25:24
Ia lebih baik untuk berdiam di sudut bumbung rumah, daripada berdiam di rumah luas bersama seorang perempuan yang bergaduh.
Kesunyian lebih baik daripada berkahwin dengan perempuan yang jelek. Seorang isteri yang bertengkar menghisap hidup keluar daripada jiwa seseorang lelaki dan meninggalkannya dengan kepedihan dan keradangan. Ada beberapa perkara yang lelaki tidak dapat tahan dan yang membinasakan damai sejahtera di bumi; seorang perempuan jelek ialah salah satu daripadanya. Dia bersopan ketika berdating, tetapi sesudah tamatnya pernikahan, mangsanya yang kasihan bangun untuk mendapati dirinya berada di perkahwinan yang neraka (Ams 30:21-23).
Salomo ialah seorang lelaki, dan dia telah menulis sebagai seorang lelaki kepada anak lelakinya. Dia kerap kali memberi amaran tentang perempuan yang jelek dan yang lacur. Kedua-dua jenis perempuan tersebut membinasakan lelaki. Dia memerhati perempuan jelek membinasa kehidupan lelaki (Ams 11:22; 12:4; 14:1; 19:13; 21:9,19; 27:15-16). Dia dia memerhati perempuan lacur membinasakan kehidupan lelaki (Ams 2:16-19; 5:3-23; 6:24-35; 7:6-27; 9:13-18; 22:14; 23:27-28; Pkh 7:25-29). Allah memakai ibu permaisuri untuk menulis tentang perempuan yang sempurna (Ams 31:1,10-31).
Salomo mengenal bahawa Allah telah menciptakan perempuan untuk membantu dan untuk menyenangkan lelaki (Kej 2:18; 1Kor 11:3,7-9). Bencana terjadi ketika makhluk yang telah ditahbis untuk menghibur dan menggalakkan lelaki menjadi pula musuhnya dan mimpi ngerinya yang paling teruk – mimpi ngeri yang tiada pelepasannya, sebab perempuan ini berdiam di rumahnya, menghancurkan hatinya, menghanguskan wangnya, membingungkan jiwanya, mencemarkan anak-anaknya, dan masih harap untuk tidur di katilnya pada waktu malam. O alangkah baiknya untuk menjadi bujang semula, tetapi ia terlalu lambat!
Apakah bumbung rumah dalam amsal ini? Rumah dahulu ada bumbung yang rata, yang dapat dipakai untuk tempat yang sunyi, tetapi mendedahkan seseorang kepada segala jenis cuaca. Matahari mungkin membakar dirimu, angin mungkin menyeksa, hujan membasah, dan suhu dingin akan menjadikanmu terlalu sejuk. Tetapi untuk mengerekot di sudut bumbung sedemikian ialah pilihan hidup yang lebih baik daripada berdiam di bawah bumbung dengan perempuan yang suka bertengkar, tidak kira betapa luas ruangnya dan betapa selesanya ruang tamu itu.
Apakah maksudnya perempuan yang bergaduh? Ia bukan perempuan yang bertinju secara profesional, memulakan gaduh dengan jiran, atau menyerang suaminya dengan gigi, gada, atau pisau. Ia isteri yang tidak dapat merehatkan sesuatu hal, tidak dapat berhenti mengemukakan pendapat, tidak dapat tunduk kepada keputusan-keputusan suaminya, tidak dapat berhenti menyoal segalanya yang dia buat, tidak dapat berhenti memperbetulkan butir-butir yang tidak penting ketika suami bercakap, dan sebaliknya memburu kesalahannya dengan tidak berbelas kasihan.
Ketika menulis amsal-amsal lain tentang perempuan tersebut, Salomo memakai perkataan marah (Ams 21:19), suka berbalah (Ams 19:13; 21:19; 27:15), dan titisan yang berterusan (Ams 19:13; 27:15) untuk menerangkan sifat perempuan demikian. Isteri yang jahat ini mudah marah, bertengkar dan menyerang apa pun yang diucap atau yang dibuat suaminya, dan terus-menerus meleter sahaja. Dia banyak bercakap, bercakap dengan lantang, suka berpendapat, menyoal segala sesuatu, memperbetulkan suaminya dan anak-anaknya, khuatir akan butir-butir, lekas bertengkar, mudah mahu mempertahankan diri sendiri, ingat akan kesalahan-kesalahan silam, kurang meminta maaf, atau dengan sikap suka memperbenarkan diri berpaling ketika kalah.
Kamu telah mendengar dan melihat perempuan ini. Kamu sudah pasti ada tali persaudaraan dengan salah seorang perempuan yang demikian. Harap-harap dia hanya tiga pupu, dan bukan seorang isteri, ibu, adik, kakak, makcik atau nenek. Bau dia tidak dapat disembunyikan (Ams 27:15-16). Berapa banyak kecantikan pun tidak dapat menutupi bau busuknya (Ams 11:22). Keluarga tahu bahawa dia jelek dan suaminya ialah mangsa salah satu kutuk kehidupan yang paling besar (Ams 30:21-23). Allah telah menaruh dia di keluargamu untuk mengajar anak-anak lelakimu apa jenis perempuan yang harus mati bujang.
Hai lelaki yang bujang! Jangan membenci keadaan bujang. Ia jauh lebih baik daripada berkahwin dengan makhluk yang jelek dan yang menjengkelkan ini. Mengapakah adanya banyak lelaki yang mabuk bekerja atau ketagihan dengan hobi? Kerana melakukan apa pun, di mana-mana tempat yang lain adalah lebih baik daripada berada di rumah dengan perempuan tersebut. Kesunyianmu tidak dapat dibandingkan kepada kepedihan lima puluh tahun di perkahwinan yang neraka. Bersukacitalah! Waktu makanmu ada damai sejahtera, dompetmu sedang bertambah, rumahmu tenteram, dan katilmu menyenangkan.
Hai lelaki yang bujang! Apakah yang dapat kamu buat? Ujilah mana-mana perempuan dengan baik-baik sebelum berfikir tentang perkahwinan. Kehidupanmu bergantung kepadanya. Jika kamu ragu-ragu akan hikmah ini, maka cuba berdiam di sudut bumbung rumah untuk semalam, yang tidak seteruk dengan berdiam dengan perempuan buruk. Selidiki setiap jodoh punya ibu untuk bau jelek. Ujilah setiap jodoh kerap kali. Sikap jeleknya sekarang boleh menyelamatkanmu daripada roh yang remuk dan kehidupan yang rosak kelak. Biar perempuan ini berada di sekeliling lelaki yang sudah berkahwin, kerana deria bau lelaki-lelaki tersebut lebih peka daripada deria bau kamu.
Hai lelaki yang bujang! Percayalah ayahmu yang salih. Dia telah berkahwin lebih lama daripada kamu hidup. Pengalamannya bernilai berjuta-juta. Dia mementingkan kepentinganmu. Dia berfikir bagi jangka masa yang lebih panjang. Dia tiada emosi yang mengaburkan penghakimannya. Hormon testosteronnya sudah kurang berbanding dengan kamu punya yang boleh membutakan diri. Tekanan pengaruhnya adalah untuk membantumu berkahwin dengan lebih berhikmah, dan bukan dengan lebih cepat. Percayalah ibumu yang salih. Dia juga dapat mengesan tanda-tanda yang dapat merosakkan kehidupan seorang lelaki.
Hai lelaki yang bujang! Jangan ingin mempertimbangkan seorang perempuan untuk perkahwinan kecuali dia takut akan TUHAN lebih daripada apa pun yang lain (Ams 31:30). Takut dan kasih besar akan Allah ialah satu-satunya dorongan yang cukup untuk mengatasi godaan seorang perempuan untuk bertengkar, berbalah, menjelek, meleter, menyoal, atau menolakmu. Carilah seorang perempuan yang gementar di hadapan Allah dan yang mengasihi Yesus Kristus, dan menyertai gereja yang mengajar amsal seperti ini. Kamu dapat menjamin kebahagiaan perkahwinan!
Hai perempuan yang bujang! Rendahkanlah dirimu di hadapan hikmah Allah dan serahkan hatimu supaya langsung tidak akan menjadi seperti perempuan ini. Siapkan mindamu dan amalkanlah setiap hari untuk menjadi ceria, bekerjasama, suka mengampuni, berbudi bahasa, mengasihi, tenteram, suka berdamai, dan suka menunduk kepada ibubapamu, guru-gurumu, dan majikanmu. Bencilah perempuan yang jahat yang disebut amsal ini. Bencilah dosa-dosa yang menjadikannya sebegitu jelek kepada orang lain. Berdukacitalah bagi mangsa-mangsa yang telah dikahwininya dan dirosakkannya.
Hai lelaki yang sudah berkahwin! Apakah yang dapat dilakukanmu? Jika kamu telah berkahwin dengan bebal dan sedang diseksa oleh si degil yang suka berbalah ini, kemaskanlah barang-barangmu dan naik ke atas tangga. Atau berdoa untuk kematian yang awal, bagi dirimu atau bagi dirinya. Atau tinggalkanlah amsal ini di suatu tempat yang jelas ternampak. Atau bawalah dia ke gereja yang mengajar apa yang demikian, dan berdoa supaya dia mempunyai sedikit hati nurani tertinggal untuk menginsafkan dirinya tentang perangainya. Jika kamu berkahwin dengan perempuan yang lemah-lembut, dan yang berakhlak mulia, bawalah dia untuk makan mewah pada malam ini juga.
Hai perempuan yang sudah berkahwin! Selidikilah dirimu di cermin amsal ini. Jangan berpaling daripadanya (Yak 1:21-25). Pendapatmu tentang dirimu sendiri memperdayakan diri dan adalah salah. Setiap perempuan jelek memikir bahawa dirinya bersantun dan berbudi bahasa – itu sebabnya dia jelek! Apakah yang orang lain fikir tentang dirimu? Adakah kamu mempunyai banyak kawan? Adakah para penjodoh muda mencari anak-anak perempuanmu, kerana mereka harap untuk mendapat seorang perempuan seperti dirimu? Biar kebenaran dan hakikat mendorongmu kepada pertaubatan atau usaha yang diperbaharui.
Hai setiap pembaca! Berilah Allah kemuliaan untuk nasihat yang sebegitu mengasihi dan hikmah yang ajaib. Setiap firman Allah adalah suci, dan pengetahuan yang berilham ini dapat menyelamatkan orang muda daripada dukacita perkahwinan. Alkitab adalah relevan pada hari ini seperti dahulu, tidak kira apa pun yang dinyatakan para pewaham dan musuh kebenaran. Isu yang penting adalah supaya lelaki muda mengendahkan amaran ini, perempuan muda mengelak perangai tersebut, dan perempuan yang sudah berkahwin merayu kepada Allah dan suaminya untuk pengampunan.
Dapatkah amsal ini dipakai secara rohani? Biar setiap percayawan dalam Yesus Kristus memastikan dia pengantin perempuan yang lemah-lembut, dan berakhlak mulia bagi Tuhan kemuliaan, tanpa berbalah, menyoal, atau merengek terhadap diriNya, firmanNya, atau para hambaNya. Dia berkahwin denganmu bagi kesenanganNya, maka berbuatlah apa yang kamu dapat buat setiap hari untuk menjadi pengantin perempuan yang ceria, yang memanja, dan yang mengasihi bagi Raja.