3:9
Hormatilah TUHAN dengan hartamu, dan dengan hasil pertamamu daripada semua penghasilanmu:
Berapa pentingnya Allah bagimu? Bolehkah kamu meningkatkan kewangan kamu? Amsal ini menjawab kedua-dua soalan ini! Kamu boleh menghormati Tuhan dengan mulutmu, tetapi cakap itu mudah sahaja. Kamu harus memakai wang selaras dengan pengakuan mulutmu untuk menunjukkan hormat yang sejati. Solomo berjanji, “Maka gudang-gudangmu akan diisikan dengan banyak, dan pemerah-pemerah anggurmu akan meluap dengan wain baru” (Ams 3:10).
Kejayaan memerlukan pemberian sesetengah hartamu, dan bahagian pertama daripada apa jua penghasilanmu, kepada Allah. Memberi Allah yang sisa, baik besar atau kecil nilainya, bukanlah hormat, dan ia tidak menuruti Amsal ini. Solomo telah memberi suatu rahsia kewangan – hasil pertama yang memberi hormat kepada Allah. Memberi wang adalah cara untuk beroleh maju ke depan (Ams 11:24). Adakah kamu miskin? Kamu tidak mampu untuk tidak memberi!
Pemberian hasil-hasil pertama membayar Allah dulu dari mula-mula. Hasil ialah pulangan daripada pelaburan atau jerih payah. Pertama-tama ia adalah untuk membayar Allah sebelum sesiapapun, termasuk dirimu sendiri. Kebanyakan orang mengingkari peraturan ini dengan memberi sedikit daripada semua penghasilan mereka. Ini bukanlah hormat. Ada yang mengingkari peraturan ini dengan memberi apa yang tertinggal selepas berbelanja. Ini bukanlah hormat. Ini bukanlah hasil yang pertama. Kebanyakan orang memberi peratusan daripada gaji bersih sementara mereka selalu menyebut gaji mereka dalam segi gaji kasar. Ini bukanlah hasil-hasil pertama.
Persepuluhan itu tidak diajarkan secara langsung di dalam Wasiat Baru. Ia diajarkan di dalam hukum Musa. Orang Israel memberi 23 1/3% dengan dua persepuluhan ulang tahun dan satu persepuluhan ulang tahun ketiga (Bil 18:20-32; Ula 14:22-29). Tambahan pula, mereka membayar nazar dan memberi pemberian yang sukarela (Ula 12:6). Bagaimanakah mungkin Abraham dan Yakob mengenal tentang persepuluhan sebelum datangnya Hukum Musa (Kej 14:20; 28:22)? Sebab ia merupakan peraturan am akan pemberian yang salih, yang orang kudus Wasiat Baru harus pakai sebagai garis panduan atau panduan nilai minima bagi berkat-berkat yang jauh lebih besar yang mereka nikmati (Luk 12:48; Ibr 8:6).
Allah mencabar umatNya untuk menguji setakat mana yang Dia boleh memberkati mereka (Mal 3:8-12). Abraham, Ishak, dan Yakob diberkati secara kewangan, sebab mereka tahu memberi (Kej 14:20; 28:22). Allah menjadikan Daud kaya (1Taw 29:18), tetapi Daud suka memberi (1Taw 21:24; 22:1-16). Jika kamu memberi secaramurah hati, Tuhan berjanji untuk memberi kamu ganjaran secara murah hati (Ams 11:25; Luk 6:38).
Seorang peniaga Kristian, R.G. LeTourneau, memahami konsep menghormati Allah dan konsep memberi – dia memberi 90% dan menyimpan 10% bagi dirinya sendiri, tak kira apapun keadaan kewangannya! Dia menjadi salah seorang daripada usahawan-usahawan yang hebat di Amerika. Dia berkata, “Soalnya bukanlah berapa banyak wang aku beri kepada Allah, tetapi berapa banyak wang Allah yang aku simpan bagi diriku sendiri.”
Cara kamu memberi lebih diambil kira oleh Allah daripada berapa banyak yang kamu beri. Tuhan suka seorang pemberi yang riang (2Kor 8:12; 9:7). Memberi itu patut dijadikan aktiviti kewangan kesukaanmu. Tuhan Yesus Kristus mengambil tahu akan seorang balu yang hanya memberi dua peser (Luk 21:1-4). Jika kamu menggabungkan pemberian yang riang dengan pemberian yang murah hati, Allah akan memberkati kamu secara besar-besaran.