Amsal · Proverbs

30:23
Kerana seorang perempuan jelek apabila dia berkahwin; dan seorang dayang yang menjadi pewaris puannya.

Dua jenis orang boleh merosakkan kehidupanmu. Ia hikmah untuk mengelak orang-orang ini yang memualkan, dan ia juga hikmah untuk jangan menjadi seperti mereka! Allah telah mengilhamkan nabi Agur untuk memberi amaran kepadamu tentang dua jenis orang. Belajarlah untuk mengenalpasti dan mengelak mereka; belajar untuk membenci jalan mereka.

Nabi Agur mengajar Itiel dan Ukal hikmah praktikal dengan beberapa set senarai yang mengandungi empat benda masing-masing (Ams 30:1). Di sinilah dua daripada empat perkara yang merosakkan damai sejahtera bumi dan menderitakan kehidupan, sebab umat manusia tidak dapat bertahan dengan mana-mana satu pun dua orang yang jijik ini (Ams 30:21-23).

Pesalah yang pertama ialah isteri yang suka membantah, suka menyinggung, dan yang menjelekkan, yang merosakkan berkat perkahwinan dan menyeksa lelaki yang menjadi mangsanya. Jantina dan institusi perkahwinan yang telah dibentuk bagi damai sejahtera dan kesenangan lelaki telah menjadi punca kepedihan dan masalahnya. Banyak lelaki telah jatuh ke dalam perangkap ini dan telah dipegang oleh cengkaman kuku besi untuk jangka masa hayat mereka yang menderita itu.

Seorang isteri yang baik ialah salah satu berkat kehidupan yang paling besar (Ams 18:22; 31:10; Kej 2:18-25; Pkh 9:9). Tetapi isteri yang buruk ialah salah satu kegeraman kehidupan yang paling besar, sebab dia mencabuli tujuan kewujudannya dan tujuan perkahwinan pun. Seorang lelaki dengan sungguh-sungguh melepaskan kebebasannya sebagai seorang lelaki bujang untuk berkahwin dengan pengantin perempuan pilihannya, tetapi menemui pula dengan si bededah ini suatu kehidupan penuh kepedihan dan seksaan harian.

Hai pembaca yang jujur, kamu pernah bertembung dengan makluk ini banyak kali. Di kalangan saudara maramu, besar kemungkinan adanya seorang isteri yang suka membantah dan yang suka menguasai sehingga merosakkan kehidupan suaminya. Di luar keluargamu, jika kamu banyak keluar di tempat awam, kamu pernah melihat suami yang terkena patuk bertubi-tubi dan terang-terang malu kerana isterinya di tempat awam. Adakah kamu mengahsihani lelaki itu? Adakah kamu memandang hina perempuan itu? Inilah hikmah.

Salomo telah memerhatikan perempuan jelek dan telah menulis beberapa amaran tentang mereka. Sementara tujuan utamanya adalah untuk memimpin anak lelakinya untuk ada kehidupan yang berjaya dan yang makmur, dia tahu kepentingan untuk menyelamatkannya daripada seorang perempuan yang akan membinasakan jiwanya, kekuatannya, kejayaannya, dan reputasinya. Sementara kebanyakan perempuan tidak suka amaran-amaran sedemikian, ada pula perempuan berakhlak mulia yang mengasihi amaran-amaran tersebut.

Apakah maksudnya perempuan jelek? Jelek bermaksud layak untuk kebencian; menyebabkan atau menimbulkan kebencian atau rasa mual, suka membantah, menyinggung, menjijikkan; menimbulkan rasa jelek. Faham? Makluk yang terbenci ini ialah seorang perempuan yang telah meninggalkan Sang Penciptanya, pembentukan berhikmah Sang Pencipta bagi jantinanya, dan perintah-perintah Sang Pencipta untuk peranannya dalam perkahwinan. Percanggahan perempuan itu ialah kekeliruan benar!

Apakah maksudnya perempuan jelek? Perempuan ini selalu adanya pendapat, tidak kira sama ada ditanya atau tidak. Dia akan celah mulut mana-mana perbualan, tidak kira betapa mustahak halnya, supaya dia dapat menyampaikan nasihatnya atau memperbetulkan fakta-fakta yang tidak penting. Dia membantah apa pun yang dicadangkan atau yang dirancangkan, kecuali dia yang menjadi tumpuan itu. Kamu pernah melihatnya, mendengarnya, dan mencium baunya (Ams 11:22; 27:15-16). Dia busuk sekali.

Kamu boleh menghilangkan bau busuk badan dengan mandi atau membawa banyak minyak wangi, tetapi seseorang lelaki tidak dapat menyembunyikan isterinya yang jelek di khalayak orang ramai, sebab dia tidak dapat menghentikan caranya yang menjelekkan (Ams 27:15-16; 12:4; 19:13). Pertuturannya, bahasa gerak-gerinya, air mukanya, pendapatnya yang bertalu-talu, dan banyak kesilapan lagi menjadikannya nyata kepada semua orang bahawa inilah seorang lelaki yang telah silap memikat.

Salomo menyimpulkan bahawa ia jauh lebih baik untuk lelaki hidup bersendirian di padang gurun atau di atas bumbungnya daripada bersekedudukan dengan perempuan ini (Ams 21:9,19; 25:24). Tidak hairanlah ada terselit di antara amsal-amsal Salomo hikmah ibu Raja Lemuel, yang telah membekalkan senarai yang teliti akan akhlak seorang perempuan yang mulia – bertentangan dengan perempuan yang jelek (Ams 31:10-31).

Apakah pelajarannya? Ia ditemui dalam empat perkataan – ketika dia kahwin. Perempuan yang jelek cukup licik dan mementingkan diri untuk mengubahkan perangai mereka ketika sedang dipikat atau berdating. Inilah caranya mereka memasang kail atau perangkap. Seseorang lelaki harus melanjutkan langkah-langkahnya dengan sungguh perlahan, mengujinya banyak kali untuk melihat jika dia dapat mencium apa pun bau asap, sebab sesudah dia membuat perjanjian kahwin, ia terlalu lambat untuk melepaskan diri.

Satu lagi pesalah yang mencabut damai sejahtera dan kemakmuran manusia ialah seorang dayang yang menjadi pewaris kepada puannya. Sementara zaman moden hanya mengizin segelintir orang kemewahan dan keistimewaan hamba-hamba rumah, ia mungkin sukar untuk serta-merta menanggapamaran dan pelajarannya di sini. Demi hikmah yang dimaksudkan, kamu harus memakai amaran ini utamanya kepada situasi kerja gaji moden.

Pada zaman dahulu, ketika seorang hamba perempuan mendapat pangkat atau keistimewaan yang setaraf dengan puannya, tidak lama kemudian perangai hamba tersebut akan merosot kerana keangkuhan dan sikap memandai. Allah telah mentahbis tatatertib di masyarakat oleh peranan-peranan yang berbeza bagi pelbagai peserta dalam kehidupan ini; ketika peranan-peranan tersebut diubahkan atau disalingtukarkan, maka masalah sudah pasti menyusul (Ams 27:8; Pkh 10:5-7).

Sara dan Hagar menggambarkan kenyataan ini. Sara dalam keadaan terdesak untuk mempunyai seorang anak menyerahkan dayangnya, Hagar, kepada Abraham sebagai isteri (Kej 16:1-3). Sesudah Hagar hamil dengan anak yang akan menjadi pewaris Abraham, keangkuhannya merosakkan ketenteraman rumah tangga sekurang-kurangnya dua kali (Kej 16:4-6; 21:9-13). Abraham oleh arahan Allah kena buang Hagar dan anak lelakinya ke luar untuk memulihkan ketenteraman rumah tangga.

Hikmah Allah di sini daripada Agur memberi amaran terhadap hal menaikkan pangkat seseorang terlalu tinggi dan terlalu cepat, sebab ia akan mencemarkan moral dan pencapaian kerja dengan menyuap selera keangkuhan dan sikap memandainya. Oleh sebab itu, Paulus telah mengarahkan Timotius supaya jangan mentahbiskan oran muda atau orang yang tidak berpengalaman di dalam pelayanan, bagi kedudukan tinggi yang akan menggoda mereka kepada dosa yang telah membinasakan iblis – keangkuhan (1Tim 3:6).

Tetapi hikmah Allah adalah jauh lebih luas daripada hanya memberi amaran tentang orang lain (Maz 119:96). Hai pembaca, kalau kamu telah dinaikkan pangkat dengan mendadak oleh ekonomi atau pengurusan, maka pastikan kerendahan hatimu dan kesyukuranmu itu bertambah semakin pangkatmu naik dan jangan sebaliknya. Jagalah hatimu dengan segala ketekunan, supaya jangan keredaan mendapat pangkat lebih tinggi di masyarakat merosakkan hatimu, fikiranmu, dan perlaksanaan tugasmu.

Teladan-teladan yang harus kamu ikut ialah Yusuf, Daud, dan Daniel. Sementara dinaikkan pangkat lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka dan menjadikannya hampir setaraf atau memang setaraf dengan raja, mereka tidak pernah hilang tumpuan kedudukan mereka sebagai hamba, dan sikap itulah yang telah menjadikan mereka hebat di mata Allah dan manusia. Pertimbangkan respon Daud sesudah membunuh Goliat bagi Israel (1Sam 17:58).

Lebih baik lagi, pertimbangkan Yesus Kristus. Sementara dinaikkan ke takhta seluruh alam semesta di tangan kanan Allah (Ibr 1:1-4), Dia kekosongan cita-cita yang cabul dan yang durjana yang telah merosakkan Syaitan (1Tim 3:6). Dia setia kepada kerjaNya sebagai Imam Besar dan Pendoa syafaat bagi umatNya, dengan tunduk sepenuh-penuhnya kepada kehendak Allah (Luk 22:39-44; 1Kor 15:24-28), dan Dia mengingatimu bahawa pencapaianmu yang paling baik pun ialah semata-mata apa yang kamu hutang kepadaNya (Luk 17:10).