3:10
Maka gudang-gudangmu akan diisikan dengan banyak, dan pemerah-pemerah anggurmu akan meluap dengan wain baru.
Kemakmuran kewangan adalah mudah dan pasti. Ia mudah dan tentu. Allah dan Raja Solomo menjaminkannya. Mereka menaruh jaminan mereka ke dalam surat. Apakah yang menahankanmu? Belajarlah pelajaran ini.
Gudang-gudang diisi dengan banyak? Pemerah-pemerah anggur meluap dengan wain baru? Di sinilah kata-kata berkat kewangan dan kemakmuran ekonomi. Adakah kamu berminat? Tanggapilah peraturan kewangan ini.
Hanya Alkitab ada hikmah rahsia kewangan di sini. Sekolah perniagaan yang paling baik pun terlalu jahil untuk tahu faktor-faktor ekonomi dan kewangan yang paling penting yang memberi kesan kepada manusia dan negara. Ingat, kajian mereka menyatakan bahawa mereka datang daripada monyet. Penyelidikan mereka menyatakan bahawa bencana zaman air batu yang sudah lama dijangka menjelang sudah sekarang berubah menjadi pemanasan bumi.
Jehovah Allah Alkitab menciptakan dunia ini. Dia telah memberimu nyawa. Dia telah memberimu kemampuan untuk mendapatkan kerja atau memulakan perniagaan. Dia menyampaikan sinaran matahari dan hujan menurut budi bicaraNya sendiri (Mat 5:45). Dia mengarahkan hati raja semudah seperti Dia mengarahkan saluran air sungai (Ams 21:1). Dia mengubahkan keadaan, pengaruh, peluang, pulangan, dan apa jua hal yang lain semudah seperti kamu membaca ayat ini.
Sang Pengkhutbah, iaitu Solomo, mempersembahkan janji tentu Allah kepada mereka yang akan menghormatiNya dengan aset-aset mereka dan hasil pertama pendapatan mereka (Ams 3:9). Kehormatan sejati kepada Allah bukan semata-mata menyanyi tentang kasihmu tentang Yesus; tetapi adalah memberi kepadaNya harta milikmu dan aliran tunaimu. Ayat-ayat yang awal mengajar tugas untuk memberi; ayat ini mengajar bagaimana Allah mengganjari para pemberi.
Jika amsal ini telah ditulis oleh orang miskin, iaitu orang yang tidak berjaya dalam kehidupan, ataupun seorang pemimpin agama, kamu mungkin boleh ragu-ragu akan kebenaran peraturan ini. Kamu mungkin memikir janji itu hanya untuk memujuk orang untuk memberi, seperti yang para penginjil di kaca televisyen dan organisasi sedang buat pada hari ini. Tetapi kata-kata ini telah ditulis oleh Raja Solomo, yang telah mengalami ini sendiri dengan ayahnya Daud.
Di masyarakat pertanian, gudang atau kepuk ialah tempat yang aset-asetmu dikumpulkan, dan pemerah-pemerah anggur ialah tempat yang kamu mengubahkan anggur kepada wain yang berharga. Ini merupakan dua kiasan yang sedang menjelaskan tentang seorang petani yang sedang makmur – dia telah mengumpulkan banyak, dan dia ada aliran tunai yang baik. Di sini ialah kehidupan yang baik, dari sudut pandangan kewangan, yang dipersembahkan dengan bahasa gambaran kesusasteraan.
Hukum ganjaran kewangan ini adalah sebenar hukum graviti; ia lebih benar daripada apa pun nasihat kewangan yang pernah kamu dengar. Ia sebenar seperti Kejadian 1:1 atau apa pun nas Alkitab. Ia tulisan janji Allah. Percayalah kepadanya dengan sepenuhnya, dan taatilah itu dengan ceria dan dengan murah hati pada hari ini juga. Hormatilah Allah dengan memberiNya bahagianNya – Dia akan memberkatimu secara kewangan; Dia menjaminkan itu.
Sudah tentulah, seperti semua janji Alkitab dan peraturan yang lain, Allah ada hak untuk memakai hukum-hukum yang lain di dalam kehidupanmu pada waktu yang berlainan, dan segalanya itu bagi kemuliaanNya dan bagi keuntunganmu. Jika kamu fikir kamu boleh memberi untuk menutupi dosa-dosa yang lain dalam kehidupanmu, kamu sedang mencubai Allah untuk menghakimimu. Tetapi segala apa pun lain yang setaraf, orang yang memberi kepada Allah ialah orang yang akan makmur.
Masih ragu-ragu? Imanmu yang kurang ialah sebabnya kamu tidak menerima (Ibr 11:6; Yak 1:6-7). Memberi dengan berani oleh iman ialah tindakan sembahyang (Flp 4:18), dan Allah akan mengganjari itu. Pernah ada seorang kenamaan yang dahulu ragu-ragu akan nubuat Allah, dan kemudian para percayawan menginjak-injak dia sampai mati ketika berebut ke kelimpahan bekalan (2Raj 7:16-20). Dan Tuhan membunuh banyak orang Israel yang telah ragu-ragu akan kemampuanNya (Maz 78:17-31).
Apakah jenis pulangan yang Allah dapat beri? Portfolio Ishak bertambah sampai 10,000% dalam satu tahun (Kej 26:12). Yakob dari kosong bertambah kaya dengan banyak harta benda dalam jangka masa 20 tahun (Kej 32:10). Pulangan Solomo sebegitu besar sehingga perak di Israel menjadi biasa seperti batu (1Raj 10:27). Ia memalukan Solomo untuk minum dari koleh perak, maka semuanya diperbuat daripada emas tulen (1Raj 10:21).
Tuhan boleh membuka tingkap syurga dan mencurahkan berkat kewangan dan keredaan lebih daripada apa yang kamu dapat percaya (Mal 3:10). Dan Dia mencabarmu untuk menguji Dia (Mal 3:8-12). Dia tahu apa itu sukatan yang penuh dan bagaimana untuk menggoncangkannya, memadatkannya ke bawah, dan menuangkannya sampai ke atas (Luk 6:38). Dia melihat kunci kira-kiramu dan penyata pendapatanmu. Dia melihat niat hatimu dan kadar sukacita dan keghairahan yang kamu ada dalam hal memberi. Kalau kamu cuba menipu Dia, kewanganmu akan diancam.
Robert G. Letourneau (1888-1969), salah seorang ahli pencipta di Ameria, telah memberi 90% daripada pendapatannya kepada Allah, dan dia masih dapat meninggal dunia sebagai orang yang kaya. Dia menjawab soalan-soalan tentang amalan pemberiannya dengan kata-kata demikian, “Aku menyodok wang aku kepada Allah, dan Dia menyodoknya balik kepadaku, tetapi Dia adalah penyodok yang lebih besar!” Orang tersebut telah mencubai Allah dengan iman yang besar, tetapi Allah lebih besar daripada imannya. Berapa banyak iman yang kamu ada, hai pembaca? Akankah kamu berjalan di atas lautan kewangan menuruti perintahNya?
Jika kamu menderita secara kewangan, kamu ada dosa di dalam kehidupanmu (Yer 5:25), tidak memberi dengan murah hati (2Kor 9:6), atau tidak melakukannya dengan ceria (2Kor 9:7). TUHAN telah menjadikan begmu berlubang, dan kerja kerasmu dan gajimu sedang tercicir keluar (Hag 1:2-11). Hanya satu kekecualian kepada peraturan ini adalah ketika Allah berbuat sesuatu yang lain di dalam kehidupanmu untuk faedahmu yang lebih besar, tetapi meskipun demikian, tugasmu untuk menghormati Allah dengan aset-asetmu dan pemberian hasil pertamamu masih dikuatkuasakan (Ams 3:9).
Orang mungkin berkata, “Tetapi aku telah memberi, dan tiada apa pun yang terjadi.” Allah bukan suatu mesin pengagih gula-gula yang sedang menantikanmu untuk memberi suatu persembahan dan menekan butang supaya mendapat manisan kegemaranmu. Dia akan ketawa dan menghakimi perangai yang sebegitu cabul. Dia mahu suatu kesetiaan memberi (Kej 28:22). Dia mahu melihat korbanmu, yang sudah tentu melebihi pemberian tanda kasih yang kecil (2Kor 8:1-4).
Ada pula orang lain yang akan berkata, “Aku tidak mampu memberi”. Itulah kebebalan yang paling tinggi – kamu tidak mampu untuk memberi. Akankah kamu menggali untuk melepaskan dirimu sendiri daripada suatu lubang masalah kewangan dengan menipu Tuhan? Ha! Jika kamu menunggu sehingga pemberian bukan lagi korban bagi dirimu, maka ia tidak bererti apa pun bagi Tuhan. Tuhan mengganjari seorang balu yang telah memberi dua peser, sebab itu sahaja yang dimilikinya (Luk 21:1-4).
Semua orang tersebut ialah orang yang bukan percayawan. Mereka memikir bahawa mereka berhikmah untuk melindungi pendapatan mereka untuk lagi maju ke depan. Ha! Perlindungan dan berkat datangnya daripada Allah sahaja (Ams 21:31; Maz 4:8). Allah Yang Maha Hidup dan Yang sejati boleh menyiapkan suatu meja hidangan makanan di tengah-tengah padang gurun, dan jika kamu ragu-ragu akan itu, kamu akan bermasalah (Maz 78:10-33). Jika kamu menahan memberi untuk membantu aliran tunaimu sendiri, kamu sedang menuju ke arah kemiskinan; jika kamu memberi kepadaNya sebahagian daripada apa yang kamu fikir kamu perlu, maka Dia akan memberkatimu (Ams 11:24-25).
Ganjaran amsal ini diperoleh dengan mentaati amsal yang sebelumnya (Ams 3:9). Menaruh beberapa wang kertas di dalam beg persembahan tidak memuliakan Allah; memberi apa yang tertinggal selepas berbelanja bukanlah pemberian hasil pertama; berjanji untuk memberi Allah dengan syarat Allah akan memberkatimu tidak menghormati Allah; memberi hasilmu selepas membayar cukai kerajaan bukanlah pemberian hasil pertama. Selidikilah hatimu, hai pembaca.
Allah tahu ketika Dia telah menjanjikan ganjaran bagi suatu peraturan seperti yang telah Dia lakukan di sini (Ams 3:9-10). Dia mengingatimu bahawa perintah pertama dengan ganjaran yang sudah dijanjikan ialah perbuatan menghormati ibubapamu untuk kehidupan yang panjang dan yang baik (Efe 6:2-3). Tetapi di sini Dia telah menjanjikan keuntungan kewangan kerana menghormatiNya sewajarnya dengan pemberianmu. Janji-janji demikian sebegitu pasti sehingga Dia memberitahu Israel untuk menandakan kalendar mereka ketika mereka mula memberi untuk melihat perbezaannya yang besar (Hag 2:15-19).
TUHAN Allah memiliki ternakan lembu yang ada di seribu bukit dan segalanya yang lain di dalamnya (Maz 50:10-12). Dia mampu membekalkan segala keperluanmu menurut kekayaanNya dalam kemuliaan (Flp 4:19). Jika kamu fikir memberi beberapa wang kertas adalah sukar, maka fikir tentang korban yang Yesus Kristus beri bagi para pendosa. Adakah Dia diganjari? Dia telah diberi hormat yang besar, kepenuhan sukacita, dan kenikmatan untuk selamanya di tangan kanan Allah (Flp 2:5-11; Maz 16:9-11; Ibr 12:2).