Amsal · Proverbs

27:15
Titisan air yang tidak terhenti pada hari yang banyak hujan dan seorang perempuan yang suka berbalah adalah serupa.

Bayangkan suatu hari yang banyak hujan dan sebuah rumah yang ada bocor. Kamu tidak boleh keluar, kerana hujan yang ada di luar; kamu tidak boleh berehat, kerana adanya titisan air di dalam. Kamu sungguh runsing dan dengan lekas nak jadi gila, sementara hujan masuk melalui bumbung dan siling untuk terus menitis ke atas barang-barangmu dan mengacau jiwamu. Demikianlah seorang perempuan yang suka bertengkar, meleter, menyoal, dan mendesak. Isteri yang jelek ini mencabut berkat perkahwinan dan menjadikannya suatu seksaan bagi suaminya.

Hujan yang lama bukanlah buruk. Padahal, ia merupakan kewajiban penting bagi kemakmuran pertanian. Hujan yang berlanjutan bagi masyarakat petani pada musim kering ialah sesuatu yang baik, dan hujanrenyai-renyai yang berterusan pada suatu rumah yang kalis air ialah bunyi yang menyenangkan yang menjadikan suasana selesa dan rasa selamat. Oleh sebab itu, kamu boleh faham titisan air yang tidak terhenti sebagai suatu kawasan bocor di rumah yang sungguh menjelekkan dan menakutkan, sementara ia dengan kekal membinasakan damai sejahtera dan harta milik seseorang lelaki (Ams 19:13).

Apakah maksud perempuan yang suka berbalah? Ia orang yang suka bertengkar, berbahas, membantah, melawan, beranggar lidah, dan menyoal. Dia tidak tenteram, dan dia tidak boleh membiarkan orang lain tenteram. Dia menolak, menjengkel, merunsingkan, dan meleter. Dia tiada pemahaman bahawa peranannya adalah untuk menjadi pembantu yang ceria dan yang suka menunduk (Kej 2:18; 3:16; 1Kor 11:9). Dia seorang perempuan jelek yang dunia tidak boleh tahan (Ams 30:21-23). Ia lebih baik untuk lelaki hidup bersendirian daripada hidup dengan penyeksa ini (Ams 21:9,19; 25:24).

Titisan air yang berterusan menggeramkan, memprovokasi, dan membinasa. Kamu mahu melepaskan diri daripada bunyi bising, tetapi ke mana dapat kamu pergi? Kamu tahu ia sedang membinasakan kewarasanmu dan harta milikmu, tetapi ia tidak akan berhenti. Perempuan yang meleter adalah sama. Kamu mengutuk jiwamu dan masa depanmu dengan berkahwin dengannya; sekarang kamu tidak dapat melepaskan diri daripada raksasa itu; dia makan di meja yang sama dan tidur di katilmu! Kalau dia memberimu sedikit sinaran matahari pada waktu lemah, ia dengan cepat sekali berakhir dengan hujan semula. Jika kamu berusaha memperbetulkan dia, kamu akan mendapati bahawa ia lebih baik untuk cuba berhujah dengan beruang bentina yang telah dirampas anaknya.

Mengapakah sesetengah perempuan sebegitu menjengkelkan? Mereka telah dilahirkan sebagai orang bebal, dan kekurangan hati nurani; mereka mungkin memiliki ibu yang menjelekkan; mereka dengan palsu percaya bahawa perkahwinan dijadikan bagi diri mereka; tidak pernah ada orang yang menegurnya dengan betul. Ketika mereka membaca amsal seperti ini, mereka tiada pemahaman bahawa ia berkenaan kepada diri mereka. Mereka memiliki lebih kewajaran dan kedegilan daripada dua orang Farisi. Jika kamu meminta mereka untuk suatu penjelasan, mereka akan menuntut, “Aku hanya ingin membantu. Jika aku tidak terus berbuat demikian kepadanya, dia tidak akan menjadi apa pun. Dia memerlukanku untuk mengingatinya”.

Hai lelaki muda, kahwinlah dengan berhikmah! Menjadi bujang, geram, dan sunyi lebih baik daripada berkahwin dengan perempuan ini. Pilih jodoh hanya berdasarkan takut akan Allah, sebab perempuan yang jelek boleh memperdayakan lelaki untuk memasuki perkahwinan yang memedihkan (Ams 30:21-23; 31:30). Seseorang perempuan yang takut akan Allah mengenal peranannya (Kej 2:18), mentaati suaminya (Efe 5:22-24), menghormatinya (Efe 5:33), mempersonakannya (Ams 5:19; 1Kor 7:1-5), dia ada roh yang suka menurut dan yang tenteram (1Pet 3:3-4), dan melayaninya (Ams 31:10-27; Tit 2:3-5). Jika kamu berkahwin dengan bebal, kawan-kawanmu akan mengetahui itu, kerana kamu tidak dapat menyembunyikan dia (Ams 27:16). Ujilah calon-calon perempuan, dan darab kesalahan-kesalahannya dengan sepuluh supaya dapat melihat perangainya kalau jadi isterimu!

Hai perempuan muda, kamu harus mengelak bohong-bohong yang disebarkan pada hari ini tentang peranan seorang perempuan. Allah sudah memberi ketetapan bagi peranan itu, tidak kira apa pun yang Joel Osteen, Madonna, atau James Dobson mungkin berkata. Kamu dijadikan untuk suamimu (1Kor 11:9), dan keinginannya harus menjadi keinginanmu (Kej 3:16). Perkahwinan bukanlah suatu perkongsian, di mana kamu ada hak setaraf untuk berucap dalam semua perkara. Belajarlah keindahan perempuan yang betul-betul berbudi baik dan peroleh kekaguman kekal yang semua lelaki baik, perempuan baik, dan keluarganya akan ada baginya (Ams 11:16; 31:28-31).

Hai lelaki yang sesak, jika kamu sudah terjerat dalam seksaan perkahwinan kepada perempuan yang jelek, maka pilihanmu terhad. Kamu harus berjerih lelah dalam doa, teladan, dan gesaan untuk membawa isterimu itu kepada takut akan Tuhan (Maz 34:11; 1Kor 7:16). Kamu harus membawanya kepada gereja yang mengkhutbahkan Alkitab, di mana seluruh nasihat Allah diajar, termasuk peranan seorang perempuan, oleh hamba Allah yang akan melakukan sesetengah daripada kerja pengajaranmu bagimu (Kis 20:20,27). Dan kemudian kamu harus dengan berhikmah, dengan murah hati, dan dengan paksa membawa firman Allah dikuatkuasakan kepada isterimu di rumah.

Hai kaum bapa, kamu harus menyelamatkan anak-anak lelakimu yang naif [kurang tahu] dan yang dikuasai hormon sehingga buta, daripada mengejar barang kemas emas yang ada pada babi busuk yang tersorok (Ams 11:22). Siasat dan uji gadis berdating mereka; kenalilah perangai ibu mereka. Sebagai suami yang berpengalaman, kamu boleh dengan mudah mencium bau busuk roh yang suka berbalah. Jangan peduli akan ulasan-ulasan anak lelakimu yang dilamun cinta tentang kebaikan gadis itu, kerana dia tidak faham tentang perkahwinan; gadis itu pun mungkin sudah memperdayakannya (Ams 30:21-23; 31:30). Jangan terima taraf yang lebih rendah daripada perempuan yang sendiri takut akan Allah dari hatinya dan yang berbudi baik sehingga semua orang memujinya. Perempuan demikian adalah sungguh jarang, tetapi adanya sesetengah perempuan demikian.

Hai kaum ibu, ia tugasmu untuk mengajar anak-anak perempuanmu untuk menjadi isteri yang salih, berbudi baik, suka menunduk, dan suka menghormati yang diharapkan Tuhan (Tit 2:3-5). Kamu boleh mengajar ciri-ciri seorang perempuan yang berbudi baik dengan teladan dan arahan. Ajar mereka untuk mengasihi dari hati, dan padam setengah kata-kata yang ingin disebut, lebih suka memuji daripada mengkritik, melayani dan jangan lancang, bersetuju dan jangan bertengkar, tunduk dan jangan melawan, senyum dan jangan mencemuh, suka romantis dan jangan suka menarik diri, suka membersih dan jangan suka membeli-belah, bekerja dan jangan meleter, memuji dan jangan mahu memperbetul, berterima kasih dan jangan suka mengadu, mencium dan kurang menangis, dan melupa dan jangan membalas dendam.

Hai perempuan yang suka berbalah, akuilah dosamu kepada Allah, suamimu, dan sesiapa pun lain yang mengenal rohmu yang degil dan yang tidak suka menunduk. Tuhan berbelas kasihan, dan demikian juga suamimu, jika kamu bertaubat dengan suka menunduk. Kamu sedang melanggari peranan yang Allah beri kepadamu, dan kamu tidak akan jadi bahagia, jika kamu berterusan dalam jalan suka berbalah ini yang keiblisan. Sukacitamu yang paling besar hanya akan dinyatakan kalau semakin dekat kepada perangai perempuan yang berakhlak mulia (Ams 11:16; 31:10-31).

Hari Penghakiman sedang menjelang (Pkh 12:14; 2Kor 5:9; Wah 20:11-15), dan kamu harus fikir tentang bagaimana kamu akan menjawab Allah kerana merosakkan kehidupan suamimu, yang sepatutnya kamu membantu dan menjadikannya gembira berdasarkan peranan ciptaanmu. Tujuan kewujudanmu di bumi ialah suamimu, dan Allah tidak akan peduli bahawa kamu pernah menghisap dadah atau menyembah patung. Dia akan menghitung berapa baiknya kamu melayani suamimu, dan kesan-kesannya akan teruk sekali.

Salah satu kesaksian besar bagi agama Kristian, yang sangat kurang pada zaman kini, ialah keluarga yang berfungsi dan bahagia, di mana suami merupakan raja, dan isterinya permaisuri yang mempersona, berbudi baik, dan yang suka menunduk. Isteri yang meleter, suka berbalah, dan tidak suka menunduk menyebabkan firman Allah dikufuri, sebab orang pagan pun tahu bahawa seorang isteri harus menyokong dan melayani suaminya, dan bukan meleterinya sampai ke ambang kemurungan dan dukacita (Tit 2:5; 1Tim 5:14; Est 1:16-20). Biar perempuan yang mengenal Allah mereka mengutuki dunia dan memuliakan kebenaran.