3:11
Anakku, janganlah benci hukuman TUHAN; dan janganlah menjadi jemu akan pembetulanNya:
Perkara buruk terjadi kepada anak-anak Allah. Mengapa? Sebab Allah menghukum mereka di dalam kasihNya bagi dosa-dosa mereka. Jangan berasa geram atau lemah di tengah-tengah pencubaanNya di dalam hidupmu, sebab ia membuktikan kasihNya kepadamu; ia menghentikan kamu daripada berdosa; dan ia memimpin kepada penyempurnaanmu. Allah menghukum, atau menyampaikan hal-hal yang negatif ke dalam hidupmu, kerana Dia sukakanmu dan ingin kamu menjadi lebih baik bagiNya.
Penderitaan memang mengena setiap percayawan. Kesusahan, kesukaran, kesakitan dan masalah ialah alat-alat Allah yang Mahakasih yang dipakai untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan dan menyempurnakan anak-anakNya. Janganlah geram terhadap hukumanNya dan menjadi jemu dengan halangan-halangan yang disampaikan Allah kepadamu, kamu harus bersukacita bahawa Dia mengasihi kamu dan ingin kamu menjadi sempurna. Jika Dia meninggalkan kamu bersendirian, maka kamu seorang anak gampang, dan bukanlah anakNya sendiri (Ibr 12:7-8)!
Tidak ada seorang pun yang suka penderitaan, kesukaran atau masalah. Inilah perkara yang kamu cuba elak sebaik semungkin di dalam kehidupan. Tetapi Tuhan menyampaikannya dengan kasih, sebab Dia mampu memakainya untuk mengajar kamu jauh lebih daripada apa keadaan damai dan kemakmuran boleh mengajarmu. Waktu-waktu baik memang rasa manis, tetapi ia tidak pernah membentuk sesiapapun untuk menjadi lebih baik. Waktu-waktu sukar memang rasa pahit, tetapi ia menjadikanmu lebih kuat dan lebih berhikmah.
Memang mudah untuk merungut terhadap Allah dan mengadu kepadaNya, “Tuhan, mengapa kamu mengenakan ini kepadaku?” Memang mudah untuk berkata bahawa Dia tidak adil dan kamu tidak layak untuk menerima masalah. Memang mudah untuk menjadi kecewa dan berfikir untuk menarik diri daripada lumba lari ini. Ayub pun pernah jatuh ke dalam fikiran-fikiran sebegitu. Tetapi Elihu memberitahu Ayub bahawa Ayub itu salah, Allah itu betul, dan Ayub boleh menghentikan pelajaran-pelajaran yang menyakiti ini dengan merendahkan dirinya (Ayub 33:12).
Ada empat sebab mengapa perkara buruk berlaku kepada seseorang Kristian. Dia sedang dihukum kerana dosa di dalam hidupnya; dia sedang menderita kerana kesan semulajadi daripada perbuatannya yang bebal; dia sedang diuji untuk membina imannya; atau Allah sedang menyatakan kemuliaanNya di dalam kehidupan orang itu. Tujuan penelitian diri sendiri adalah untuk meneliti keadaanmu untuk mencari pelajaran Allah di dalamnya. Apabila seseorang manusia mengenal bahawa sesuatu hal itu merupakan tindakan Allah, dia patut menunduk dengan rendah hati kepadanya dan bersuka di dalamnya.
Peristiwa negatif yang disampaikan Allah mungkin berlaku di dalam apapun aspek kehidupanmu dan ia tidak semestinya mengujimu di dalam aspek kelemahanmu. Ia mungkin merangkumi hal-hal kesakitan sampai kepada masalah kewangan. Ia mungkin merangkumi masalah dengan anak sampai kepada kehilangan pekerjaanmu. Ia mungkin besar atau kecil, menjengkelkan atau membebankan, tetapi jika ia adalah hukuman Allah, ia dilakukan dengan berhikmah untuk sebab-sebab yang baik.
Sebab yang paling utama untuk menerima hukuman Allah dengan riang di dalam kehidupanmu ialah bukti kasihNya yang dinyatakan hukuman itu (Ams 3:12; Ibr 12:5-6; Wah 3:19). Allah yang benar hanya menindas anak-anakNya kerana Dia setia dan merindukan mereka. Daud berkata, “Aku tahu, YA TUHAN, bahawa keadilan-keadilanMu betul, dan bahawa di dalam kesetiaan kamu telah menindas aku” (Maz 119:75).
Sebab yang kedua untuk menerima hukuman Allah dengan riang di dalam kehidupanmu adalah supaya kamu dihalang daripada lebih berdosa (Ayub 34:31-32; Maz 119:67; Yer 31:18-19; 1Kor 11:32). Oleh sebab cara itu sering kali satu-satunya cara untuk belajar supaya jangan melakukan kesalahan yang menarik, kamu harus bersyukur untuk belas kasihanNya kerana mengajar kamu hukumNya dan jalan-jalanNya (Ayub 5:17; Maz 94:12).
Sebab yang ketiga untuk menerima hukuman Allah dengan riang di dalam kehidupanmu ialah tujuan hukuman itu yang penuh kasih – iaitu untuk menjadikan kamu sempurna (Rom 5:3-5; Ibr 12:10-12; Yak 1:2-4). Pengendalian kesusahan dengan sabar ialah sukatan kematangan yang hebat (Ams 24:10; 1Pet 5:10). Kesusahan itulah yang membina imanmu di dalam Allah; kemakmuran itu tidak menjadikan kamu lebih percaya kepadaNya (Ams 30:8-9). Paulus berterima-kasih untuk peluang bertumbuh di dalam rahmat Allah melalui kesusahan di dalam kehidupannya (2Kor 12:7-10).
Sesetengah dosa lebih keji kepada Allah, jadi, Dia mungkin menghukum dengan memutuskan nyawa awal sebelum waktunya sampai. Contoh yang paling baik ialah anggota-anggota gereja Korintus yang telah menyalahgunakan perjamuan Tuhan – kebanyakan antara mereka lemah, dan mudah sakit, dan kebanyakan mereka sudah meninggal (1Kor 11:29-31). Tetapi dalam contoh ini juga, hukuman Allah membuktikan bahawa Dia mengasihi mereka dan mereka tidak akan dilaknat bersama-sama dunia (1Kor 11:32).
Jika seorang dermawan yang penuh kasih, dengan pengorbanan yang besar menghantar kamu ke sekolah yang paling baik di dunia, iaitu sekolah yang kamu nampak bahawa semua pelajaran-pelajarannya boleh membantu kamu kepada kemakmuran dan kejayaan yang besar, mungkinkah kamu benci dermawan itu atau berhenti sebelum diberi ijazah itu? Tidak! Kamu akan meluahkan penghargaan kamu kepada dermawan itu dan belajar semua pelajaran-pelajaran secepat semungkin.
Amsal ini, seperti juga yang lain, mengajar hikmah. Dengan menganggap kesusahan sebagai alat Allah untuk membentuk manusia, kamu telah awal-awal diwaspadakan dan diperlengkapkan untuk mengendalikannya dengan berhikmah (Peng 7:14). Lebih cepat kamu belajar pelajaran itu, lebih cepat masalah itu ditarik balik. Jika kamu memandang hina dan berasa geram terhadapnya, Allah akan menyampaikannya dengan lebih hangat (Ayub 36:15-18). Tiada alasan untuk menjadi lemah, sebab mereka yang bertahan akan menerima janji-janji yang telah dinyatakan (2Kor 4:16-18; Gal 6:9; Ibr 6:10-12; 12:1-6; Yak 5:11).