Amsal · Proverbs

27:20
Neraka dan kebinasaan selalu tidak kenyang; demikian mata manusia selalu tidak akan puas.

Ada selalunya ruang bagi satu lagi orang bebal untuk hidup secara disfungsi dan mati kematian yang memedihkan. Neraka dan kebinasaan selalunya tidak penuh, jadi orang bebal terus bernafsu terhadap hal-hal jahat yang akan membinasakan kehidupan mereka. Mata manusia tidak pernah puas, jadi orang bebal bergegas kepada kepedihan dan kerugian mereka sendiri setiap hari. Selalunya ada ruang bagi satu lagi. Harus mengapa kamu membinasakan diri sendiri, hai orang bebal?

Tiada had kepada perkahwinan yang tidak ada kasih, kanak-kanak terabai, hati sunyi, si lamban yang kurang berusaha untuk majikan, kematian awal, pemimpi yang kebuluran, dan celaka-celaka yang lain. Kamu dapat mengikuti mereka, hai pembaca. Penjara ada kurang ruang kosong kerana salah satu lagi orang bebal muncul untuk memenuhi rumah pedih itu. Mahkamah Penceraian tidak pernah tutup kerana satu lagi orang bebal pilih untuk kahwin kerana nafsu daripada kahwin kerana iman atau pilih untuk bercerai kerana perasaan daripada bercerai kerana fakta. Kumpulan memulihkan orang mabuk selalu ada anggota yang baru, kerana satu lagi pemabuk yang tidak rela untuk menolak segelas alkohol ada berdekatan. Neraka dan kebinasaan tidak pernah penuh.

Orang bebal sungguh tidak munasabah. Mereka selalu mengingini, berhajat, dan bernafsu untuk sesuatu yang membahagiakan hati – yang langsung tidak akan di temui mereka. Mereka fikir seorang lelaki, seorang perempuan, seorang anak, sebuah rumah, sejumlah wang, sebuah kereta, sebuah bot, kasih sayang daripada seorang bebal yang lain, perkahwinan, suatu peristiwa, suatu kenaikan pangkat, atau sesuatu yang lain akan menjadikan mereka bahagia. Tetapi mereka langsung tidak menemuinya, tidak kira betapa keras dan lama mereka mencari. Mereka sudah dibencanakan kemurungan; mereka berada di treadmill kepedihan yang tidak menuju ke mana-mana.

Mereka tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada, walaupun ia banyak; mereka membayangkan bahawa ada sesuatu lagi yang mengujakan untuk menjadikan mereka bahagia. Mereka hidup dengan geram dan dengan sunyi, dengan harapan menemui Nirvana, dan kemudian mereka mati dan bangun di neraka. Betapa sengsara kewujudan mereka! Neraka dan kebinasaan tidak pernah penuh. Mata orang bebal selalu tidak puas. Kebebalan dan dosa ialah hal yang sungguh teruk – ia mencuri sukacita kehidupan sebelum merampas nyawa manusia menuju ke kubur yang sejuk.

Neraka dan kebinasaan ialah kehidupan yang sengsara dan yang memedihkan dan suatu kematian yang tidak perlu (Ams 23:13-14). Lautan api tidak pernah penuh juga. Ia selalu ada ruang. Tetapi pelajaran di sini adalah tentang kehidupan yang memedihkan. Kamu dapat membinasakan perkahwinanmu, gagal membangunkan anakmu, hidup dengan jiwa yang sunyi dan yang geram, atau merosakkan kehidupanmu dengan cara yang lain. Kamu dapat menemui neraka dan kebinasaan.

Tetapi kematian pada hujung kehidupan juga pasti, dan ia dapat datang lebih awal daripada apa yang kamu bayangkan. Kubur tidak pernah berkata, “Cukup” (Ams 30:15-16), jadi orang bebal mencari jalan yang baru untuk hidup dan mati dengan sengsara. Tidak kira betapa banyak jenazah yang diturunkan ke tanah setiap hari, masih ada ruang bagi lebih. Kamu tidak akan dikembalikan kepada negeri orang hidup, jadi, maksimakan kehidupanmu pada hari ini!

Mata manusia tidak pernah puas, kerana manusia mendambakan segala apa pun kecuali Allah. Tiada keakhiran kepada nafsu daging dan matanya dan keangkuhan hidupnya (1Yoh 2:15-17). Setiap orang bebal fikir sedikit lagi ini dan sedikit lagi itu akan menjadikannya bahagia. Dia tidak dapat berehat; dia memimpikan sesuatu yang lebih baik; dia memerlukan sesuatu peristiwa untuk membawanya rasa keterujaan. Dia tidak mahu menerima keadaannya yang semasa, sebab dia fikir dia sendiri terlalu baik untuk itu. Dia fikir pada masa depan dia akan menemui sesuatu yang akan membawanya damai dan sukacita.

Beri seorang perempuan suami yang baik: dia masih akan ingin lelaki yang lain. Beri lelaki pekerjaan yang baik: dia masih ingin lebih. Beri perempuan suatu rumah dan kanak-kanak yang bahagia: dia masih ingin sesuatu lagi untuk diceburi. Beri lelaki pendapatan yang baik: dia masih ingin lebih. Beri perempuan tubuh yang baik: dia masih ingin ia lebih baik. Masalahnya bukan kemajuan; masalahnya ialah keutamaan-keutamaan yang tidak terkawal sehingga membawa ke ambang dosa. Mengapakah manusia dengan isteri yang cantik bercerai lebih kerap daripada mereka yang ada isteri yang sederhana? Mengapakah perempuan yang dapat berpuas hati dengan Tuhan selalunya geram dan mencari-cari lebih?

Perempuan asing – melalui dosa-dosa berkendak dan berzina – menarik lelaki ke maut dan neraka (Ams 2:18-19; 5:5; 7:27; 9:18; Pkh 7:26). Tetapi selalunya ada ruang bagi satu lagi orang bebal untuk memakai selindung kegelapan untuk mendekati rumah perempuan itu untuk mengecap tawaran-tawaran perdayaannya (Ams 7:6-10). Dia nampak kecantikannya dan mendengar kata-kata mengampunya dan sungguh pasti bahawa dia telah menemui harta karun kenikmatan. Orang bebal tidak puas hati dengan isteri sendiri, jadi, kebinasaan penzinaan yang menyengsarakan selalu ada ruang bagi satu lagi orang bebal untuk diterima ke dalam penjunaman kebinasaannya.

Adam dan Hawa tidak puas hati di Firdaus, dan itu mengakibatkan segalanya lenyap. Dia yang suka perak tidak akan dipuaskan dengan perak, yang adalah kesia-siaan dan kegemasan roh (Pkh 5:10). Kedambaan ialah penyembahan berhala dan suatu kejahatan, yang akan kerap membawa kegemasan dan ketidakbahagiaan (Efe 5:5). Hati manusia selalu ingin sesuatu yang lain atau sesuatu dengan lebih, dan kegusaran jahat ini terhadap Allah dan nafsu bagi benda baru akan membawa mereka turun ke kebinasaan.

Kesalihan bersertakan kepuasan ialah keuntungan besar (1Tim 6:6). Tetapi orang bebal tidak dapat memahami pelajaran ini! Mereka mendengarnya, tetapi mereka tidak dapat mempelajarinya. Sebab mereka sudah menyakinkan diri mereka sendiri – memperdayakan diri sendiri – bahawa ada sesuatu yang lain yang dapat mengujakan dan memuaskan jiwa mereka itu. Tetapi Allah Yang Berbahagia langsung tidak akan membiarkan kamu menemui apa pun positif di luar diriNya (Pkh 7:14), jadi orang yang hatinya dan matanya dibiarkan tersangkut kepada hal kehidupan ini sudah dibencanakan menuju arah kesengsaraan.

Hai pembaca! Adakah kamu tidak puas hati, geram, dan menderita sesuatu kesengsaraaan dan kepedihan dalam kehidupanmu? Itu salahmu sendiri! Kamu telah memilih nafsumu sendiri mengatasi Allah dan syurga. Kamu melindungi dosa-dosa belaanmu; dan kamu benci pembetulan daripada guru-gurumu; kamu harap untuk memperlakukan diri menurut kepandaianmu. Jika kamu menjadikan Allah Yang Berbahagia milikmu yang abadi, kamu selalu akan puas dan dipenuhi sukacita (Maz 16:11; 73:25-26). Jika kamu pilih hikmah, kamu dapat menemui kehidupan dan terlepas daripada maut (Ams 13:14; 14:27). Selalu adanya ruang bagi satu lagi orang yang takut akan Allah!