27:11
Hai anakku, jadilah berhikmah, dan gembirakan hatiku, supaya aku dapat menjawab orang yang mencercaku.
Anak boleh melukakan ayah dengan dua cara! Atau mereka boleh mengganjarinya dengan dua cara! Akhlak dan kelakuan salih seseorang anak menjadikan ayah gembira, dan ia mengharumkan lagi nama baiknya di hadapan orang lain. Anak dapat dengan mudah menyenangkan dan menghormati ayahnya dengan menjadi berhikmah seperti yang ditakrifkan oleh Solomo.
Ketika seseorang manusia membuat suatu pendirian yang teguh bagi kebenaran, hikmah, dan kewajaran, anak-anaknya dapat menyokongnya atau menghancurkannya. Mereka dapat menghancurkannya dalam roh, dengan meremukkan hatinya (Ams 17:21,25; 19:13; 1Sam 2:27-36). Mereka dapat membusukkan nama baiknya, dengan memberi peluang untuk musuh mengkritik atau mengutuknya (1Sam 2:12-17, 22-25; 8:3-5).
Sebaliknya, jika anak-anaknya menjalani hidup dalam kebenaran, hikmah dan kewajaran yang telah diberi teladan dan diajar oleh ayah, mereka boleh menyukakan hatinya dan memberinya kewibawaan yang kuat untuk membungkamkan para pengkritiknya. Setiap ayah menunggu dan tertanya-tanya sekali sekala dalam kehidupannya tentang apa yang akan dibuat oleh anak-anaknya dengan warisannya – membinasakannya, atau menyanjunginya.
Kanak-kanak ialah berkat yang sungguh ajaib daripada Allah (Ams 5:15-18; Maz 127:3; 128:3-4). Mereka adalah seperti anak panah dalam tangan orang yang gagah, kerana mereka dapat menolong ayah mereka dan mendukung lagi akhlaknya dan hikmahnya dengan menggandakan pengaruhnya di dalam dunia (Maz 127:4). Ketika seseorang lelaki ada tabung berisi penuh dengan mereka – iaitu suatu keluarga yang besar – dia dapat berani menghadap musuh-musuhnya (Maz 127:5).
Tetapi ini hanya berkesan jikalau kanak-kanak menjadi berhikmah dan benar. Jika mereka bebal dan durjana, mereka tidak memberi ayahnya apa pun kelebihan. Sebaliknya, mereka sebenarnya melukakannya dan apa pun yang diperjuangkannya. Mereka adalah noda dalam akhlak dan nama baiknya, sebab musuh-musuhnya dapat mengumpat tentang keturunannya yang jahat itu. Hanya cucu yang mulia dan yang bijaksana merupakan mahkota bagi orang tua (Ams 17:6).
Hal untuk kanak-kanak yang taat bagi nama baik ayah sebegitu penting sehingga Allah menuntut dua jawatan gerejanya – biskop dan diaken – untuk memiliki kanak-kanak yang setia dan yang taat (1Tim 3:4-5,12; Tit 1:6). Seseorang lelaki dengan kanak-kanak yang tidak tertib dan yang tidak dapat dikawal di rumah menandakan bahawa dia tidak dapat menjaga gereja Yesus Kristus.
Solomo merupakan seorang anak yang baik bagi Daud. Hiram, raja Tirus, dari dahulu sungguh mengasihi Daud, dan dia bersukacita dan bersyukur kepada Allah bagi Daud, ketika dia mengenal Solomo (1Raj 5:1-7). Lagi pula, ini terjadi selepas kemangkatan Daud! Walaupun musuh-musuhnya dapat dengan mudah menghina Daud bagi anak-anaknya yang lain, mereka terpaksa tertakjub dengan Solomo.
Tetapi anak-anak Eli menghancurkan hatinya, mendatangkan penghakiman keras daripada Allah, dan menyebabkan Israel membenci keluarganya dan membenci sembahyang Allah (1Sam 2:12-17,22-25)! Samuel, yang sepatutnya harus sudah belajar daripada malapetaka yang teruk ini, juga sendiri mendapat anak-anak yang durjana yang telah menamatkan pemerintahannya ke atas Israel (1Sam 8:3-5). Simeon dan Lewi membusukkan nama baik Yakob, ayah mereka, di kalangan orang Kanaan (Kej 34:30). Anak-anak yang bebal boleh menghancurkan hati ayahnyadan membinasakan nama baiknya.
Jika anak-anak dapat menjadikan seseorang lelaki gembira dan mulia, malahan di hadapan musuh-musuhnya, maka mendidik mereka harus menjadi kepentingan yang sungguh besar. Tidak hairanlah mengapa Abraham memandangkannya dengan serius (Kej 18:19). Tidak hairanlah mengapa Yosua memandangkannya dengan serius (Yos 24:15). Tidak hairanlah bahawa itu suatu perintah yang ada di seluruh Alkitab (Ams 22:6; Ula 4:9-10; 6:4-7, 11:18-19; Maz 78:1-8; Yoel 1:1-3; Efe 6:4)!
Wahai kaum bapa! Jangan mengabaikan tugas ini. Jika kamu kekukangan dalam hal ini, kamu bukan sahaja merosakkan anak-anakmu, tetapi juga akan membawa banyak kepedihan masa depan ke dalam kehidupanmu, banyak dukacita dalam kehidupan isterimu, dan merosakkan nama baik dirimu dan keluargamu sendiri (Ams 17:21,25; 19:18; 22:15; 23:13-14; 29:15,17)! Apakah yang dapat kamu buat dan harus kamu buat pada hari ini untuk mengasah anak-anak panahmu?
Wahai anak-anak! Fahamkah kalian tugas kalian untuk memuliakan ibubapamu? Allah telah memerintahkannya, tetapi kamu juga boleh membawa sukacita ke dalam hati mereka dengan menjadi berhikmah dan benar, dan kamu dapat membungkamkan para pengkritik mereka oleh akhlak dan kelakuanmu yang mulia. Jangan mengabaikan peluang ini, sebab pengabaian hal-hal sedemikian ada jalan untuk kembali dan menghukummu (Ams 1:31; Gal 6:7).
Pujian dan hadiah yang paling berharga yang dapat kamu beri kepada hamba injil ialah kehidupan benarmu dalam ketaatan kepada ajaran firman yang diberikannya. Keadaan dirimu menghasilkan buah roh dalam kehidupanmu memberkati dan menggembirakan hatinya, dan suatu jemaah yang menghasilkan buah mempertahankan nama baiknya terhadap mereka yang menentang doktrinnya atau menyerang dirinya.
Tuhan Yesus Kristus, Anak yang sempurna itu kepada BapaNya, menjawab selama-lamanya penghinaan musuh-musuh Allah. Anak yang dilahirkan perempuan itu mentaati dengan sempurna dan mati dengan taat, memenangi iblis dengan pameran yang terang-terang (Rom 8:32-34; Kol 2:13-15; Wah 12:7-11). Bapa mengumumkan kesenanganNya yang besar lalu meninggikan Yesus ke atas segalanya (Efe 1:20-23; Flp 2:9-11).
Wahai pembaca! Jika kamu mengakui dirimu sebagai anak Allah yang hidup, apakah yang dibuat kelakuanmu terhadapNya dan bagiNya? Sedangkah kamu menggembirakan hatinya oleh kehidupanmu yang berhikmah dan yang terkawal? Adakah kamu menghiasi doktrinNya dan membungkamkan musuh-musuh injil dengan kelakuanmu yang berhikmah dan yang salih? Kamu ada kelebihan yang mulia dan tugas yang penting. Laksanakannya dengan ceria pada hari ini juga!