Amsal · Proverbs

30:1
Kata-kata Agur anak kepada Yake, yakni nubuatan: orang ini berucap kepada Itiel, malah kepada Itiel dan Ukal,

Ilham Allah adalah segala-galanya. Pengarangnya bukanlah sangat penting. Firman Allah ialah apa yang harus diambil kira. Orang yang telah menulis kata-katanya tidak penting. Seluruh Alkitab menguntungkan, termasuk ayat ini. Adakah kamu faham keistimewaan dan tanggungjawab ketika Allah menyatakan kata-kataNya kepadamu?

Di sinilah pengenalan yang berilham kepada Amsal punya bab yang hampir terakhir. Dengan memakai beberapa penulis, Allah ialah Alkitab punya pengarang. Nabi Agur hanya salah seorang hambanya. Dia mengajar amsal dalam bab ini, dan Raja Lemuel mencatatkan kata-kata ibunya yang berilham dalam bab yang terakhir. Kedua-dua bab ini dikepilkan kepada amsal-amsal terpilih Salomo (Ams 1:1; 10:1; 25:1).

Tiada yang dapat kita tahu tentang Agur kecuali apa yang tertulis dalam bab ini. Dia tidak dikenali di seluruh tempat Alkitab lain dan juga tidak dikenali di sejarah. Tetapi oleh sebab Allah telah memberinya hikmah yang sempurna untuk pelajaran-pelajaran hikmah ini, ia telah tercatat bagi kamu di Alkitab. Ia sebahagian daripada perpustakaan ilahi, yang Allah telah kekalkan hikmah untuk kehidupan yang makmur bagi anak-anak angkatNya.

Bab ini mengandungi kata-kata Agur, iaitu kata-kata Allah yang diberi kepada Agur untuk membentuk bahagian Alkitab ini. Ilham ialah mukjizat Allah yang menaruh kata-kataNya ke dalam manusia untuk dicatatkan bagi generasi-generasi yang kemudian, termasuk dirimu (Maz 45:1; Yes 30:8; 2Pet 1:21). Kata-kata bab ini telah diilhamkan, sebab ia dijelaskan di sini sebagai nubuat, yang merupakan wahyu daripada Allah.

Ayah Agur ialah Yake. Kita tidak tahu apa pun melebihi maklumat itu tentang kedua-dua orang tersebut. Tetapi Kitab Amsal mengajar tentang ayah dan anak lelaki. Ayah mengajar hikmah kepada anak-anak lelakinya (Ams 22:6; 1:8; 4:1-4; 6:20). Anak-anak lelaki merendahkan diri kepada kata-kata ayah mereka (Ams 2:1; 3:1; 4:20; 23:26). Hai ayah! Sudahkah kamu memenuhi perananmu ini? Hai anak! Sudahkah kamu mendengar dan mengekalkan doktrin ayahmu?

Agur berbicara kepada Itiel dan Ukal; mereka merupakan murid-muridnya. Allah memilih untuk menyampaikan hikmah dari satu generasi kepada yang kemudian melalui komunikasi lisan, berdasarkan firmanNya yang tertulis (Ams 10:21; 22:17-21; Mal 2:7; Rom 10:14-15; 1Kor 1:21; 2Tim 2:2). Separuh permintaan doamu haruslah untuk meminta Allah mengutus para pengkhutbah dan memberkati usaha-usaha mereka (Luk 10:2; 2Tes 3:1-2).

Itiel dan Ukal berhikmah kerana mencari seorang guru untuk kebenaran dan mendengar kata-katanya. Walaupun kata-kata Agur agak keras dan terus-terang, mereka telah membuat pilihan yang amat berhikmah. Hanya sesetengah orang yang mahu mengasingkan diri daripada aktiviti-aktiviti dunia untuk mencari hikmah (Ams 18:1; Kis 17:11). Hanya segelintir orang yang diberi berkat dan sukacita untuk dapat menghadiri kebaktian khutbah seperti yang di bawah kepimpinan Nehemia (Neh 8:1-12).

Hai pembaca, adakah kamu seperti Itiel dan Ukal? Sudahkah kamu mencari seorang pengkhutbah seperti Agur untuk mengarahmu dalam kebenaran Allah, seperti Kornelius mencari Petrus (Kis 10:1-8,30-33)? Sudahkah kamu merendahkan dirimu kepada pengajaran guru, seperti yang dibuat sida-sida Etiopia itu kepada pengajaran Filipus (Kis 8:26-40)? Setelah kamu menemui guru firman Allah sedemikian, janganlah memandang hina atau tidak mentaati khutbahnya, supaya jangan Allah menghakimimu kerana itu (Luk 8:18; 1Tes 5:20; Yeh 33:30-33).

Adakah kamu seperti Agur? Sudahkah kamu mengongsikan dengan orang lain kepastian firman kebenaran seperti yang dilakukan Elihu kepada Ayub dan kawan-kawannya (Ayb 32:1-22)? Raja Salomo menulis Amsal dari bab 1-29 bagimu untuk belajar dan tahu kepastian firman kebenaran untuk dikongsikan dengan orang lain (Ams 22:17-21). Adakah kamu yakin akan kebenaran dan ingin membantu orang lain seperti Lukas menulis kepada Teofilus (Luk 1:1-4; Kis 1:1-5), sebab itulah sebahagian daripada tugas Kristianmu dan suatu peluang istimewa bagimu (1Pet 3:15).