Amsal · Proverbs

26:1
Seperti salji pada musim panas, dan hujan pada musim menuai, demikian hormat itu tidak sepadan dengan orang bebal.

Orang bebal haruslah dipandang hina. Mereka tidak layak menerima kemuliaan atau hormat. Jika orang bebal tidak dipedulikan dan dihindari dengan sewajarnya, mereka mungkin pertimbangkan tawaran murah hati Puteri Hikmah untuk membantu mereka keluar daripada kebodohan dan kedegilan mereka (Ams 1:22; 8:5; 9:4-5). Adakah kamu orang bebal yang harus dimalukan? Atau adakah kamu tergoda untuk memuliakan orang bebal yang seharusnya dimalukan?

Di sinilah suatu perumpamaan yang membandingkan perbuatan menghormati orang bebal dengan cuaca yang pelik dan bencana pertanian. Salji pada musim panas itu tidak betul; ia menentang sifat alam semulajadi. Hujan pada masa yang tidak sesuai boleh merosakkan tuaian, sementara para petani cuba mengumpulkan tuaian ke dalam gudang. Kedua-dua kejadian ini tidak betul, tidak berguna dan tidak diinginkan; ia boleh mendatangkan masalah, kekeliruan, dan kerugian kepada mereka yang terlibat.

Cuaca sedemikian tidak sesuai; juga ia tidak sesuai untuk menghormati orang bebal. Apakah maksud “sepadan”? DBP menyatakannya sebagai “sesuai benar,” “sudah seharusnya,” dan “patut”. Jadi, dengan mudah kamu dapat faham, ia tidak sesuai benar, tidak seharusnya, dan tidak patutuntuk menghormati orang bebal.

Jika kamu mengasihi hikmah, dan kamu boleh nampak bahawa hikmah akan menjadikan dunia lebih baik, kamu patut menanggapi betapa salahnya untuk menghormati mana-mana orang bebal. Amsal yang sedang diselidiki ini mencemuh perbuatan menghormati orang bebal dengan menyatakannya gila seperti salji pada musim panas dan hujan pada musim tuaian. Tetapi Solomo juga membandingkannya dengan mengikat batu pada tarbil yang sememangnya menjadikan tarbil itu tidak berguna (Ams 26:8). Pertimbangkanlah itu.

Manusia menghormati orang bebal untuk beberapa sebab. Mereka tidak menghargai bahaya seorang bebal; mereka tidak dapat cam orang bebal; mereka nampak masyarakat menerima dan menghormati orang bebal; orang bebal itu kawan mereka; orang bebal itu saudara kandung mereka; mereka anggap baik hati itu selalu betul, meskipun terhadap orang bebal; mereka ingat dapat membantu orang bebal dengan belas kasihan dan hormat; dan/atau mereka sendiri merupakan orang bebal.

Apakah itu orang bebal? Orang bebal menafikan kewujudan Allah di dalam pertuturan dan perbuatan mereka (Ams 14:1); Orang bebal menolak arahan (Ams 23:9), fikirkenakalan itu sungguh seronok (Ams 10:25), menganggap diri sendiri betul (Ams 12:15), tidak dapat menguasai amarahnya (Ams 12:16), menolak pembetulan (Ams 15:10), suka bertengkar (Ams 19:13), mulut murai (Ams 15:2), selalu tidak puas hati (Ams 17:24), memfitnah orang (Ams 10:18), menyimpan dendam (Ams 17:12), degil (Ams 17:10), tidak berjaya (Peng 10:15), suka kenakalan (Ams 10:23), suka campur tangan (Ams 20:3), kembali semula kepada kebebalannya (Ams 26:11), percaya kepada hatinya (Ams 28:26), atau mudah diperdayakan (Ams 14:15). Inilah dasar bagi sesuatu takrif bagi orang bebal.

Adakah kamu kenal orang bebal? Tentulah kamu kenal. Sesetengah daripada mereka mungkin di dalam keluargamu, di kalangan kawanmu, di tempat kerjamu, di kalangan rakan sekolahmu, di dalam platunmu, atau di dalam gerejamu. Kamu harus bertindak balas dengan pelajaran yang Solomo hulur di hadapanmu. Bagaimanakah cara kamu layani mereka? Dengan hormat dan belas kasihan? Atau dengan teguran dan hukuman? Berapa banyak kepercayaanmu terhadap hikmah Allah?

Allah mengutuk orang bebal (Ams 5:5), dan kamu harus menlayani mereka dengan sewajarnya. Orang bebal dilayani dengan wajar apabila dielakkan (Ams 9:6; 13:20; 14:7), tidak bercakap dengan mereka (Ams 23:9; 26:4), menegur mereka (Ams 26:5), dan memukul mereka (Ams 26:3). Sebatan mungkin dapat membantu mereka (Ams 10:13; 17:10; 18:6; 19:29; 20:30). Hukuman rotan mungkin nampak kolot, tetapi ia berhikmah. Sayang, para pendidik, majikan, tentera, dan masyarakat sudah meninggalkan perbuatan rotan.

Bagaimana dengan orang bebal yang mempunyai nama keluargamu? Jika mereka anakmu, awal-awal sudah kamu nampak kecenderungan kepada kebebalan. Kebebalan tertambat pada hati seorang kanak-kanak; tetapi tongkat pembetulan akan mengusirkan itu jauh daripadanya (Ams 22:15). Daripada menghormati anak yang bebal, ajarlah dia hikmah dengan teguran dan tongkat (Ams 29:15). Inilah hikmah berilham daripada syurga yang disahkan oleh Solomo.

Jika kamu tidak melakukannya, anakmu mungkin mati awal kerana kesan-kesan kebebalan (Ams 23:13-14). Jika tidak melakukannya, pasanganmu dan dirimu akan dimalukan oleh sikapnya di khayalak orang ramai (Ams 29:15,17), dan kamu berdua harus melangsungkan kehidupan dengan sakit hati yang tetap kerana anak yang bebal (Ams 17:21,25; 10:1; 15:20; 19:13). Masa hadapan keluargamu bergantung kepada cara kamu kendalikan orang bebal.

Menghormati orang bebal menambahkan lagi kebebalan mereka (Ams 30:22), dan akan mendorong orang lain untuk menjadi bebal (Ams 19:25). Orang bebal mungkin benci kebebalan mereka jikalau semua orang menolak dan menegur mereka. Pelajaran ini mudah, dan jika setiap orang memainkan peranan mereka, semakin hari semakin kurang orang bebal dan semakin kurang kebebalan.

Para penguasa melanggar amsal ini dengan menghormati orang bebal dan hamba-hamba, dan negara sedemikian berada di dalam bahaya (Peng 10:5-7). Kesatuan sekerja, orang rap di bangunan pentadbiran negara, hak kanak-kanak, jamuan lawak jenaka ketua negara, dan kebebasan bersuara merupakan contoh akan sikap atau undang-undang yang dipakai untuk menghormati orang bebal atau kebebalan.

Yesus tidak akan menghormati orang bebal, dan dia telah mati kerana itu, sebab orang Farisi dan orang beragama yang bebal tidak dapat tahan kehidupanNya, jawapan-jawapanNya, dan kutukanNya (Mar 3:1-6; Mat 23:1-39). Orang biasa dengan mudah nampak kelebihan Yesus yang mengatasi ucapan-ucapan bebal orang jurutulis (Mat 7:28-29).

Berapa banyak hormat akan Yesus beri kepada ketua-ketua agama yang bebal, memandangkan murid-muridNya merayu untuk sedikit hormat bagi mereka? Dia berkata, “Setiap tumbuhan yang tidak ditanam oleh Bapa syurgawi aku, akan dicabut keluar. Biarlah mereka: Mereka pemimpin buta bagi orang buta. Dan jika orang buta memimpin orang buta, kedua-duanya akan jatuh ke dalam longkang” (Mat 15:13-14). Anak Daud yang paling baik sungguh berhikmah!