27:21
Seperti kui peleburan bagi perak, dan perapian bagi emas; demikian seseorang bagi pujian yang diterimanya.
Perak dan emas dikenalpastikan, diasingkan, dan disucikan daripada tahi leburan di dalam kui atau api peleburan. Di sana pencubaan kehangatan yang besar mengasingkan logam yang tidak bernilai daripada logam yang berharga. Hasil peleburan yang panas itu hanya meninggalkan logam yang suci yang siap untuk dipakai bagi barang kemas tulen.
Pujian ialah pencubaan yang berapi-api bagi manusia (Ams 17:3).Jika seseorang tiada akhlak atau lemah akhlak, maka pujian akan menjadikannya angkuh, menganggap dirinya pandai, dan suka menguasai orang. Jika seseorang ada akhlak yang berharga atau akhlak yang teguh, maka pujian langsung tidak akan memberi kesan kepadanya. Dia akan meneruskan perlakuannya yang rendah hati itu, sambil memuliakan Allah dan bersyukur untuk apa pun kebaikan yang mungkin dia dapat buat terhadap orang lain.
Pujian menghasilkan suatu ujian yang keras sekali terhadap jiwamu. Pujian akan menunjukkan apa jenis kelakuanmu itu. Ia akan membuktikan suatu roh salih yang rendah hati atau suatu roh keiblisan yang angkuh. Adakah kamu mendambakan pujian manusia? Adakah ia sungguh menyenangkan jiwamu? Atau kamu tahu dengan sepenuh-penuhnya bahawa ia tidak mungkin benar? Adakah kamu takut kepada pujian manusia? Sudahkah kamu memahami dengan sepenuhnya bahawa apa pun kebaikan dirimu atau milikmu itu merupakan suatu anugerah daripada Allah?
Hai pembaca, apakah yang dimilikimu yang tidak diberikan kepadamu? Jika apa yang kamu miliki itu merupakan pemberian daripada Yang Lain, maka bagaimana pula kamu mungkin nak angkuh atau bermegah di dalamnya, akan seperti itu pencapaianmu sendiri? Satu-satunya perbezaan antara kamu dengan orang lain ialah anugerah Allah (1Kor 4:7). Beri pujian kepadaNya!
Mereka yang telah diajar Roh Kudus akan mengesan bahaya yang besar di dalam pujian. Kamu harus memakai papan tanda pada dirimu yang menyatakan bahawa kamu mudah terbakar, untuk menjauhkan kepanasan atau percikan api daripada dirimu. Kamu harus amat takut kepada pujian daripada takut kepada teguran, sebab yang salah satu itu menghasilkan buah baik rendah hati dan arahan, dan yang satu lagi akan mengerjakan kebinasaanmu dengan racun yang paling menyenangkan. Benih keangkuhan masih hidup di dalam jiwa yang paling kudus pun, dan hanya sedikit pujian sudah cukup untuk menyiramnya sampai ada pertumbuhan yang mendadak dan menyeluruh sehingga ia menghimpit keberhasilanmu berbuah lalu membawa penghakiman.
Kamu sudah diberi amaran tentang pujian di dalam bab ini. Pertama, kamu telah diberitahu untuk membiar orang lain memujimu, tanpa mengusahakan apa pun pujian sendiri (Ams 27:2). Kedua, kamu diberitahu bahawa terguran dan luka daripada kawan lebih baik daripada kasih dan ciumanmusuh yang mengampu (Ams 27:5-6). Kemudian kamu diajar untuk tidak mempedulikan pujian dan ampu yang terlampau, sebab ia lebih seperti kutuk daripada berkat (Ams 27:14). Adakah kamu faham dan mempraktikkan setiap amaran ini tentang pujian? Sudahkah kamu menanggap bahaya dan godaannya?
Daud, selepas membunuh Goliat, dapat membuka jalannya sendiri. Pendapat umum sudah cukup untuk meneguhkan takhtanya; lagi pula, dia sudah diurapi sebagai raja (1Sam 16:1-13). Tetapi dia memberitahu Saul bahwa dia hanya seorang anak kepada hamba Saul, iaitu Isai, orang Betlehem (1Sam 17:58). Ketika ditawarkan anak perempuan Saul, Daud berfikir bahawa kemuliaan itu terlalu besar baginya (1Sam 18:17-24). Dia sungguh berbudi baik walaupun menerima penyanjungan semua orang dan lagi pula memenangi hati Yonatan (Ams 22:11).
Banyak orang bukan seperti Daud. Dengki Saul membinasakannya kerana Israel memuji Daud lebih daripadanya (1Sam 18:6-11). Absalom, sementara mendengar pujian sepanjang hayatnya, memakai pujian untuk memenangi hati orang lemah di Israel (2Sam 14:25; 15:1-6). Herodes yang angkuh patut sudah jatuh tersungkur untuk menegur para pelobi dari Tirus dan Sidon (Kis 12:20-23). Diotrefes mendapat teguran sengit daripada Yohanes kerana menyukai tempat keutamaan (3Yoh 1:9).
Masa tidak mengizin untuk bercerita tentang keemasan akhlak Yusuf, Daniel, dan para rasul Tuhan Yesus. Dua orang yang pertama itu tidak membenarkan jawatan yang tinggi mereka itu untuk memberi kesan kepada roh mereka yang rendah hati dan yang kudus. Dan kumpulan orang yang ketiga itu, yang dengan kuasa ajaib untuk menyembuh dan membangkitkan orang mati telah dipuji sebagai allah-allah, namun menolak sekeras-kerasnya apa pun perhatian sedemikian (Kis 3:11-12; 10:25-26; 14:11-18; 28:1-6).
Oleh sebab sifat jawatan biskop, seseorang calon jawatan tersebut tidak boleh jadi orang yang baru beragama Kristian, supaya jangan sanjungan bagi kerja itu (1Tes 5:13) menjadi suatu jerat kepada jiwanya (1Tim 3:6). Raja Babel telah kembang hidung kerana jawatan tingginya dan telah mengidam-idamkan kehormatan Yang Maha Tinggi (Yes 14:4-15), dan dia suatu contoh besar tentang bahaya keangkuhan dan pengutukan keras daripada Allah kerana itu.
Ahli bijaksana Agur, walaupun seorang nabi yang diselitkan ke dalam kitab Amsal ini, telah menghitung dirinya sebagai sungguh kebinatangan (Ams 30:1-3). Raja Salomo telah memikirkan dirinya sebagai seorang bayi tanpa kemampuan memerintah ketika berbual peribadi dengan Allah (1Raj 3:7). Dan rasul yang paling hebat menganggap dirinya sendiri sebagai kurang daripada orang kudus yang paling rendah dan kurang daripada pendosa yang paling buruk (Efe 3:8; 1Tim 1:15).
Pertimbangkan juga Tuhan Yesus Kristus, yang telah meninggalkan takhta kemuliaan untuk menjadi seorang hamba di kalangan manusia (Flp 2:5-8). Dia lagi mohon supaya jangan mukjizat ajaib yang dilakukannya itu disiarkan, sebab Dia tidak sedikit pun minat dalam pujian manusia (Mar 7:36).
Sediakan hatimu terlebih dahulu, hai pembaca, supaya apabila ditawarkan air pujian yang mematikan itu, kamu dapat dengan sopan santun dan dengan cepat dan mahir mengalihkan perhatian itu ke syurga, dari mana semua berkat dikurniakan. Kamu kosong tanpa Dia, dan kamu harus memberiNya segala kemuliaan.