Amsal · Proverbs

30:32
Jika kamu sudah berbuat bebal dengan meninggikan dirimu sendiri, atau jika kamu telah memikirkan kejahatan, maka tekapkanlah tanganmu pada mulutmu.

Jangan berucap, kecuali kamu ada sesuatu yang damai dan yang menguntungkan untuk disebut, sebab kata-kata sama ada yang angkuh ataupun yang berdosa akan menghasilkan lebih kejahatan dan luka. Jika kamu bersalah untuk apa pun, biar kata-katamu keluar dengan sungguh berhati-hati dan dengan sungguh perlahan. Biar setiap perkataan dihitung bagi kebaikan.

Jika hati nuranimu atau orang lain memperbetulkanmu kerana keangkuhan atau kedurjanaan, jangan cuba berdalih atau memperbenarkan dosa-dosamu. Rendahkanlah dirimu, akuilah kesilapanmu, dan berterima kasih kepada sang penegurmu. Jangan menambah kepada kesalahan atau keaiban dengan membuka mulutmu dan menjadikan hal lebih teruk.

Mulutmu ialah luahan hatimu dan mindamu. Jika adanya kamu tidak menguasai fikiranmu, sekurang-kurangnya kuasailah mulutmu dengan menyimpan kebebalanmu atau kedurjanaanmu kepada dirimu sendiri, supaya jangan ia melukakan semua orang di sekitarmu dan merebakkan dosamu dengan lebih luas. Peraturan ini sebegitu bernilai sehingga orang bebal pun dapat dianggap berhikmah dengan menahan kata-kata mereka dan mengekal diam (Ams 17:27-28).

Lidahmu dapat menjadi nyala yang menyalakan perkitaran naluri dengan api; dan ia dinyalakan dengan api neraka (Yak 3:6). Perkataan dapat menjadi racun yang mematikan (Yak 3:8). Kamu memegang kuasamati dan hidup di dalam mulutmu (Ams 18:21). Bermulut murai selalu melibatkan dosa (Ams 10:19). Kamu akan memberi perhitungan bagi setiap perkataan kosong (Mat 12:36), termasuk kata-kata kotor, bebal, dan bergurau (Efe 5:3-7).

Berbuat bebal dengan meninggikan dirimu sendiri adalah untuk menyombong dengan keangkuhan dan membongkakkan dirimu terhadap kekuasaan atau terhadap orang lain. Sesudah kamu dengan bebal terlanjur sedemikian, pilihan yang paling baik adalah untuk berhenti bercakap, kalau tidak, hal-hal yang memprovokasi kemarahan akan disebut dan menimbulkan percanggahan yang lebih besar. Keangkuhan ialah penyebab segala perbalahan (Ams 13:10), maka semakin kurang kata-kata yang angkuh disebut, semakin baik keadaannya.

Memikirkan kejahatan ialah bayanganmu yang berkhayal atau yang bernafsu untuk hal-hal yang terlarang, beranggapan jahat terhadap niat tindakan orang lain, ada hati untuk memberontak terhadap kekuasaan, atau dosa-dosa fikiran yang berkaitan. Pemikiran kebebalan pun merupakan dosa (Ams 24:9). Jika kamu telah gagal menguasai fikiranmu, kamu masih dapat menguasai mulutmu untuk memastikan kejahatanmu jangan tersebar luas di hadapan orang ramai.

Menekap tanganmu pada mulutmu ialah ekspresi Alkitabiah untuk menamatkan pertuturanmu dan berdiam. Ayub memberitahu ketiga-tiga kawannya itu untuk berbuat demikian daripada meneruskan tuduhan mereka terhadapnya (Ayb 21:5). Itu apa yang harus dilakukanmu apabila kamu rasa keangkuhan sedang melimpah di dalam batinmu atau adanya fikiran berdosa yang sedang bergiat.

Konteks amsal ini menjelaskan kekuasaan besar raja (Ams 30:31). Orang berhikmah tidak akan memprovokasinya dengan perkataan suka melawan, sebab dia ada kuasa untuk membinasa (Ams 16:14; 19:12; 20:2; Pkh 8:2-5; 10:4). Amaran ini juga melibatkan fikiran atau perbualan persendirian di kamarmu sendiri (Pkh 10:20). Menempelak kekuasaan ialah kebebalan, tetapi terutamanya terhadap penguasa sivil (Tit 2:9).

Konteks amsal ini juga menjelaskan kepastian timbulnya pertengkaran atau peperangan jika murka ditekankan (Ams 30:33). Orang berhikmah tangkas mendengar dan perlahan berucap, sebab dia tahu bahawa kemarahan tidak akan menghasilkan kesalihan (Yak 1:19-20). Dia tahu bahawa persengeketaan dalam hati membawa kepada kekeliruan dan segala jenis perbuatan jahat, maka dia enggan menambah kata-kata sengit kepada keadaan berapi-api (Ams 15:1; Yak 3:14-18).

Pelajaran yang am di sini sungguh bernilai. Perkataan membawa keangkuhan dan bayangan jahat lebih lanjut daripada apa yang diniatkan, memprovokasi orang lain untuk berbalas dengan cara yang sama, mustahil untuk ditarik balik, dan kerosakan itu sukar untuk dibaiki, seperti dengan saudara yang sudah tersinggung (Ams 18:19). Oleh sebab itu, lidahmu harus berdiam di dalam mulutmu sehingga dan kecuali adanya sesuatu yang damai dan yang salih untuk disebut.

Ketika keangkuhan atau kejahatan mengasah lidah, kata-katanya yang tajam menusuk orang lain, dan menghiris hati mereka dengan tidak perlu dan/atau memulakan peperangan. Ia jauh lebih baik untuk memilih lidah orang berhikmah, yang berurus dengan budi bahasa dan dengan sihat kepada semua yang mendengar (Ams 12:18; 10:20-21; 16:24; Col 4:6; Efe 4:29).

Betapa hebatnya seorang pendamai yang dapat kamu jadi, jika kamu selalu orang pertama untuk menekap mulutmu (Ams 15:1; 25:15). Tetapi malangnya, api yang membakar di dalam batin kerap kali memaksa untuk dilepaskan lalu menyebabkan kerosakan (Maz 39:1-3). Jadilah tangkas mendengar dan perlahan berucap untuk medatangkan damai sejahtera (Yak 1:19-20).

Daripada pertuturan yang bongkak atau yang rosak, pilihlah lidah berbudi bahasa dan dan yang terpelajar Yesus Kristus. Yang telah bertutur dengan lebih baik daripada mana orang (Maz 45:2; Yes 50:4; Luk 4:22; Yoh 7:46). Kata-kata yang berbudi baik dan yang rendah hati akan memenangi hati malah hati para raja pun (Ams 11:16; 22:11; Pkh 10:12).