3:12
Sebab sesiapa yang TUHAN kasihi Dia perbetulkan; sama seperti bapa kepada anaknya yang dia sayangi.
Kesusahan daripada Allah ialah bukti kasihNya kepadamu! Ini sama seperti kaum ayah yang dengan kasih mendisiplinkan anak-anak lelaki yang disayangi mereka! Allah Yang Berbahagia menghukum setiap anakNya untuk menjadikan dia lebih baik. Sementara telah memilih mereka sebagai anak-anakNya sebelum permulaan masa, memperanakkkan mereka oleh darah Yesus di Kalvari, dan melahirkan mereka melalui RohNya, Allah dengan penuh kasih sayang memperbetulkan mereka pada waktu hayat mereka.
Salomo telah menggesakan anak lelakinya supaya tidak membenci hukuman TUHAN atau menjadi jemu akan pembetulanNya (Ams 3:11). Kesusahan daripada syurga tidak harus mengecewakamu, kerana ia bukti kasih Allah bagimu (Ula 8:5). Orang berhikmah akan menghargai Bapa mereka yang penuh kasih dan melihat matlamat hukuman pembetulanNya – penyempurnaan mereka dalam kesalihan (Ibr 12:5-13).
Tanpa kesusahan hukuman dalam kehidupanmu, kamu tiada bukti bahawa kamu anak Allah, dan bahawa kamu ada warisan syurgawi yang disimpan bagimu. Kitab Kudus mengisytiharkanmu sebagai anak gampang, jika kamu tiada hukuman yang mengasihi ini dalam kehidupanmu (Ibr 12:8). Sebab apakah jenis anak lelaki yang akan dibiarkan dan diabaikan ayah dalam aspek penting keibubapaan ini – orang haram yang pura-pura jadi anak!
Hukuman daripada Allah ialah hukuman sementara yang dipakaiNya untuk memperbetulkanmu daripada dosa dan memalingkanmu balik ke jalan kewajaran. Ia sungguh berbeza daripada hukuman kekal di neraka bagi pengutukan muktamad dosa-dosamu. Hukuman ialah kesayangan kebapaan untuk menyempurnakanmu sebagai anakNya; ia bukti bahawa Dia tidak akan menghantarmu ke neraka untuk dosa-dosamu (1Kor 11:27-32).
Hukuman membuktikan kasih. Jika suatu peristiwa buruk dalam kehidupanmu menyebabkanmumerenung akan jiwamu, dengan keinginan untuk menyerah dirimu dan melayani Allah dengan lebih sempurna, kamu harus berterima kasih kepada Tuhan untuk tanda peribadi kasih terhadapmu (Yer 31:18-20). Dia tidak berhutang kepadamu jasa baik pembetulan baik ini; Dia tidak akan meninggalkanmu terjebak di dalam kubang kekeliruan dan dosa. Tidakkah kamu dapat cam bahawa itu telah menimbulkan lebih kewaspadaan, lebih sikap berdoa, dan lebih keseriusan dalam kewujudanmu ini?
Daud bersyukur untuk kesusahan: dia nampak keuntungan kesusahan. Dia berkata, “Sebelum aku disengsarakan aku menyimpang: tetapi sekarang aku sudah memegang firmanmu” (Maz 119:67). “Ia baik bagiku bahawa aku telah disengsarakan; supaya aku dapat mempelajari peraturan-peraturanmu” (Maz 119:71). “Aku tahu, ya TUHAN, bahawa penghakiman-penghakimanmu adalah betul, dan bahawa engkau dalam kesetiaan telah menyengsarakanku” (Maz 119:75).
Kesengsaraan, atau peristiwa-peristiwa yang negatif, terjadi kepada anak-anak Allah untuk empat sebab – pembetulan yang sayang daripada Allah, serlahan kemuliaanNya dalam kehidupan mereka, penyempurnaan iman mereka, dan/atau kesan-kesan keputusan-keputusan yang bebal. Allah dapat mencapai satu atau semua tujuan ini dalam peristiwa-peristiwa individu dalam kehidupanmu. Sementara semua sebab tersebut adalah adil dan baik, tiada apa pun alasan untuk mengadu. Ada belas kasihan, dan ia dekat, bagi mereka yang merendahkan diri dan menunduk.
Ia tugasmu untuk menyelidiki dirimu sendiri (Maz 19:12-14; 26:2; 139:23-24; 1Kor 11:28,31; 2Kor 13:5). Allah tidak akan menghukummu untuk dosa yang tidak dapat dikenalpastikanmu melalui penyelidikan diri sendiri. Tetapi apakah usaha-usaha yang telah kamu buat dalam penyesalan serius di hadapanNya (Maz 51:17; Yes 57:15-16)?
Ia tugasmu untuk dengan teliti mendengar segala khutbah, sebab Roh yang sama yang membawa pembetulan kepadamu juga mengarahkan fikiran-fikiran pastormu (Pkh 12:11). Dan Roh yang sama dapat memakai kitab suci yang dikarang olehNya untuk memprovokasimu untuk bertaubat daripada apa pun petikan yang kamu baca (Maz 19:7-9).
Sikap wajar terhadap hukuman adalah untuk mengingati bahawa ia membuktikan kasih Allah bagimu (Ula 8:5). Balasan wajar untuk hukuman telah ditunjukkan Elihu. Dia berkata, “Tentulah ia sesuai untuk berkata kepada Allah, aku telah menanggung hukuman, aku tidak akan bersalah sekali lagi: Apa yang aku tidak nampak engkau ajarlah aku: jika aku telah melakukan kedurjanaan, aku tidak akan melakukannya lagi” (Ayb 34:31-32).
Ayub sudah tentu dapat mengalihkan cubaan-cubaan daripada kehidupannya dengan lebih cepat, jika dia merendahkan dirinya dan berseru dalam pertaubatan kepada BapaNya untuk belas kasihan (Ayb 36:15-18). Hai pembaca, bagaimanakah keadaan hatimu? Adakah kamu bersyukur untuk hukumanNya yang menyayangi dalam kehidupanmu? Adakah kamu siap untuk berlari kepadaNya dalam nama imam besarmu, Yesus, untuk hiburan dan damai sejahtera ketenteraman yang menyayangi?