27:17
Besi menajamkan besi; begitu juga seseorang menajamkan wajah kawannya.
Kamu memerlukan kawan-kawan yang baik, dan kamu perlu menjadi kawan yang baik. Besi boleh menajamkan besi, dan kawan baik boleh menajamkan seorang kawan. Kikir besi boleh menjadikan mata pisau lebih tajam, dan seorang kawan baik boleh menjadikan kawannya lebih baik. Adakah kamu kawan yang baik? Adakah kamu memiliki kawan yang baik?
Sebilah pisau tidak ditajamkan oleh kain, roti, kayu, plastik, malah bukan juga oleh emas. Pisau boleh memotong dan membentuk benda-benda untuk menjadikannya lebih berguna, tetapi benda-benda ini akan hanya menumpulkan pisau. Menajamkan pisau memerlukan besi atau pengganti besi sekurang-kurangnya sekeras pisau. Sekali ditajamkan, sebilah pisau adalah lebih berhasil dengan kurang usaha ke atas benda-benda demikian (Pkh 10:10).
Amsal ini adalah tentang kawan-kawan baik – mereka akan menjadikanmu lebih baik (Ams 27:9). Kawan baik akan hanya menjadikanmu lebih bijak, lebih tajam, dan lebih berguna. Tetapi bukan mana-mana kawan boleh jadi. Hanya kawan yang berhikmah akan menjadikanmu berhikmah (Ams 13:20), demikianlah orang baik mengasihi orang baik yang lain (Tit 1:8). Kawan-kawan bebal akan menumpulkan dan merosakkan kehidupanmu (Ams 13:20; 1Kor 15:33). Jika ayahmu pernah ada atau masih ada kawan yang mulia dan yang berhikmah, ia langkah yang berhikmah kalau kamu kekalkan orang itu sebagai kawanmu juga (Ams 27:10).
Dua lebih baik daripada satu. Solomo mengajar ini di dalam kitab besar filsafat, kerana mereka menajam dan memajukan satu sama lain untuk sekurang-kurangnya empat cara (Pkh 4:9-12). Mereka boleh mengongsikan kejayaan jerih lelah bersama-sama, membantu mengangkat satu sama lain ketika jatuh, menggabungkan kemampuan yang saling melengkapi untuk pencapaian yang lebih hebat, dan mempertahankan satu sama lain terhadap musuh yang sama. Kawan baik ialah berkat yang besar. Kehidupan yang bersendirian adalah bebal dan mengorbankan kelebihan-kelebihan yang besar ini.
Wajah di sini mungkin bermaksud wajah dan penampilan seseorang (Ams 25:23; 1Sam 16:7,12; Dan 1:13-15; Mat 6:16); ia mungkin bermaksud air muka yang menunjukkan perasaan terhadap orang yang lain (Ams 16:15; Kej 31:2; Maz 4:6; 44:3; Kis 2:28); dan ia mungkin bermaksud roh, perilaku, kelakuan, atau perangai seseorang (Ams 15:13; Ula 28:50; Maz 10:4; Pkh 7:3; Dan 5:6,9). Apakah roh, perilaku, kelakuan, dan perangai seseorang? Ia akhlaknya.
Amsal ini menangani akhlak manusia – sesuatu hal yang memang sungguh berharga. Akhlak adalah sukatan yang paling penting untuk seorang lelaki atau seorang perempuan. Mengehadkan, “wajah”, kepada semata-mata memajukan air muka seseorang, mengolok-olok hikmah Solomo. Kikir besi bukan sahaja menjadikan pisau nampak lebih baik; ia menjadikan pisau lebih baik di dalam kebergunaannya. Mengehadkan, “wajah”, untuk hanya menunjukkan perasaan kurang bererti, sebab kawan-kawan sudah menunjukkan suka untuk satu sama lain.
Para penyendiri tidak banyak berhasil, sebab mereka tidak boleh bertumbuh (pisau tidak boleh menajamkan dirinya sendiri). Mereka menjadi tumpul dan berkarat dengan kejahilan, tabiat yang buruk, dan roh yang murung. Para penyendiri selalu menjadi orang yang paling lemah di dalam apa pun kumpulan, sebab mereka terus berkarat dan mereput tanpa besi penajaman oleh besi kawan-kawan yang mulia. Hikmah amsal ini tidak boleh ditunggangbalikkan.
Para penyendiri membazirkan kehidupan. Kehidupan mereka terbazir. Mereka tidak pernah menajamkan sesiapa pun. Segelintir orang pada waktu pengebumian mereka hanya kerana tugas; mereka tidak merasakan apa pun kerugian yang benar, kerana si penyendiri di dalam keranda tidak pernah berbuat apa pun untuk memajukan kehidupan mereka ketika dia hidup. Inilah kehidupan yang terbazir, dan ia langsung melanggari arahan Allah untuk mengasihi orang lain (Mar 12:31; Gal 5:13-14).
Biar orang penyendiri meluangkan lebih masa dengan orang baik, dan mereka mungkin ditajamkan untuk menjadi orang yang berguna, tetapi tabiat-tabiat malas yang menurut hati adalah sukar untuk dipecahkan. Sikap mementingkan diri sendiri, kemalasan, dan keangkuhan mengekalkan orang daripada mencari kawan: dia bahagia berkarat bersendirian. Kebebalan, kejahilan dan tabiat-tabiat buruk menghambat seseorang daripada mengekalkan kawan: sebab dia menjauhkan mereka (Ams 18:24).
Latihan sukan yang berjaya memerlukan pertandingan dan/atau latihan dengan orang yang lebih baik daripada dirimu, kalau tidak kemahiranmu tidak akan pernah diuji, kamu tidak akan belajar teknik-teknik yang paling baik, usaha maksima kamu tidak akan dipakai, dan kamu memperdayakan dirimu tentang kemampuanmu. Menjadi penyendiri dan dan mengehadkan kawan-kawanmu adalah seperti bersiap sedia untuk pertandingan Wimbledon main tenis di dalam komputer. Pilihan demikian sudah terjamin menghasilkan kegagalan.
Allah telah mengisytiharkan di Taman Eden bahawa manusia adalah orang yang sosial (Kej 2:18). Seorang isteri dan anak menyediakan masyarakat yang bernilai kepadamu, tetapi ia tidak mencukupi. Jarang isteri menajamkan lelaki seperti lelaki yang lain, sebab itu seperti cuba menajamkan besi dengan besi yang lebih lemah (1Pet 3:7). Perempuan boleh ditajamkan oleh lelaki dan kemudian saling menajamkan perempuan yang lain. Namun, perempuan jarang menyediakan percanggahan besi-besi yang setaraf yang menghasilkan mata pisau yang cerah dan menyilau pada seorang lelaki.
Daud menjelaskan kasih Yonatan sebagai apa yang melebihi perempuan, walaupun pada waktu itu sudah berkahwin dengan Abigail yang sungguh berhikmah (1Sam 25:3; 2Sam 1:26). Yonatan menajamkan Daud dengan menguatkan tangannya di dalam TUHAN dengan provokasi rohani dan janji-janji kesetiaan dan khidmat yang seorang perempuan tidak berupaya dan dan tidak akan buat (1Sam 23:16). Dua kawan ini bersama-sama, menajamkan satu sama lain, membentuk suatu pasukan yang sungguh berkuasa untuk kemuliaan Allah.
Ayub jenis ini yang menajamkan pengaruh di kalangan teman-temannya (Ayb 4:3-4). Saudara-saudara daripada Rom menajamkan rasul Paulus yang sungguh besar (Kis 28:15), sebab ada keselesaan di kalangan saudara yang percaya (Rom 1:12; 15:24). Paulus mengasihi Timotius untuk kesan ini (2Tim 1:3-5), dan dia selalu bersyukur untuk persekutuan para orang kudus di Filipi (Flp 1:3-5). Dan Tuhan kita mengutus guru-guru keluar berpasangan (Luk 10:1; Kis 13:2).
Yesus Kristus memiliki lidah yang terpelajar, dan Dia tahu bagaimana untuk mengucapkan kata-kata pada waktu yang sesuai bagi orang yang memerlukannya (Yes 50:4). Dia dapat dan memang menajamkan banyak orang. Hati dua orang membara di dalam mereka ketika mereka berada bersamaNya hanya pada waktu yang singkat (Luk 24:32). Lihatlah karya mulianya yang telah menajamkan Saulus dari Tarsus untuk menjadi rasul Paulus (Gal 1:11-24).
Bagi sebab ini, Yesus Kristus mentahbiskan gereja-gereja orang kudus, di mana mereka boleh membantu, menyokong, menggesa, memberi amaran, dan menegur satu sama lain bagi keuntungan sesama diri (1Tes 5:14; Ibr 3:12-13; 10:23-25). Ahli-ahli gereja harus menanggung beban satu sama lain dan memalingkan satu sama lain daripada kesalahan (Gal 6:1-2; Yak 5:19-20), yang merupakan tujuan menajamkan gereja. Bagi sebab inilah Paulus memberi amaran tentang orang yang mengabaikan perhimpunan (Ibr 10:23-25).
Gereja yang pertama, di bawah pengaruh Roh Kudus yang kuat, menunjukkan keghairahan besar terhadap persekutuan dan masyarakat orang kudus mereka (Kis 2:42-47). Lihatlah perhubungan karib ahli-ahli mereka dan jadilah insaf untuk berusaha lebih banyak bagi matlamat ini juga. Adakah gerejamu seperti gereja ini untuk menyempurnakan satu sama lain? Jika tidak, mengapa tidak? Jika tidak, apakah yang akan kamu buat?
Ada dua pelajaran yang langsung dan yang penting di sini. Kamu memerlukan kawan-kawan yang mulia dan yang salih untuk memaksimakan pertumbuhanmu, dan kamu perlu menjadi kawan sedemikian kepada orang lain untuk memaksimakan pertumbuhan mereka. Daripada asyik memikir mengapa orang lain tidak melakukan lebih untukmu, atau mengapa mereka berbuat apa yang mereka buat terhadapmu, pilihlah sebaliknya untuk asyik menjadi pengaruh yang menajamkan di dalam kehidupan orang lain, dan untuk dengan belas ihsan mencari niat yang terbaik dan kesan yang diinginkan bagi apa yang mereka buat terhadapmu.
Jika amsal ini benar, maka ada pelajaran-pelajaran yang tersirat yang kamu tidak harus abaikan. Jika kawan baik memajukan akhlak seseorang, maka suami yang berhikmah akan membantu isterinya meluangkan masa dengan kawan baik untuk menjadi isteri yang lebih baik. Perbuatan itulah menyuburi isterinya (Efe 5:28-29). Seorang isteri yang berhikmah juga akan berbuat apa yang sama itu, sambil mengetahui bahawa suaminya akan menjadi lebih baik kerana berada bersama lelaki yang baik. Dan ibubapa akan menjadi proaktif untuk menggalakkan persahabatan bagi anak-anak mereka dengan anak-anak lain yang berhikmah dan yang mulia.
Suatu kikir besi mencukur sedikit demi sedikit pada mata pisau untuk menjadikannya lebih baik, demikian juga kawan yang sejati akan sekali sekala memperbetulkan, mengarahkan, menegur, atau memberi amaran keapdamu. Adakah kamu rela untuk menerima kritikan mereka dengan lebih baik? Daud berkata bahawa dia kira ia suatu kebudian ketika orang benar memukulnya (Maz 141:5), seperti apa yang Abigail yang cantik dan yang berhikmah buat ketika Daud marah (1Sam 25:21-35). Solomo mengisytiharkan bahawa luka daripada kawan lebih baik daripada ciuman musuh (Ams 27:6,9).
Adakah kamu dengan tekun memenuhi perananmu untuk memajukan lagi kehidupan orang lain (Ams 10:21; 11:30)? Adakah kamu pengaruh yang menajam untuk menjadikan mereka lebih berguna dan lebih berhasil? Adakah kamu menghargai dan menggalakkan perhubungan dengan orang baik yang lain bagi penyempurnaan dirimu sendiri, meskipun jika pembetulan mereka dan gesaan mereka sekali sekala mungkin menyakiti atau memilukan? Biar orang benar dan orang berhikmah di bumi menjadi teman yang membantu bagi penyempurnaan sesama diri (Maz 16:3; 101:6; 119:63,79).