oleh Roh (Rom 12:21), dan untuk menjamin ganjaran TUHAN (Ams 25:22)! Apa lagi yang dapat diinginimu? Berkat-berkat Allah ada di atas orang yang memberi balasan memberkati orang yang mencacinya (1Pet 3:8-11).

Ah, hai pembaca, dapatkah kamu bersyukur untuk musuh-musuhmu? Jika kamu tidak mempunyai musuh, bagaimanakah kamu mungkin menunjukkan akhlak dan rahmat Allah Yang Maha Kuasa dan memenangi berkat perenggan yang sebelum ini? Paulus telah belajar pelajaran ini dan menikmati cercaan dan penganiayanaan yang diharunginya dan telah menaklukinya dengan rahmat Allah (2Kor 12:10).

Tanpa adanya orang yang berbuat jahat kepadamu, sebagai contoh seorang bos atau seorang majikan, kamu tidak boleh menunjukkan Allah apa pun kesetiaan atau layanan yang layak untuk pujian (1Pet 2:18-23). Percabulan oleh musuhmu ialah berkatmu, sebab ia memberimu suatu peluang untuk melangkah lebih dekat kepada Yesus dan syurga.

Selidikilah dirimu dan kenalpastikan orang yang merupakan musuh-musuhmu yang peribadi – orang yang membencimu, memakaimu dengan hina, mengutukmu, atau menganiayamu. Ampunilah mereka, berdoa bagi mereka, dan bertekad dan merancang untuk membantu mereka bagi mana-mana keperluan mereka. Kamu mampu melakukan itu oleh rahmatNya.

Dengarlah Yesus berkata, “Hai kawan, untuk tujuan apakah kamu datang?” kepada musuhnya yang telah membelotinya untuk beberapa keping wang perak (Mat 26:50). Yesus lebih lanjut mengharapkan pengampunan bagi askar-askar yang telah menyalibkanNya (Luk 23:34), dan diaken Stefanus mengikuti teladan Tuhannya dengan berdoa bagi orang yang telah melempari batu kepadanya sampai mati (Kis 7:60). Dapatkah kamu, akankah kamu, menjadi seperti mereka?

Tetapi Yesus berbuat jauh lebih banyak daripada tindak laku kemurahan yang luar biasa tersebut – Dia telah mati untuk para pendosa ketika mereka masih musuh sengitNya (Rom 5:6-10). Hai pembaca, jika kamu percaya dirimu seorang anak Allah, maka ikutilah jejak Tuanmu dan tunjukkan itu melalui perbuatan mengasihi musuh-musuhmu dengan positif.