Amsal · Proverbs

25:23
Angin utara menghalau hujan: demikian juga muka marah kepada lidah yang mengumpat.

Kemarahan adalah baik ketika adanya orang mengkritik orang yang tidak hadir. Jadilah marah! Beritahu orang itu untuk berhenti memburuk-burukkan nama orang lain. Beritahu orang yang menyerang dari belakang untuk berhadapan dengan orang yang tidak hadir itu. Beritahu dia, jika dia tidak dapat mengatakan apa pun yang baik, maka janganlah mengatakan apa pun sama sekali.

Hal mengumpat ialah perbuatan menurunkan nilai orang, memfitnah, atau bercakap buruk tentang orang yang tidak hadir. Allah membenci itu, dan Dia mengutuk itu di beberapa tempat (Maz 15:3; Rom 1:30; 2Kor 12:20). Ia kerap kali dijelaskan oleh dosa-dosa yang sama tentang memfitnah, membawa mulut, dan membisik (Ams 6:19; 10:18; 11:13; 16:28; 17:9; 18;8; 20:19; 26:20-22; Ima 19:16; Maz 50:20; Rom 1:29; 2Kor 12:20).

Orang yang bebal atau yang durjana mengkritik orang lain ketika tidak hadir supaya dapat mengampu diri mereka sendiri. Jika mereka dapat membinasakan nama baik akhlak orang lain, mereka fikir itu menjadikan mereka nampak lebih baik dan mengurangkan persaingan mereka, walaupun hanya di dalam fikiran mereka yang durjana. Kamu patut mengerahkan usaha-usaha yang kuat untuk melindungi dan mempertahankan sesiapa pun yang tidak hadir, sama seperti kamu harap orang lain akan melindungi dirimu.

Apakah itu hal mengumpat? Ia merupakan perbuatan menyebarkan hal tentang seseorang tanpa dirinya hadir yang merosakkan reputasinya. Mengumpat tidak diperbenarkan meskipun fakta-fakta yang diucapkan itu benar, sebab kebenaran juga boleh merosakkan reputasi, yang merupakan inti jenayah itu. Kegagalan di dalam sejarah patut kekal ditanam kecuali ia wajib sepenuh-penuhnya untuk mendedahkannya (Ams 10:12; 16:28; 17:9). Kamu patut melindungi dan memperkasakan setiap orang punya reputasi sejauh semungkin. Allah memberkatimu.

Orang benar tidak akan mengizin hal mengumpat berlaku di depan diri mereka. Mereka membenci dosa di dalam diri mereka, dan mereka membenci itu di dalam orang lain. Mereka harus memperbetulkan perbuatan salah, dan mereka mahu melindungi perangai semua orang. Jika mereka mendengar hal mengumpat, mereka akan menghentikan dengan wajah marah yang tidak berkenan kepada itu, sebab ia tugas orang salih untuk memberi amaran kepada orang yang tidak tertib (1Tes 5:14). Jika orang yang bersalah itu berada di bawah kekuasaan mereka, mereka akan memperbetulkannya atau menjauhkan si pelaku jahat itu (Maz 101:4-6).

Bukan semua tuduhan atau hal menyatakan fakta-fakta tentang orang lain ialah hal mengumpat. Memberitahu pihak berkuasa demi kebenaran, mendedahkan individu yang berbahaya, melindungi orang yang tidak bersalah, membantu orang yang bersalah, mencatatkan sejarah dengan kewajaran, contoh-contoh yang berhemat, atau bersaksi di mahkamah ialah tindakan melaporkan kesalahan orang lain yang diperbenarkan (Ima 5:1; Ula 13:12-18; Mat 18:16; Kis 15:36-41; 1Kor 1:11; Gal 2:11; 1Tim 1:20; 2Tim 4:10,14; 3Yoh 1:9).

Solomo tahu tentang cuaca (Pkh 1:5-7), dan dia tahu angin dari utara menghalau hujan di Israel. Elihu telah menulis di dalam kitab Ayub, “Cuaca yang baik datangnya dari utara” (Ayb 37:22). Kedua-dua saksi itu membentuk iman kita. Bagi Palestin, angin utara adalah dingin dan baik, angin selatan hangat, angin barat lembab, dan angin timur kering.

Banyak pengulas atau orang yang menulis komentar akan ayat ini mencabuli firman-firman Allah, sama seperti si ular di Taman Eden, dengan menjadikan klausa pertama ayat ini berbunyi: “Angin utara membawa hujan”. Tetapi seorang budak pun tahu bahawa mereka salah, dengan membuat perbandingan dengan keselarian klausa yang kedua itu. Mungkinkah muka marah membawa hal mengumpat, atau menghalau hal mengumpat? Biar Allah benar!

Bagi hiburan, pertimbangkan ITB, “Angin utara membawa hujan, bicara secara rahasia muka marah”. Bagaimana pula dengan AVB? “Angin utara menghasilkan hujan, dan lidah fitnah menghasilkan muka marah”. Bagaimana pula dengan versi New King James yang mencuri nama versi King James? “The north wind brings forth rain, and a backbiting tongue an angry countenance”, iaitu, “Angin utara menghasilkan hujan, dan lidah yang mengumpat membawa wajah yang marah”. Jika lidah yang mengumpat menyebabkan wajah yang marah, maka apakah pelajarannya? Biar Allah benar!

Kasihan John Darby yang paling keliru, meskipun pada waktu sebelum dia mula membuat spekulasi akan nubuat-nubuat Alktiab. Dia meneka-neka pada terjemahan Amsal 25:23 lalu menerbitkan Alkitab Darby, “The north wind bringeth forth rain, and the angry countenance a backbiting tongue”, iaitu, “Angin utara menghasilkan hujan, dan wajah yang marah lidah yang mengumpat”. Bagaimanakah mungkin suatu wajah yang marah menyebabkan hal mengumpat? Biar Allah benar! Allah telah menghapuskan keangkuhan para pengkritik teks ini dengan mendedahkan kebebalan mereka kepada semua orang (1Kor 1:19-20; 3:19-20).

Jika orang berhikmah dan orang benar memenuhi peraturan amsal ini, maka akan adanya kurang perbuatan menurunkan nilai orang dan memfitnah reputasi. Orang baik akan adanya nama yang tidak tercela, dan orang jahat akan didedahkan sebagai orang yang lebih rendah daripada mereka. Setiap pembaca yang ada hati nurani yang baik akan memastikan bahawa dia ada kesan pengekalan damai di dunia ini dengan membungkamkan semua lidah yang suka mengumpat.