Amsal · Proverbs

27:16
Sesiapa yang menyembunyikan perempuan itu menyembunyikan angin, dan minyak pada tangan kanannya, yang sendiri mendedahkan dirinya.

Dapatkah kamu menahan angin? Tidak! Dapatkah kamu menyembunyikan bau minyak kelonyor – ketika ia sudah terlepas? Tidak! Semua orang yang hadir tahu jika angin sedang meniup atau jika kamu sedang memakai minyak kelonyor. Kamu tidak boleh bersembunyi daripada mana-mana pihak. Dan jika seseorang berkahwin dengan perempuan yang jelek, dia tidak dapat menyembunyikan jalan-jalan perempuan yang menjengkelkan itu. Orang di keliling lelaki itu tahu bahawa dia mempunyai perkahwinan yang sukar dan yang pedih.

Ada perempuan dalam amsal ini. Kamu tidak ingin bertembung dengannya – dan kamu sudah pasti tidak mahu berkahwin dengannya! Dia merupakan perempuan yang suka berbalah dari ayat yang sebelum ini yang dengan kejam menjadikan suaminya gila (Ams 27:15). Suami yang kasihan itu tidak dapat menahan atau menyembunyikan perempuan itu seperti dia tidak dapat menyembunyikan angin atau bau minyak kelonyor yang kuat. Semua orang tahu bahawa lelaki itu dikutuk sepanjang hayatnya dengan seorang perempuan yang jelek.

Allah Sang Pencipta mengilhamkan Salomo untuk menulis amsal ini. Dia telah menciptakan perempuan untuk lelaki, dan Dia mengenal perempuan lebih daripada semua ahli psikologi dan ahli terapi bergabung (1Kor 11:9; 1Tim 2:13-14; 2Tim 3:6-7; 1Pet 3:7). Sementara Salomo menulis untuk memanfaatkan anak lelakinya (Ams 27:11), dia kerap kali memberi amaran tentang ancaman godaan perempuan asing dan ancaman perkahwinan perempuan yang jelek. Kedua-dua perempuan tersebut adalah lebih teruk daripada maut (Ams 30:21-23; Pkh 7:26).

Alkitab ialah perpustakaan hikmah yang ilahi. Ia dengan terbuka mengendalikan subjek-subjek yang kerap kali tidak dibincang kerana gagasan-gagasan yang bebal akan etika. Tetapi Allah mengasihi anak-anakNya dan memberitahu kebenaran dengan terus-terang supaya menyelamatkan mereka daripada kepedihan dan kesesakan. Ketika kaum lelaki berborak sesama diri, mereka juga memberitahu kebenaran – mereka ketawa dan mengerang tentang isteri yang jelek dan yang suka meleter. Sudah tentulah suaminya tidak boleh memberitahu isterinya, sebab isteri akan menegur balik dan menghalau suami dari katil untuk tidur di ruang tamu pada waktu malam!

Apakah seorang perempuan yang suka berbalah? Dia perempuan yang suka bercakap yang harus meluahkan pendapatnya, memperbetulkan butir-butir perbualan, menyoal hampir segala apa pun, dan kerap mengemukakan cadangan-cadangan yang tidak ditanya seorang pun. Dia orang yang menjengkelkan, suka bertengkar, dan yang meluat. Dia tidak boleh berfikir, bercakap, atau bertindak secara berbudi baik, kerana dia tidak boleh mengenalpasti atau menghargai nilai itu; dia memiliki roh yang angkuh, yang bongkak, dan yang tidak boleh diperbetulkan. Dan perempuan tersebut bersemangat untuk bertengkar, mengkritik, dan menyoal.

Segelintir perempuan jelek memikir diri sendiri jelek. Ha, sudah tentulah tidak! Itulah sebabnya mereka jelek! Mereka tidak boleh cam bahawa perangai yang mereka fikir elok dan membantu adalah sebenarnya apa yang menjadikan orang di sekeliling marah dan merasa keji. Jika kamu mencadangkan bahawa dia bercakap terlalu banyak, dia akan mempertahankan dirinya dengan berkata bahawa pendapat-pendapatnya membantu dan berguna – bagaimanakah dia mungkin salah untuk mengemukakannya? Ketika mendengar Alkitab dikhutbahkan dengan terus-terang, dia menganggap itu tentulah orang lain.

Bagaimanakah perempuan ini sendiri mendedahkan dirinya? Suaminya sudah kalah teruk. Dia sudah dikembirikan kerana si bedebah ini telah merampas keyakinannya, kekuatannya, dan tenaganya. Perempuan ini terlampau banyak bercakap, maka kamu hanya perlu mendengar untuk perempuan yang mulutnya tidak terhenti-henti dipakai. Jika dia tidak bermulut murai, lihatlah wajah yang bermuka masam yang kurang senyum dan yang tidak pernah mesra. Dia tidak ada kawan yang sejati, sebab tidak seorang pun mengingini kehadirannya yang cukup pedih. Pergaulan sosialnya mungkin hanya berasaskan tabiat buruk penyibuk.

Mana-mana lelaki pun tidak mahu orang lain tahu bahawa dia hidup dalam perkahwinan neraka, maka dia cuba menyembunyikan akhlak isterinya yang jelek dan yang menjengkelkan. Inilah apa yang disebut Salomo sukar seperti memegang angin atau bau minyak kelonyor dalam tanganmu. Kedua-duanya akan terlepas pegangan! Kedua-duanya akan didedahkan kepada orang di sekelilingmu! Usaha menyamar atau menyembunyikan babi yang berbulu, merengus, dan yang berbau busuk ketika sedang cuba menunjukkan cincin emas pada hidungnya adalah sia-sia (Ams 11:22)!

Manusia memakai pelbagai teknik untuk menyembunyikan isteri mereka yang memalukan. Adanya lelaki yang cuba menyembunyikan isterinya yang suka berbalah dengan mengelak keluar ke tempat awam bersamanya. Dia kerja sampai lambat, mencari hobi, atau hanya menolak keinginan keluar. Seorang lagi mungkin dengan bebal cuba memperdayakan kawan-kawannya dengan memuji-muji isterinya kepada mereka (meskipun mereka semua sudah tahu kenyataannya). Adanya lelaki yang akan dengan lemah menunduk kepada tuntutan dan soalan yang keterlampauan untuk mengelak suatu pertengkaran di depan orang ramai. Dan ada seorang lagi yang akan memanjakan jiwa isterinya yang tamak dengan apa pun yang dinafsukan mata supaya dapat membeli sedikit damai sejahtera dan ketenteraman bagi dirinya sendiri.

Para perempuan demikian tidak layak untuk suami, dan tidak seorang pun layak untuk isteri yang demikian. Sementara si bedebah yang hina ini boleh menyamar dirinya ketika berdating, setiap lelaki haruslah belajar bagaimana untuk mengesan tanda-tanda nyata yang mendedahkan akhlaknya yang kejam itu (Ams 30:21-23). Mereka pandir. Dia terlalu banyak bercakap, ada roh yang angkuh, lancang dalam pertuturan, ada pendapat bagi segala apa pun, menonjol dirinya tidak bersetuju di hadapan khalayak ramai, boleh nampak dia mudah terganggu, suka mengadu tentang keadaan-keadaan, dan menyoal segalanya.

Salah satu cara untuk mengelak perempuan yang jelek adalah untuk belajar sikap berbudi baik dan akhlak mulia dan menolak semua perempuan yang kekurangan itu, sebab isteri yang hebat ada kedua-dua itu (Ams 31:10-31). Cara yang paling baik untuk mengesan barang tiruan adalah untuk betul-betul mengenal barang sejati. Cara yang paling baik untuk mencium bau perempuan yang jelek adalah untuk tahu sifat manis seorang perempuan yang berbudi baik. Masih takut? Seorang perempuan selalu dikagumi orang ramai (Ams 11:16). Perempuan yang jelek hanya fikir bahawa dia dihormati.

Sesetengah lelaki ialah jenis perempuan yang sama di atas. Mereka terlampau banyak bercakap, mengadu tentang segala apa pun, bertengkar dan berbahas tidak kira apa pun yang disebut, menyoal pendapat-pendapat dan keputusan, dan sebagainya. Orang-orang ini haruslah dielakkan di semua pergaulan sebanyak semungkin seperti perempuan yang jelek harus dielak dalam perkahwinan. Orang yang suka berbalah yang menyebabkan cerai-berai dan persengketaan haruslah ditolak, sebab mereka membinasakan keamanan dan kenikmatan (Ams 22:10).

Ada beberapa pelajaran. Pertama, setiap orang haruslah menguji seorang calon isteri dan percaya kepada pendapat-pendapat lelaki lain yang sudah berkahwin tentang dia. Kedua, setiap perempuan muda haruslah menekankan sikap berbudi baik dan akhlak mulia melebihi semua objektif yang lain dalam kehidupannya. Ketiga, setiap lelaki yang berkahwin dengan perempuan yang suka berbalah perlu mencari suatu loteng atau padang gurun untuk melarikan diri (Ams 21;9,19; 25:24).

Keempat, setiap perempuan yang cenderung kepada akhlak yang jelek yang disebut di sini harus bertaubat di hadapan Allah, suaminya, anak-anaknya, dan harap untuk hidup dengan berbudi baik. Kelima, kamu patut memberi amaran kepada setiap lelaki muda yang kamu tahu akan mungkin berkahwin dengan perempuan yang jelek. Keenam, setiap lelaki yang sudah berkahwin dengan perempuan yang berbudi baik dan yang mengasihi haruslah bersyukur kepada Allah dan bawa dia keluar pada malam ini juga!

Alkitab membantu lelaki dengan memberi amaran kepada mereka tentang perempuan jelek, tetapi ia juga mengajar perempuan bagaimana untuk menjadi berbudi baik dan berakhlak mulia, jika mereka mahu belajar pelajarannya dan memakainya (Ams 31:10-16; 1Tim 2:9-10; 5:13-14; Tit 2:3-5; 1Pet 3:1-6). Walau bagaimanapun, kebanyakan mimbar pada zaman kini terlalu takut untuk memberitahu kebenaran tentang perempuan yanghadir. Mereka tidak mahu menyinggung para hadirinnya yang berperangai jelek.

Gereja-gereja yang sejati ialah pengantin perempuan dan isteri kepada Yesus Kristus; Allah telah mengaturkan bagi anakNya untuk berkahwin dengan mereka, dan mereka akan hidup selamanya dalam kebahagiaan yang intim denganNya di syurga. Adakah Suamimu yang mulia dengan terbuka bersuka kepadamu? Atau adakah dia malu tentang jalan-jalanmu yang biadap itu? Dia telah mengancam untuk meludah keluar gereja Laodikea dari mulutNya (Wah 3:14-19). Dia mengancam untuk meninggalkan gereja di Efesus (Wah 2:4-5). Adakah Dia bahagia sepenuh-penuhnya dengan rohmu dan perangaimu?