Amsal · Proverbs

27:19
Seperti pada air wajah mencerminkan wajah, demikian hati manusia kepada manusia.

Hati manusia adalah serupa. Perasaanmu, keperluanmu, dan balasanmu adalah seperti orang lain. Mengenal dirimu boleh membantumu memahami orang lain. Mengenal mereka akan membantumu belajar akan orang lain. Kamu mengenal orang di sekelilingmu lebih baik daripada apa yang mereka fikir, dan mereka mengenalmu lebih baik daripada apa yang kamu fikir.

Air ialah cermin yang semula jadi. Memandang kepada air menunjukkan gambar muka manusia. Dia dapat melihat bagaimana rupanya, sebab cermin itu cukup tepat. Hati manusia juga serupa, seperti sifat, perasaan, dan kerentanan kita adalah sungguh serupa. Kita boleh mengenal banyak tentang orang lain punya hati dengan mengenal hati kita sendiri, sebab ia sungguh serupa.

Di sinilah kiasan simili yang mudah, suatu perbandingan oleh perkataan “seperti” atau “bagaikan”. Seperti seseorang boleh melihat wajahnya dan mengenal ciri-ciri rupanya melalui apa yang dicerminkan air, demikian juga seseorang boleh mengenal dan memahami orang lain dengan adanya hati yang serupa. Pengalamanmu dalam kehidupan patut memberimu budi bicara dan pemahaman untuk membantu orang lain ketika mereka menghadapi situasi-situasi yang serupa.

Walaupun hati manusia mungkin mencerminkan dirinya oleh hati nuraninya, pengetahuan dalaman itu bukanlah pelajaran amsal ini (Ams 14:10; 20:27; Yoh 8:9; Rom 2:15). Analogi [perbandingan dengan sesuatu] yang dipilih di sini dan kekurangan kata ganti nama refleksif menandakan bahawa Solomo memaksudkan kesamaan hati seseorang manusia dengan hati manusia yang lain. Hati manusia adalah serupa. Terimalah hikmah ini.

Pertimbangkan spesis binatang yang lain seperti burung, binatang dan ikan. Setiap individu adalah istimewa – tiada dua burung atau anjing yang betul-betul serupa. Ia ada perbezaan saiz, warna, pembawaan, dan kekuatan, oleh baka dan oleh individu. Kembar bermaksud mereka ada perhubungan istimewa kepada satu sama lain kerana paling kurang perbezaan.

Tetapi dari segi spesis, mereka semua ada sifat yang sama. Semua burung kakak tua adalah serupa – itu caranya kamu kenal mereka itu burung kakak tua! Mereka tidak ada sifat burung helang, dan mereka tidak mempunyai ciri-ciri burung unta. Kamu boleh banyak belajar tentang burung kakak tua dengan hanya ada seekor sebagai binatang kesayangan. Dan walaupun kamu hanya ada satu hati manusia, kamu boleh belajar banyak tentang orang lain dengan mengenal dirimu sendiri.

Manusia berbeza dari segi saiz, warna, pembawaan, kepandaian, dan kekuatan. Tetapi semua manusia masih ada hati yang sama dan sifat yang asas. Tidak seseorang pun yang ada sifat burung kakak tua, anjing, atau malaikat. Dia seorang manusia, dan hati seseorang adalah serupa kepada hati orang lain, dan keserupaan inilah yang membekalkan kemampuan dalaman untuk seseorang untuk berhubung dengan orang lain.

Keserupaan sifat di antara mana-mana dua orang adalah lebih banyak daripada perbezaan yang dihasilkan keindividuan. Setiap emping salji berbeza kalau menurut individu, tetapi semua emping salji masih merupakan wap air yang telah dibekukan! Walaupun setiap individu manusia berbeza, mereka masih ada sifat yang sama. Walaupun mereka mungkin berbeza dalam kemampuan intelek atau pendidikan, mereka lebih serupa daripada berbeza kalau dibandingkan dari segi balasan dan fikiran asas manusia.

Allah telah menjadikan semua hati manusia serupa (Maz 33:15), dan semua negara dan bangsa diperbuat daripada darah manusia yang sama (Kis 17:26). Untuk memikir sebaliknya adalah untuk mencicirkan pelajarannya. Dari Adam sampai kepada cucumu, manusia terus-menerus memperanakkan generasi yang kemudian di dalam gambar sendiri dan dengan keserupaannya (Kej 5:3). Hati yang sama dan sifat yang sama diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang kemudian.

Hati rosak orang alamiah adalah sama – seseorang manusia adalah seperti manusia yang lain. Mereka semua berjalan menurut aliran dunia ini dan arahan Syaitan (Efe 2:1-3). Mereka semua bebal, gila kenikmatan, beriri hati, dan suka membenci (Tit 3:3). Tiada seorang pun yang memahami, mencari Allah, atau takut akan Dia (Rom 3:9-18). “Mereka semua sudah menyeleweng, mereka semua sekali telah menjadi kotor: tiada yang berbuat baik, tidak ada, seorang pun tiada” (Maz 14:3).

Manusia rohani yang hatinya terjana semula adalah juga sama - seseorang manusia adalah seperti manusia yang lain. Setiap anak Allah tahu percanggahan teruk yang Paulus jelaskan di antara daging dan roh (Rom 7:14-24). Mereka semua tahu keadaan kesempitan Paulus untuk ingin berada dengan Kristus dan ingin berada di sini untuk mengasihi dan melayani orang lain (Flp 1:23-24).

Anak-anak Allah yang sudah lahir baru semua dapat mengaitkan diri dengan keluasan kepelbagaian Mazmur, yang telah dikisahkan Daud dengan intim hal-hal rohani akan pujian, doa, kesesakan dan kesukaan. Kata-katanya yang sungguh peribadi yang menerangkan keadaan-keadaannya dan perasaan-perasaannya juga mencerminkan fikiran hati yang paling dalam di dalam diri mereka; bahkan dengan lebih baik daripada apa yang dapat diluahkan diri mereka sendiri.

Apakah pelajaran hikmah di sini? Kamu boleh mengenal dirimu dengan lebih baik kalau memerhati orang lain. Sebab kamu dapat melihat yang baik (manusia baru), yang buruk (manusia lama), dan yang teruk (percanggahan teruk di antara kedua-duanya). Ia hanya keangkuhan manusia yang memikir bahawa kamu berbeza – lebih baik daripada orang lain. Orang berhikmah akan mengingati, “Seperti pada air wajah mencerminkan wajah”. Orang berhikmah akan merendahkan dirinya kepada orang yang lebih rendah, sebab dia tahu itulah sifat sejatinya juga (Rom 12:16).

Apakah pelajaran hikmah di sini? Kamu boleh mengenal orang lain lebih baik dengan mengenal dirimu sendiri. Sebab kamu mengenal yang baik (damai sejahtera dan sukacita dalam Roh Kudus), yang buruk (keserbasalahan dan kepedihan pencubaan dan dosa), dan yang teruk (ketidakteguhan keadaan mendua hati). Kamu boleh tolong menyokong beban orang lain, dan kamu boleh bersukacita dengan mereka yang bersukacita dan menangis dengan mereka yang menangis (Gal 6:2; Rom 12:15). Kamu boleh berempati [menyelami dan memahami perasaan orang lain] dengan cara Allah mengharapkanmu (Ibr 13:3).

Apakah pelajaran yang lebih lanjut akan hikmah ini? Kamu dapat tahu cara untuk melayani orang lain dengan cara kamu ingin dilayani. Kamu tahu yang baik (tindak laku yang dihargaimu), yang buruk (tindak laku yang dibencimu), dan yang teruk (kepedihan perangai yang berubah-ubah). Peraturan emas menganggap bahawa cara yang kamu ingin dilayani ialah cara yang paling sempurna dan paling sesuai untuk kamu melayani orang lain (Kel 23:19; Luk 6:31).

Adakah lagi hikmah atau tidak? Setiap kali kamu tunduk kepada muntah ucapan-ucapan yang mesra sosial dan mesra politik, kamu merampas untung sejati daripada orang lain dan daripada dirimu sendiri. Kenyataan hatimu boleh memberi satu-satunya bantuan kepada hati orang lain, dan hanya kenyataan hati mereka boleh benar-benar berhubung dengan hatimu. Mengapakah kebanyakan orang membazirkan sebegitu banyak masa dalam borak permukaan yang bebal dan yang cetek!

Pakailah pelajarannya. Kamu boleh memahami tindak laku orang lain dengan lebih baik daripada apa yang kamu akui, sebab mereka hanya melakukan apa yang kamu juga telah lakukan. Kamu patut mengampuni mereka dengan mudah (Pkh 7:21-22).

Kamu boleh turut merasakan penderitaan orang lain, sebab kamu pernah mengenal kepedihan mereka, dan inilah persahabatan sejati dan kasih yang diharapkan di gereja-gereja benar (Rom 12:15; 1Kor 12:26).

Kamu boleh menerima dan memberi nasihat dan hiburan, sebab kamu tahu apa yang kamu ingin, perlu, dan telah terima ketika dalam situasi yang serupa, maka kamu patut sekarang membalas budi (2Kor 1:3-4).

Kamu boleh berdoa untuk satu sama lain dengan empati yang sejati, sebab keluhan-keluhan yang kamu pernah alami boleh dipersembahkan kepada Allah bagi mereka, supaya mereka tidak bersendirian merayu di takhta rahmat.

Tidak seorang yang jujur pun boleh menyatakan, “Tak seorang pun pernah menderita seperti diriku”. Allah dengan jelas-jelas mengisytiharkan bahawa setiap pencubaan manusia adalah biasa, dan tidak tersendiri (1Kor 10:13). Turunlah daripada sikap tinggi hatimu dan rendahkanlah dirimu di hadapan Allah dan semua manusia. Ia lebih menyerupai manusia lain daripada berbeza. Orang lain pernah berada di dalam keadaan itu. Kamu tidak berada di kawasan yang tidak pernah dijelajah.

Yesus Kristus telah dicubai dari segala segi sama seperti kamu dicubai, dan pengalamannya menjadikannya Imam Agung yang berbelas kasihan, setia, membantu, dan yang bersimpati (Ibr 2:17-18; 4:15-16; 5:1-2). Namun Dia tidak pernah berdosa (Ibr 4:15; 7:26)! Sementara Dia menghiburkan orang lain dengan pengalaman pencubaanNya dan janji pengampunanNya, kamu mengenal dukacita, rasa salah, dan rasa malu akan dosa untuk ada peranan yang rendah hati untuk berbelas kasihan dengan orang sampai kepada pertaubatan (Gal 6:2; Ibr 13:3; 1pet 3:8-9).