27:18
Sesiapa yang menjaga pokok ara akan memakan buahnya: demikian dia yang melayani tuannya akan dihormati.
Kejayaan itu mudah, malahan juga bagi orang yang berdarjat rendah dan pandir. Kamu hanya harus menjaga baik-baik seorang boss atau pemilik niaga yang berjaya, dan dia akan menjaga kamu juga. Orang yang menjaga pokok ara itu akan dapat memakan hasil buahnya yang berharga. Demikian juga hamba yang setia akan diberi ganjaran oleh tuannya. Amsal ini adalah untuk mendorong orang berhikmah untuk bertekun dan setia dalam bidangnya.
Kamu boleh yakin akan nasihat ini bagi kejayaan bekerja untuk majikan. Allah hanya membuat kekecualian bagi alasan yang lebih penting. Jika kamu ingin maju, jadikan tuanmu sebegitu gembira sehingga dia tidak dapat tahan untuk mendedahkan kepadamu urusan yang lebih menguntungkan. Kejadian sebegitu telah berlaku sekian banyak kali dahulu; dan ia akan berlaku sekali lagi. Seorang hamba yang berhikmah dapat dinaikkan pangkat sehingga mengatasi seorang anak yang malas atau bebal (Ams 27:2).
Orang setia sungguh jarang pada hari ini (2Tim 3:1-5; Ams 20:6; Maz 12:1), dan ini menjadikan amsal ini lebih berkenaan dengan zaman ini. Perbezaan antara ketekunanmu dengan kemalasan orang lain akan menjadi lebih ketara berbandingkan dahulu – ini juga sama bagi kerianganmu berbandingkan kemurungan mereka, ketepatan masamu berbandingkan kelewatan mereka, ketelitianmu berbandingkan sikap mereka yang tidak ambil berat, ketaatanmu berbandingkan sikap keras kepala mereka. Percayalah! Carilah pokok ara kamu, dan jaganya dengan lebih baik berbandingkan orang lain. Kejayaan itu mudah.
Seorang lelaki muda dengan kemampuan yang sederhana bermula di restoran. Dia daripada bangsa dan dari kawasan yang lain daripada pemilik restoran itu. Lelaki muda ini takut akan Allah dan membaca amsal setiap pagi. Dia awal sampai kerja, kemas, riang, bersemangat, dan penuh tenaga sepanjang hari tanpa mengadu-adu atau mengecewakan. Dia hanya tahu bekerja laju dan lebih laju dan tidak mengenal maksud perlahan. Memperlahankan diri itu menjadikan hari itu rasa panjang dan mencuri keuntungan boss, fikir lelaki muda ini.
Dia mengikuti peraturan tepat-tepat, membawa makan tengah hari sendiri, tidak pernah ponteng kerja, minta lebih tugas ketika masa lapang, membersihkan lebih daripada ruang kerjanya, melakukan kerja dua orang ketika masa paling sibuk, membantu pelanggan tukar tayar pancit, memasukkan lengannya sehingga paras bahunya ke dalam lubang penapis gris untuk mengeluarkan alat dapur, tidak mencuri satu kentang goreng pun, tidak pernah mempersoalkan boss, tidak menawarkan cadangan yang bebal, dan peramah dan menghormati setiap waktu kepada semua orang.
Sebelum bertolak, dia berterima kasih kepada pemilik niaga ini untuk pekerjaannya, dan menawar untuk melakukan apapun yang lain yang diperlukan. Apabila diberitahu seorang pekerja bagi syif kemudian telah menelefon dan mengadu sudah jatuh sakit supaya dapat pergi menjala ikan, dia dengan bersuka merelakan diri untuk bekerja dua syif, walaupun harus melepaskan peluang permainan bola jaringnya pada malam itu. Dia dengan sikap riang bekerja syif yang kedua itu dengan penuh tenaga, menutup stor itu dengan rapi, membawa untung hari itu kepada bank, dan mengeposkan surat-surat bagi pemilik niaga itu.
Waktu dia bermula, dia mendapat upah yang paling minima. Selepas setahun, dia dinaikkan pangkat kepada Penyelia. Selepas dua tahun, dia menjadi Penolong Pengurus. Selepas tiga tahun, dia menjadi Pengurus Stor yang paling muda dalam sejarah rantaian kedai ini. Selepas empat tahun, pemilik niaga ini memberikannya 25% keuntungan stor itu untuk ditambahkan lagi kepada gajinya dan selepas itu bersara. Pada hari ini, dia memiliki 5 stor dan sedang cari tempat untuk bersara.
Terlalu baik untuk menjadi kenyataan? Yusuf bermula dengan upah yang paling rendah – perhambaan! Dalam tiga belas tahun dia bertakhta di negara yang paling kaya di dunia. Dia menemui tiga pokok ara, dan dia itu penjaga yang paling diidamkan ketiga-tiga pokok ara itu – Potifar, penjaga penjara, dan Firaun. Biar Allah benar!
Terlalu baik untuk menjadi kenyataan? Elisa itu hanya seorang hamba membajak tanah ketika dia menemui pokok aranya untuk dijaga, yakni pelayanan Allah dan Elia. Tetapi dia sebegitu giat melayani dua tuan ini sehingga dia diberi urapan dua kali ganda roh Elia (1Raj 19:19-21; 2Raj 2:1-15). Sungguh hebat! Biar Allah benar! Biar setiap orang memenuhi panggilan rajaninya sebagai pelayan Raja segala raja.
Pembaca, bagaimanakah kamu menjaga pokok aramu? Ketekunan yang setia membawa kehormatan. Melayani tuanmu menaikkan pangkatmu. Jangan mengadu; pergi bekerja. Kamu memerlukan penyucian lebih daripada memerlukan pendidikan. Kamu tidak memerlukan kepandaian; kamu memerlukan ketekunan. Kamu tidak memerlukan penaja; kamu memerlukan motor. Kamu tidak memerlukan peluang; kamu memerlukan kerendahan hati. Kemampuan paling besar yang harus ada padamu ialah kebolehharapan. Sikap berbudi baik selalu mengatasi kepandaian.
Pertama, kamu harus cari pokok ara. Tiang pagar bukanlah pokok ara. Mungkin tiang itu kayu, tetapi ia tidak menghasilkan buah. Kamu tidak ingin berada di suatu perniagaan yang sedang mati, tidak kira betapa kamu sukanya atau percaya kepadanya. Jika ia tidak mendatangkan untung, apakah maksudnya? Ia tidak mendatangkan untung! Kurangkan kerugianmu! Kamu mungkin tinggalkan tiang pagar itu bersamamu di katil, namun ia tidak akan menghasilkan buah. Keluarlah daripada perniagaan atau bidang itu dan carilah satu yang diperlukan dan sedang bertumbuh.
Suatu tiang elektrik bukanlah suatu pokok ara, walaupun kayu dan sangat tinggi. “Peluang berniaga” yang diceritakan seseorang penjual dengan jam tangan yang mahal hanya suatu dongeng. Jangan pedulikan Rolexnya yang disewakan dan kemegahannya akan kekayaan. Orang sedemikian tidak ada pokok ara yang benar, kerana jika ada, dia akan makan daripadanya dan bukan mengangkat-angkatmu supaya pergi menjual sarap yang mahal-mahal memang tidak dapat dijual di pasaran yang benar. Jika dia tidak ada perniagaan tanpamu, jangan berikan dia berniaga denganmu. Jauhkan diri daripadanya! Pemasaran jaringan bukan suatu pokok ara – ia suatu penjualan piramid yang 98% anggotanya dipotong leher untuk membayar 2% yang lain yang mengambil “keuntungan” itu.
Suatu pokok beringin bukanlah suatu pokok ara, walaupun nampak sepertinya kepada orang yang tamak dan terburu-buru. Ia tidak akan menghasilkan buah ara, tidak kira berapa banyak kali kamu menyiramnya dengan air. Jangan mendengar cerita menarik yang bunyinya terlalu baik berbandingkan kenyataan. Kalau ia berbunyi terlalu baik berbandingkan kenyataan, maka ia suatu bohong. Cukup mudah? Tolaklah semua penjual yang suka bercakap banyak. Jika gagasan-gagasan mereka betul-betul berkesan, kamu orang yang paling terakhir dalam fikiran mereka (Ams 12:11; 14:23; 28:19). Carilah suatu pokok yang menghasilkan buah ara.
Kamu memerlukan suatu pokok ara benar yang menghasilkan buah benar yang dapat dilihat dan disentuh – suatu perniagaan yang berjaya dalam suatu bidang yang perlu dan ada potensi. Solomo mencadangkan pertanian (Ams 12:11; 27:23-27; 28:19). Bidang makanan juga boleh jadi (Peng 5:9). Pemborongan juga boleh jadi (Ams 31:24). Harta tanah perdagangan juga boleh jadi (Ams 31:16). Perbankan juga boleh jadi (Mat 9:9). Percetakan juga boleh jadi (Peng 12:12). Pembinaan juga boleh jadi (1Raj 11:26-28). Apapun boleh jadi jika masyarakat sudah memerlukannya atau mengingininya.
Kedua, jagalah pokok itu dengan baik. Alkitab memberitahu kamu bagaimana berbuat sebegitu. Jangan sesekali memanjang tangan kepada satu sen pun (Tit 2:10), suka mempersoalkan boss kamu (Tit 2:9), memalukan boss (Ams 17:2), atau bermain-main untuk seketika pun (Peng 10:1). Kerja keras lebih daripada sesiapapun (Ams 22:29), berjawab ketika boss bertanya kepadamu (Ams 29:19), senangkan boss dalam segala perkara (Tit 2:9), hormatilah kekuasaan (Peng 10:7), bekerja pintar (Ams 14:25), dan tunjukkan keramahan (Ams 18:24). Kejayaan itu mudah! Petiklah buah itu dan makan sahaja.
Adakah kamu anggap ia terlalu merendahkan diri untuk melayani seorang lelaki atau perempuan dengan kesetiaan dan kesungguhan seorang hamba abdi? Maka kamu terlalu angkuh untuk kejayaan, jadi biasakanlah diri menonton iklan televisyen tanpa apapun wang untuk membeli (Ams 21:25-26). Jika kamu seorang lelaki, dapatkah kamu melayani seorang boss atau pemilik perniagaan sebegitu tekun sehingga dipanggil isteri pekerjaannya? Terlalu bodoh bagimu? Bagus! Pembaca yang lain dengan hikmah akan mengambil alih kedudukanmu itu.
Adakah kamu anggap pendekatan yang sebegitu sederhana dan kolot berkesan pada zaman kini? Sudahkah pejuang sosial (aktivis), yang tidak pernah bekerja sehari dalam kehidupan mereka itu, berbohong kepadamu bahawa diskriminasi akan menghalang tuan daripada menghormatimu atau menghalang pokok aramu berbuah? Ingatlah Yusuf di Mesir! Daniel di Babel! Ester di Persia! Diskriminasi biasanya suatu alasan bohong oleh orang malas yang inginkan pemberian percuma (Ams 17:2; 22:13; 26:13; 20:4). Allah buat peraturan ekonomi tentang hamba pun yang menyokong amsal pokok ara ini (Kel 21:20-21).
Ketiga, buat segalanya baik waktu bekerja mahupun bukan waktu bekerja, bagi Tuhan Yesus Kristus, dengan hati yang tertumpu dan yang sungguh-sungguh bagi kemuliaanNya (Efe 6:5-7; Kol 3:22-23). Jika kamu mengutamakan kerajaanNya dalam hidupmu, Dia akan menambahkan kepadamu segalanya yang kamu perlukan atau inginkan (Mat 6:33; 1Raj 3:10-13). Jika kamu bersuka dalamNya, Dia akan memberikan keinginan hatimu (Maz 37:4). Jika kamu berjalan dengan jujur, Dia tidak akan menahankan apapun yang baik kepadamu (Maz 84:11). Allah akan berpihak kepada orang benar setiap kali, jadi serahkan hatimu, mindamu, dan hidupmu kepadaNya (Maz 112:1-3).
Pembaca, janganlah berkata kamu telah melakukan semua ini dan masih berpangkat rendah, sebab peraturan ini benar seperti mana-mana ayat dalam Alkitab. Ia benar seperti graviti. Kamu sedang menipu dalam sesuatu, kerana peraturan ini memang berkesan. Adakah kamu memiliki pokok? Adakah kamu menjaganya dengan baik? Adakah Tuhan itu yang utama? Adakah masih ada ruang bagimu untuk maju dalam mana-mana syarat ini? Jadi bertaubat dan bertekun sekarang juga!
Kalau-kalau sudah dapat pokok yang salah? Tidak mungkin kalau kamu sudah berusaha dengan wajar untuk mengelak tiang pagar, tiang telefon, dan pokok beringin. Tuanmu di syurga pasti akan nampak kesungguhanmu pada pokok yang salah pun dan akan memberi ganjaran kepadamu secara wajar (Efe 6:8; Kol 3:25). Percayalah! Pokok itu kurang terlibat dalam kejayaan berbandingkan jerih payahmu yang tekun dan kasihmu bagi Tuanmu di syurga. Dia akan mengatasi masalah pokok kamu apabila kamu mengatasi masalah ketekunanmu. Sudahkah kamu lupa akan Musa? Daud? Abigail? Mordekai?
Bagaimana dengan pokok ara agamamu? Saulus dari Tarsus dengan jahil memilih pokok yang cukup jahat – ia menghasilkan buah beracun – tetapi dia menjaganya dengan cukup setia. Dia tidak tahu kebenaran, tetapi dia cukup-cukup setia dengan apa yang dia tahu. Jadi, Tuannya, Yesus Kristus naik pangkatnya kepada rasul orang bukan Yahudi bagi kesetiaannya itu (1Tim 1:12-14). Berilah kemuliaan kepada Allah! Bagaimanakah kamu menjaga pokokmu? Dengan hatimu yang sepenuhnya? Dapatkah Allah menghitung kamu sebagai setia?
Pembaca yang sudah dijanakan semula, ada pokok ara mulia yang hanya kamu kenal. Pokok ara ini ialah Tuhan Yesus Kristus dan kerajaanNya. Yesus berkata, “Jika sesiapapun melayaniku, dia akan dihormati Bapaku” (Yoh 12:26). Berapa banyak kehormatan? Yesus berkata semula, “Diberkatilah hamba-hamba itu, yang apabila tuan sampai akan didapati berjaga-jaga: sesungguhnya aku berkata kepadamu, bahawa tuan itu akan mengikat pinggangnya, dan mendudukkan mereka untuk makan, dan akan datang untuk melayani mereka” (Luk 12:37). Bolehkah ini benar? Sesungguhnya, ada ganjaran bagi orang benar (Maz 58:11).
Dapatkah kamu mendengar Tuan Yang Berbahagia dan Yang Esa itu berkata, “Syabas, wahai hamba yang baik dan setia: kamu sudah setia mengurus sedikit, Aku akan menjadikanmu pemerintah atas banyak yang lain: masuklah kamu kepada kesukaan tuanmu” (Mat 25:21,23). Inilah pokok ara yang paling penting – Yesus Kristus. Bagaimanakah kamu melayaninya? Mahkota sudah disediakan bagi yang setia (2Tim 4:7-8).
Berapakah mulia kehormatan ini? “takhta Allah dan Domba itu akan berada di dalamnya; dan hamba-hambanya akan melayaninya: Dan mereka akan nampak wajahnya; dan namanya akan berada pada dahi mereka” (Wah 22:3-4). Kemuliaan! Tuhan, pimpinlahku kepada pokokMu, dan aku akan menjaganya dengan setia.