5:14
Aku hampir terjerumus ke dalam segala kejahatan di tengah-tengah jemaah dan perhimpunan.
Adakah kamu seorang munafik? Allah dan Raja Solomo menyampaikan amaran kepadamu untuk menahan kamu daripada dosa besar ini yang kamu akan perlu jawab pada Hari Penghakiman (Peng 12:13-14). Mereka ingin kamu memanfaatkan peluang menghadiri gereja daripada peluang itu menjadi lagi suatu dosa tambahan.
Adakah kamu seorang munafik seksual? Adakah kamu menghadiri sembahyang Allah berjemaah sementara bersalah dengan dosa seksual atau sementara membiarkan khayalan seksual melawan hukum Allah bagi kasih, perkahwinan, dan seks? Para pendosa seksual akan menangis dalam hidup ini dan dalam akhirat kerana melakukan jenayah sedemikian.
Munafik! Menyimpan dosa sementara berpura-pura bersembahyang. Munafik! Secara persendirian mengasihi dosa dan secara umum menghormati agama. Munafik! Menghadap Allah Yang Maha Kudus dengan jiwa yang tidak kudus. Munafik! Mengenal Allah namun membenarkan dosa-dosa yang dia tidak suka. Kepedihan jiwa dalam penzina yang beragama adalah besar!
Pencemuh! Adakah kamu masuk ke dalam rumah Allah, tempat yang Dia disanjungi dan dipuji, dan tempat yang hukumNya dibacakan dan dijelaskan, dan selepas itu mengikuti jalan sendiri untuk menuruti dosa-dosa seksual, baik dalam minda mahupun melalui tubuh? Kamu merupakan seorang bebal dan seorang pencemuh! Kamu mengolok-olok Penciptamu dan guru-gurumu untuk menjaga khayalan seksual kegemaranmu atau aktiviti. Kesalahan ini akan kembali untuk menghantuimu.
Allah telah membakar Nadab dan Abihu walaupun merupakan imam-imam yang terpilih Allah. Ini kerana mereka memakai kemenyan/dupa yang baru di dalam sembahyang Allah (Ima 10:1-2). Allah telah membunuh Uza kerana menyentuh tabut Allah ketika ia bergegar di tengah perjalanan (2Sam 6:6-7). Allah telah memberi Raja Uzia penyakit kusta pada mukanya kerana ingat dia dapat melaksanakan peranan seorang imam (2Taw 26:16-21). Namun, kamu masuk ke gereja dengan dosa-dosa seksual yang rahsia!
Di dalam bab ini, Solomo telah memberi amaran kepada anak lelakinya dan anak-anaknya yang lain tentang dosa penzinaan (Ams 5:1-2,7). Melalui godaan perempuan asing yang menarik dan nampaknyatidak bersalah, orang bebal dijatuhkan ke dalam liang pembinasaan dan kepedihan (Ams 5:4-10). Setelah kesan dosa itu telah habis berlangsung, dia tidak dapat percaya dia begitu bebal dan telah menolak amaran-amaran pada permulaannya (Ams 5:11-13). Di dalam ayat amsal yang sedang ditelitikan kita ini, dia telah mengakui salah satu kepedihan yang paling besar – kemunafikan agama!
Di tempat yang dikunjungi orang untuk penghiburan dan kedamaian – gereja, dia sedang diseksa dengan ketakutan, rasa salah, dan keaiban. Sementara pengetahuannya tentang Allah dan kebencianNya terhadap dosa sedang melanda hati nuraninya, dia cuba untuk bersembahyang, sementara ketagihan kepada dosanya yang mengabdikannya (Ams 5:22). Percanggahan dalam batinnya sungguh besar – manusia baru di dalamnya sedang berseru terhadap yang lama – Roh Kudus sedang menginsafkannya tentang fikiran bernafsu yang keiblisan. O betapa bedebahnya diriku ini! Siapakah yang akan melepaskanku daripada tubuh maut ini?
Ada kalanya, orang kudus yang berdosa mungkin harap dia tidak pernah mengenal jalan kebenaran. Orang duniawi tidak ada kepedihan sebegitu. Mereka berdosa dengan sewenang-wenangnya. Hati nurani mereka sebegitu terselar sehingga menjadi cukup diam. Orang kudus yang berdosa tahu bahawa keadaan yang mati sebegitu merupakan keadaan seorang ateis [yang tidak percaya adanya Tuhan], yang dia sendiri tidak dapat jadi, walau betapa banyak pun dia cuba jadi. Pujian terhadap orang benar, sukacita bagi yang setia, dan pembacaan Kitab Suci ialah kepedihan bagaikan angkusa baginya. Inilah kepedihan seorang munafik yang beragama!
Bagaimanakah ini semua bermula? Bermain dengan dosa kecil yang menarik! Dia membenarkan dirinya terdedah kepada godaan yang paling menarik bagi seorang lelaki – seorang perempuan. Pengampuan perempuan itu menggodanya (Ams 5:3). Kemudian nafsunya ada akal bahawa menerima tawaran perempuan itu untuk berasmara akan membawa kenikmatan yang sungguh besar (Yak 1:14-15). Tetapi sementara fikiran kenikmatan itu menimbul dengan cepat, ia juga lesap dengan sama cepat, selepas dia telah mengutuk jiwanya dengan tindak laku yang hina itu. Hati nuraninya sekarang sudah terkutuk!
Bagaimankah dia mungkin memberi alasan bagi dosanya kepada Allah? Dia telah mendapat keistimewaan untuk menjalani hidup yang ada gereja yang mengajar kebenaran dan yang menyanjungi akhlak mulia salih, termasuk kesucian dan integriti seksual. Sekarang hati nuraninya mengejarnya dan menyeksakannya – mengingatinya tentang amaran yang tak terbilang yang tidak dipedulikannya dan mensia-siakannya. Tidak lama lagi dia perlu menjelaskan kebebalannya kepada Hakim yang paling ditakuti.
Hai pembaca, jagalah hatimu dengan segala ketekunan (Ams 4:23). Allah membenci kemunafikan. Dia ingin hatimu, iaitu kesemuanya. Dia tidak peduli akan bibirmu, jika hatimu tidak pertama mengutamakanNya. Dia tidak peduli akan kedatanganmu, jika fikiranmu bersetuju dengan dosa. Lelaki yang berdoa di hadapan khayalak umum dengan mata penuh dengan penzinaan telah ditandai bagi bahagian-bahagian neraka yang lebih gelap (2Pet 2:13-19). Allah mencari-cari korban hati yang remuk dan sesal (Maz 51:17). Nyahkan dosa-dosamu!
Apa pun pendekatan agama, baik secara umum mahupun secara persendirian, adalah memualkan bagi Allah. Dia lebih suka kalau kamu sejuk daripada suam-suam sahaja (Wah 3:14-15). Bencilah hatimu yang suam-suam sahaja. Benci sikap yang menanggap diri sendiri benar, hanya kerana kamu tidak bersalah bagi apa pun dosa seksual. Jangan memandang hina orang lain ketika kamu seorang pendosa.
Pakailah perhimpunan Allah untuk mendengar FirmanNya dengan rendah hati untuk mengutuk dosa-dosa dalam hidupmu (Yak 1:21-25). Pergi ke dalam rumah Allah untuk diperbetulkan (Maz63:1-2; 73:16-22). Jika pastormu tidak mengutuk dosa secara terus terang dan secara berkuasa daripada firman, maka kamu memerlukan satu pastor atau gereja yang baru (Yes 58:1; Yer 23:28-29; Mat 5:19-20; 2Tim 4:3-4). Jangan berlengah-lengah. Bersiap sedia. Berdoa. Ambil bahagian. Kamu akan berjawab kepada Allah bagi setiap peluang berhimpun yang telah diberi kepada kamu untuk hadir.
Hai perempuan yang menganggap diri sendiri benar! Sudahkah kamu membaca amaran ini dengan kebencian bagi lelaki yang sebegitu bebal dan dengan sukacita bagi kesan-kesan seksaan kerana dosa mereka? Kedurjanaanmu itu lebih teruk, sebab kamu tiada hati nurani, dan juga tiada banyak harapan untuk pemulihanmu. Kamu sudah lemas dalam perdayaan mengampu diri sendiri dan keangkuhan hatimu yang durjana dan fikiranmu yang pandir. Jika kamu dapat mencari sedikit pun hati nurani, akuilah kebabilanmu yang angkuh itu sebelum hati nurani itu lesap.
Hai lelaki dan perempuan yang bermonogami! Jangan ingat kalian terlepas daripada amaran ini. Kemunafikan boleh terjadi bagi apa pun dosa – dan semua dosa itu sama pada pandangan Allah. Mengabaikan dan menahan seks kepada pasanganmu adalah seperti penzinaan. Kamu berhutang kepada pasanganmu seks yang hebat, bila-bila sahaja, bagaimana sahaja, dan di mana sahaja yang mereka inginkannya (1Kor 7:1-5; Ams 5:19). Mengumpat dan berbisik ialah kelainan jenis pembunuhan. Yakobus telah memberi amaran bahawa satu dosa sahaja melanggari semua hukum di hadapan Allah (Yak 2:10). Apa pun kemunafikan ialah dosa yang cukup buruk.
Amsal ini telah memberi amaran kepada lelaki muda. Kamu akan menghadapi kepedihan buruk dan kemurungan hati nurani, jika kamu main sahaja dengan perempuan sundal, sama ada melalui gambar, kata-kata, aktiviti atau fikiran. Jauhilah mereka! Tiada godaan yang lebih besar daripada perempuan yang asing, dan dia akan membawamu sepanjang jalan ke maut dan neraka (Ams 2:18; 5:5; 7:27; 9:18).
Walau bagaimanapun, Allah berbelas kasihan kepada yang bertaubat (2Sam 12:13; Mat 21:31-32). Di tangan kananNya ada duduk Tuhan Yesus Kristus, iaitu satu-satunya Imam Agung Besar agama Kristian (Ibr 3:1; 8:1). Dia telah dicubai untuk berdosa, termasuk dosa-dosa seksualmu, sama seperti lelaki yang lain (Ibr 2:17-18; 4:15-16; 5:1-6), tetapi Dia tidak pernah berdosa. Dia boleh dan akan berdoa syafaat bagimu kepada Allah.
Hai orang munafik, sudahkah kamu tahu bahawa ia sukar untuk bertaubat? Sudahkah kamu belajar bahawa kamu tidak dapat mematahkan belenggu ketagihan seks (Ams 5:22-23)? Hanya jika Allah memberimu pertaubatan barulah kamu dapat diselamatkan daripada iblis (2Tim 2:25-26). Apakah yang dapat kamu buat? Lari diri daripada nafsumu (Ams 5:8; 2Tim 2:22)! Lari kepada Kristus (Luk 7:36-50)! Rayu kepada Allah untuk belas kasihan (Luk 18:9-14)! Dia boleh dan akan mengampunimu; Dia boleh dan akan membantumu; Dia boleh dan akan memakmurkanmu!