Amsal · Proverbs

30:33
Sudah pastilah pengadukan susu menghasilkan mentega, dan pemerahan hidung menghasilkan darah: demikian pemaksaan murka menghasilkan persengketaan.

Ada seorang profesor di kelas falsafah yang mencemuh, “Tidak seorang pun di sini yang dapat membuktikan satu pernyataan pun di Alkitab adalah benar”. Seorang teruna berdiri dari belakang bilik, “Saya dapat membuktikannya”. Profesor itu menjawab, “Nah, di sinilah peluangmu”. Teruna itu mendekati guru itu, memicit hidung guru lalu memutarkannya dengan keras. Darah langsung meleleh, dan teruna itu melafazkan amsal ini. Berilah Allah kemuliaan!

Sang Pencipta Yang Berbahagia menetapkan hukum-hukumNya di dalam ciptaanNya dan menyatakan itu kepada manusia. Jika krim susu dikacau dengan adukan, maka ia akan berpisah kepada mentega dan susu mentega. Proses itu sudah diketahui dari permulaan dunia, dan sudah pasti dan tentu seperti hukum graviti. Keadaan suasana yang tidak membantu mungkin memperlahankannya, tetapi mentega akan pasti dihasilkan daripada perbuatan mengaduk susu.

Pembuluh darah di hidung adalah lemah dan berdekatan dengan permukaan. Jika hidung ditumbuk atau diperah dengan keras, maka pembuluh-pembuluh itu akan pecah lalu darah akan mengalir dari hidung. Pendarahan hidung kerap kali berlaku di masyarakat, dan memerah hidung sedikit pun sudah cukup untuk menyatakan pendarahan ini. Sama pasti dan sama tentu seperti hukum graviti, memutarkan hidung akan memecahkan pembuluh-pembuluh darah lalu mengeluarkan darah.

Dengan kepastian yang sama, segala balasan yang marah untuk memaksa atau mempertahankan dirimu akan menyebabkan persengketaan. Murka ialah kemarahan, dan persengketaan ialah perbuatan berlawan dan berpuak-puak. Cara kamu menguruskan kemarahan bergantung kepada sama ada kamu menyebabkan perselisihan dan masalah atau tidak. “Orang yang penuh murka menimbulkan pertengkaran: tetapi dia yang lambat marah meredakan pertengkaran” (Ams 15:18). Persengketaan yang marah ialah keiblisan dan adalah dari neraka; ia membawa kepada kekeliruan dan segala jenis perbuatan jahat; orang yang berhikmah sebaliknya merupakan para pendamai (Yak 3:13-18).

Setiap orang boleh jadi marah (Mar 3:5), tetapi orang berhikmah menangguhkannya dan melangkaui pelanggaran oleh orang lain (Ams 19:11). Mereka orang yang mulia! Orang berhikmah tidak membiarkan kemarahan menyebabkan mereka untuk berdosa, dan mereka menyingkirkan kemarahan secepat semungkin (Efe 4:26). Orang berhikmah adalah lambat untuk murka (Ams 14:17,29; Yak 1:19). Mereka menguasai roh mereka dan tidak membenarkan apa pun kemarahan untuk menguasai diri mereka (Ams 16:32). Mereka orang yang hebat! Mereka tahu bahawa kemarahan menjadikan mereka rentan kepada segala jenis kejahatan (Ams 25:28).

Orang yang marah merupakan orang yang bebal. Mereka selalu terlibat di dalam perbalahan dan persengketaan. Hindarilah mereka! Jika kamu bersangkut paut dengan si pemarah, maka kamu akan mengikut jalan-jalan berdosa mereka dan melibatkan diri di dalam perbalahan dan masalah (Ams 22:24; 29:22). Kemarahan tidak menyenangkan Allah, dan ia bercanggahan dengan kewajaran Allah (Yak 1:20). Ia lebih baik untuk memilih kawan dari kalangan orang setia dan yang sempurna (Maz 101;6). Hayat nyawa terlalu singkat untuk membazirkan sehari pun di dalam kemarahan yang tidak perlu.

Perbalahan marah atau paksaan kepada murka boleh membawa kepada pembunuhan. Yesus mengajar bahawa kemarahan yang tidak perlu ialah percanggahan Perintah Yang Keenam – kamu tidak akan membunuh (Mat 5:21-22). Kemarahan yang sebegitu pahit ialah ciri si iblis sendiri, dan kamu membuka ruang baginya di dalam kehidupanmu untuk membinasakanmu, jika kamu tidak menguasai kemarahanmu dan menyingkirkannya (Efe 4:26-27; Yak 3:14-16).

Kemarahan ialah tanda si bebal (Pkh 7:9). Murka itu kejam, dan kemarahan melampau-lampau (Ams 27:4). Kedua-duanya membawa kepada persengketaan. Pilihlah untuk dikenakan salah, malah ditipu juga, daripada nak menjadi marah (1Kor 6:7). Kasihilah musuh-musuhmu, dan layanilah mereka dengan baik (Mat 5:43-48). Kamu tidak perlu mempertahankan dirimu; Allah akan mempertahankanmu (Rom 12:19-21). Kasihilah damai sejahtera dan kelemah-lembutan (Yak 3:17-18). Jadilah teladan dan pengaruh supaya membawa sukacita, damai sejahtera, kasih, dan kesatuan kepada semua orang di sekelilingmu.