Amsal · Proverbs

27:10
Kawanmu sendiri, dan kawan bapamu, jangan tinggalkan; dan jangan juga masuk rumah saudara lelakimu pada hari malapetaka: sebab lebih baik seorang jiran yang dekat daripada seorang saudara lelaki yang jauh.

Orang yang hebat ada kawan yang hebat. Di sinilah hikmah yang berharga. Tetapi hanya segelintir orang layak menjadi kawan yang baik. Ia sungguh berhemat untuk menjaga kawan sedemikian, meskipun lebih karib daripada saudara kandung. Suatu kumpulan kecil kawan yang setia dan yang berakhlak mulia adalah jauh lebih baik daripada perhubungan dengan keluarga kandung. Darah mungkin lebih pekat daripada air, bak kata pepatah itu, namun ia tidak lebih pekat daripada akhlak yang salih dalam Yesus Kristus! “Orang yang ada sahabat harus menunjukkan dirinya sebagai seorang peramah: dan ada seorang sahabat yang melekat lebih dekat daripada seorang saudara lelaki” (Ams 18:24).

Ketika masalah datang, dan ia akan datang, kamu mahu seorang sahabat untuk berpihak kepadamu, iaitu orang yang mengasihi pada setiap waktu dan menganggap masalah-masalahmu sebagai masalahnya sendiri (Ams 17:17). Kamu mahu seorang sahabat yang memikir sama seperti dirimu dan akan berdiri denganmu tidak kira apa pun korbannya atau kesukarannya. Suatu persahabatan yang telah dipupuk berdasarkan akhlak, kepercayaan, kebenaran, dan hikmah akan jauh melebihi bantuan yang diharapkan daripada seorang saudara kandung yang hanya dikaitkan kepadamu dengan darah dan nama.

Kejayaanmu bergantung kepada kawan-kawan yang hebat, sebab adanya empat manfaat (Pkh 4:9-12). Ketika Allah memberi kawan sedemikian, ia berkat yang besar. Solomo memakai amsal ini untuk membantu anak lelakinya memerintah suatu bangsa besar yang meluas dari Sungai Euphrates sampai ke Mesir. Dia sendiri telah dimanfaatkan banyak oleh kawan-kawan ayahnya, Raja Hiram dari Tirus (2Sam 5:11; 1Raj 5:1-18) dan Benaya, ketua para pemimpin (2Sam 20:23; 23:20-23; 1Raj 1:38; 2:25-46).

Pertimbangkan sejarah yang berilham. Yusuf menemui lebih banyak budi baik oleh para penawannya yang asing daripada saudara-saudara kandungnya sendiri. Daud menemui lebih besar kesetiaan dan layanan baik oleh orang gelandangan daripada abang-abang kandungnya yang beriri hati (1Sam 17:28). Yesus mendapat lebih simpati dan lebih kesetiaan daripada para pengikutNya daripada saudara-saudara kandungnya (Yoh 7:1-5; Luk 22:15). Dia tahu bahawa kawan-kawanNya yang sejati merupakan orang yang mendengar firman Allah dan mentaatinya (Mat 12:46-50).

Allah memilih Daud kerana hatinya yang suci (1Sam 16:6-13). Yonatan menanggapi ini lebih jelas daripada abang-abang Daud yang beriri hati (1Sam 17:28). Walaupun banyak kerugian, dia sungguh mengasihinya (1Sam 18:1-4). Sementara lebih mengasihi akhlak mulia daripada keluarga dan kerjaya, Yonatan telah memilih Daud mengatasi ayah kandungnya sendiri (1Sam 19:1-7). Mereka telah membuat suatu perjanjian yang menentang darah daging Yonatan (1Sam 20:1-17) dan juga melibatkan benih-benih atau keturunan mereka (1Sam 20:42).Daud lebih menghargai kasih Yonatan melebihi kasih perempuan (2Sam 1:26), dan dia menyelamatkan anak lelaki Yonatan ketika berada dalam keperluan (2Sam 9:1; 21:7).

Kawan-kawan yang salih adalah jauh lebih unggul berbanding dengan saudara-saudara kandung, kerana perhubungan adalah berdasarkan suatu dasar yang lebih baik. Mereka lebih unggul kerana hati mereka yang sudah dijanakan semula, darah Kristus yang berharga, kebenaran mutlak firman Allah, kebencian salih terhadap kompromi, kehidupan yang mengejar kekudusan, dan harapan hidup yang kekal. Alkitab mengenalpastikan kawan-kawan ini sebagai kawan yang sungguh berharga kepada jiwa seseorang, sampai membezakan jenis persahabatan lain daripada isteri yang berharga (Ula 13:6; 1Sam 18:1,3; 20:17).

Adakah kamu memahami kepentingan pelajaran ini? Tanpa persahabatan hebat yang berdasarkan kesalihan, siapa yang akan membantumu pada hari malapetakamu? Kamu akan jatuh dan kekal jatuh. Dua lebih baik daripada satu kerana empat sebab, dan kamu merisikokan masa depanmu kerana tidak mendapat kawan yang baik untuk itu (Pkh 4:9-12). Orang berhikmah akan menjamin kehidupannya dan keluarganya dengan berbuat apa yang perlu untuk mengekalkan persahabatan yang penting dengan orang yang baik dan yang berakhlak mulia.

Ada tempat untuk jaringan yang salih, walaupun matlamat dan kaedah adalah jauh lebih unggul daripada usaha dunia untuk mencari kenalan dan pelanggan bagi tujuan kepentingan diri sendiri. Allah Yang Maha Besar mengarahkan para orang utusanNya untuk menjadi pengasih orang baik, seperti ragam Paulus kepada Timotius (Kis 16:1-3; Flp 2:19-23; 2Tim 1:1-5). Kebanyakan orang yang kononnya Kristian tiada apa pun pemahaman tentang kawan yang hebat kerana mereka memandang hina manusia yang kudus (2Tim 3:1-5).

Apakah jenis kawan yang memenuhi maksud amsal ini? Konteks di sini, yang biasanya jarang di dalam Amsal, memberi ciri-ciri yang berharga akan kawan-kawan yang salih (Ams 27:4-5,9). Kawan-kawan sejati mengasihi pada setiap masa, sama ada kamu berada dalam keadaan yang baik ataupun dalam keadaan yang buruk (Ams 17:17). Mereka dipilih kerana takut akan Allah, mengasihi kebenaran, dan adanya kewajaran peribadi (Maz 119:63). Adakah kamu mengenal orang sedemikian? Kamu tidak boleh menipu dalam mana-mana pun sukatan ini sebab kalau demikian, kamu akan kehilangan manfaat yang sedang dicari.

Darah Yesus Kristus menciptakan suatu ikatan yang lebih kuat daripada darah manusia, ketika dua sahabat yang saling mengasihi dan pengikut Kristus bertemu oleh takdir Allah Yang Murah Hati (Ams 27:4-5,9). Tiada kepentingan diri sendiri, pertahanan diri sendiri, ketakutan, keragu-raguan, atau udang di sebalik batu di antara kawan-kawan demikian. Mereka percaya sepenuh-penuhnya satu sama lain (1Sam 14:6-7), dan mereka menguatkan satu sama lain di dalam Allah (1Sam 23:14-18). Dan mereka suka menyatupadukan keghairahan mereka untuk melakukan perbuatan yang besar bagi Allah (2Raj 10:15-16).

Kawan-kawan yang palsu, yang adalah kebanyakan orang di dunia, ialah kawan-kawan pada masa senang sahaja – mereka hanya berada bersamamu pada waktu senang dan ketika menguntungkan bak kata pepatah habis manis sepah dibuang (Ams 14:20; 19:4). Atau mereka merupakan kawan-kawan yang badaniah, yang persahabatan mereka adalah berdasarkan kecocokan duniawi. Atau mereka merupakan kawan-kawan yang lemah, yang kamu harus kerap kali bantu kerana mereka kekurangan akhlak. Daud menganggap tidak berguna saudara-saudara yang palsu atau semangat yang kasar dalam anak-anak buahnya (Maz 101:3-8; 144:11; 2Sam 3:39).

Adakah kamu layak untuk menerima kawan yang hebat? Orang yang suka menyendiri tidak memiliki mereka, sebab mereka terlalu mementingkan diri sendiri untuk memberi. Para pemberontak kehilangan kerana semangat mereka yang tidak tertib adalah bahaya dan menyinggung. Para pengkompromi tidak mahu apa-apa pun, sebab mereka tidak boleh dipercayai. Semakin banyak keghairahan seseorang untuk Yesus Kristus, semakin banyak dia akan dikasihi orang yang demikian. Kesalihan dan akhlak mulia menarik orang yang salih dan orang yang berakhlak mulia; dan kesalihan dan akhlak mulia menghalau orang yang badaniah. Kehidupan kudus akan menarik kawan-kawan yang kudus.

Untuk adanya kawan yang hebat, kamu sendiri harus suka berkawan (Ams 18:24). Untuk mengekalkan mereka, kamu tidak boleh meninggalkan mereka (Ams 27:10). Persahabatan ialah jalan dua hala, dan kamu adalah bebal untuk memikir bahawa orang hebat tidak memerlukan dorongan. Amsal ini mengajar untuk menjaga dan memupuk persahabatan dengan orang yang salih supaya jangan perhubungan itu mendingin atau lesap. Seseorang saudara yang telah tersinggung adalah sungguh sukar untuk dipulihkan (Ams 18:19), dan demikian juga seseorang saudara yang telah dikecewakan oleh kompromimu (Kis 15:36-40).

Ia berkat takdir Allah yang membawa kawan yang hebat ke dalam kehidupanmu, dan kebanyakan mereka harus ditemui di dalam gereja tempatanmu, jika ia memang gereja yang hidup sepenuhnya bagi Yesus Kristus dan kebenaran rasuli injil (1Kor 12:18; Ibr 10:23-25). Paulus, yang kerap kali mengembara, ada banyak kawan demikian di beberapa tempat (Kis 19:31; 27:3; 28:14-15). Sesetengah orang boleh bersyukur mereka adanya dua kali sanak saudara, yang bersatu oleh kedua-dua darah daging dan darah Yesus Kristus.

Had keberhasilan tidak terhingga sampai ke langit ketika kamu ada kawan-kawan yang telah dijelaskan di atas. Manfaat-manfaat yang menggalakkan dan yang bersinergi adalah sungguh hebat, dan Solomo dengan jelas telah menyenaraikan empat manfaat itu (Pkh 4:9-12). Sementara Yonatan dan Daud ialah pasangan yang baik, dan demikian juga Yehu dan Yonadab, tiga kawan sepakat adalah seperti tiga utas tali berpintal yang lebih hebat, seperti yang ditulis Solomo di tempat Alkitab yang sama.

Tetapi pertimbangkan perhubungan yang berkuasa dan yang kaya akan banyak ahli-ahli gereja yang benar-benar setia kepada satu sama lain dan kepada Yesus Kristus – setiap sendi dan setiap bahagian menyumbang kepada pertumbuhan tubuh (Efe 4:16). Mereka membekalkan banyak perkhidmatan kepada satu sama lain dengan cara yang tiada satu pertubuhan duniawi pun akan pertimbangkan (Mat 20:25-28; 1Kor 12:12-27; Flp 2:1-4; 1Tes 5:14). Organisme demikian yang hidup berpandukan Roh Kudus akan melebihi keunggulan keluarga duniawi.